Isu aurat, PU Syed mohon maaf pada Caprice & Isteri. Hanya takutkan Allah. Sejak semalam media sosial disajikan dengan “pertengkaran” di antara Caprice dan pendakwah PU Syed.

Ia bermula dari rentetan peristiwa kes PU Azman yang didakwa menghadapi pertuduhan melakukan amang seksual. Ia kemudian berlarutan apabila PU Syed menegur Caprice agar menjaga bab aurat isterinya terlebih dahulu sebelum cuba terus mendedahkan DM yang didakwa melibatkan antara PU Azman dan remaja berkenaan.

Kesal kaitan isu aurat dan jenayah seksual yang dilihat isu berbeza, Caprice kemudian memberi masa kepada PU Syed agar membuat permohonan maaf secara terbuka berkaitan hal tersebut dalam tempoh 24 jam atau rahsia PU Syed terus didedahkan olehnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : PU Azman Mengaku Tidak Bersalah, Mohon Jaminan Rendah Alasan Pendapatan Terjejas Sejak Direman

Ads

Berikutan ini, sebentar tadi PU Syed di fbnya telah memuat naik permohonan maaf kepada Caprice dan isteri. Masa yang sama katanya dia memulangkan kepada Carprice sama ada untuk terus mendedahkan apa yang dikatakan sebelum ini.

Isu Aurat, PU Syed Mohon Maaf Pada Caprice & Isteri. Hanya Takutkan AllahPERMOHONAN MAAF KEPADA SAUDARA CAPRISE DAN ISTERI

Ambe dengan ini akan menurunkan catatan yang mana di dalamnya ada menyentuh isu aurat isteri saudara caprise dan memohon maaf jika disana ada unsur² negatif dan menganggu kehidupan saudara caprise dan isteri.

Ads

Dalam masa yg sama ambe masih berharap agar sesuatu kes yang sedang berjalan di mahkamah tidaklah diulas lagi dan jika wujud bukti-bukti baru melibatkan sesiapa pun, sila hadapkan kemuka pengadilan.

Manakala isu tentangg diri ambe yang Caprise cuba dedahkan, terpulang kepada saudara untuk terus dedahkan atau tidak.

Permohonan maaf ini bukanlah bermakna ambe nak pihak Caprise membatalkan hasrat pendedahan tersebut jika benar wujud dan melanggari batas syarak dan undang-undang negara.

Ads

Kepada Allah sahajalah kita serahkan baik dan buruknya..InsyaAllah.

Kepada netizen terima kasih atas komentar berbaur kejian dan fitnah semoga kita semua akan beroleh taufiq dan hidayah dari Allah
Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak
#AmbeTakutPadaAllah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI