Isu abang bas ‘crush’ murid sekolah rendah, sebagai ibu Diana Danielle puas hati dengan tindakan polis. Hari ini heboh mengenai pemandu bas yang memuatnaik rakaman video penumpangnya yang dipercayai murid sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Sebelum ini juga telah tular di aplikasi TikTok seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai murid sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah Rendah

Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Terbaru pemandu bas yang memuatnaik rakaman video penumpangnya yang dipercayai murid sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’, direman lima hari bermula hari ini.  Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi’uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi.

Pemandu bas berusia 24 tahun itu akan direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001. Suspek diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Batu Pahat.

Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah, Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai”

Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis

Isu ini juga mendapat perhatian pelakon dan model Diana Danielle. Sebagai seorang ibu, Diana sangat berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap pemandu bas tersebut.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Diana menyatakan walaupun pemandu bas tersebut memberitahu sebenarnya murid perempuan itu merupakan anak buahnya namun pada masa ini keluarga rapat pun sebenarnya agak sukar untuk dipercayai.

“As a mom, saya puas hati dgn tindakan polis kali ni ttg isu pemandu bas yang sibuk record video pelajar yg dia suka sgt tu. Walaupun dia ckp itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok lately, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai.

“Banyak kes haruan makan anak. Apa Abang Bas tu ingat sebab tu anak buah dia, dia boleh sexually objectify and angle it as “purely content”?

“Too bad you didn’t have better content that you thought objectifying children was the best one.

“The bus driver apparently said in one of his lives defending his actions that the parents of these kids knew he makes content about them and are chill about it. Kalau betul parents anak-anak ni tak kisah pun, the law still exists.

“The law is there to protect children even from their own parents yang tak peka, tak faham atau yang memang tak kisah. You chose to create content that shows preditory tendencies towards children.

“No one can give you consent for doing that, not even their parents. There are laws protecting children against exactly this type of exploitative schemes and I AM THANKFUL they exist. He should never be allowed to work near children ever again,” kongsi Diana yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak.

Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah, Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai”

Baca Disini : Diajukan Soalan “Anak Dah Besar Tambahlah Lagi Sorang,” Ini Jawapan DIANA DANIELLE

Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah, Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai”

Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI