Memang ada benarnya untuk menjadi wanita solehah istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna bukanlah semudah yang disangka. Namun ia tidak mustahil untuk dilakukan dan bergantung pada diri sendiri.
Tuntutan kewajipan menutup aurat dengan sempurna ini merupakan perintah Allah. Cuba perhatikan cara kita menutup aurat selama ini, adakah benar-benar telah mengikut syariat.
Berikut antara cara awal bagi wanita yang baru nak belajar menutup aurat.
Tukar atau buang gambar ‘profile picture’ di media sosial yang tak menutup aurat dengan sempurna serta gambar yang menggoda.
Belajar menutup aurat meskipun diri rasa ‘terpaksa’. Biasakan pakai tudung, handsock (sarung lengan), stokin ke mana-mana saja. Jangan kisah apa orang nak kata. Pasang angan kita sedang mahu menuju ke Syurga. Tanamkan dalam diri, rasa ‘malu’ apabila aurat terdedah dan tidak ditutup sempurna.
Berusaha dekatkan diri dengan perkara-perkara yang baik dan tinggalkan perkara yang munkar. Berkawan dengan sahabat yang mendekatkan kita pada kebaikan. Minta nasihat dari ustazah, muslimah yang lain. Sertai kuliah, usrah dan kelas agama serta dengar ceramah di you tube pun boleh.
Ini yang paling penting, berdoa pada Allah dengan mendekarkan diri pada yang esa agar ditetapkan iman di dalam hati, supaya kuat dalam perubahan ini. Ia tak mudah namun tak mustahil.
Moga istiqamah selamanya.
Menjadi wanita solehah juga bukanlah suatu khayalan di tengah hari, bukan suatu angan-angan yang dimimpi- mimpi.
Layak atau tidak? Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Jika tiada USAHA, maka tidak usah mengharapkan bulan jatuh ke riba. Kita berserah sahaja pada Allah sama ada kita ini layak atau tidak untuk mendapat anugerah “wanita solehah”. Kita yang perlu mencari.
HIDAYAH tak datang dengan sendiri. Semoga istiqamah bakal bidadari-bidadari syurga.
“Walaupun aku tak menutup aurat, tapi aku baik.”
Bukan isu baik atau tak. Tapi Orang yang taat perintah Allah mesti akan menutup aurat.
PERGELANGAN TANGAN itu dah aurat. Nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau anda lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan.
KAKI pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.
TUDUNG tu tak kisah nak pakai jenis yang macam mana pun. It’s up to you. Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah.
Masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Ada rasa teringin itu ini. Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan.
Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman.
Anda Islam, tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustazah, atau aliran agama sahaja.
Islam tu untuk SEMUA. Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita. Biar cantik pada pandangan Allah, indah dimata manusia.
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca:Kekalkan Sifat Malu, Tolak Tepi Trend Pakai Baju Selak Pep*t Untuk Fesyen!
Artikel Menarik: Walau Atas Nama Senaman, Berzumba Tempat Terbuka Dan Seumpamanya Tetap Haram
Lagi Di Sini: Nak Berbasikal Hingga Hujung Dunia Pun Takde Masalah, Asalkan Syariat Terjaga
Mingguan Wanita: Ada benarnya, nak istiqamah untuk menutup aurat dengan sempurna tu tak mudah, namun ia tak mustahil. Kena banyak berdoa dan cekalkan hati untuk menjadi wanita solehah dan ‘cantik’ pada pandangan mata Allah.
Begini pengurusan mandi jenazah wanita.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Ingat ya, jangan pisahkan anak-anak dengan pasangan walaupun dah bercerai.