Betapa istimewanya wanita, waktu kecil mak ayah yang jaga tapi bila dewasa Allah sambungkan bagi golongan suami yang jaga.
Alhamdulillah… Untungnya wanita. Namun, ada juga segelintir lelaki yang tak pandai nak menghargai wanita, tambah pula bila wanita yang dulunya cantik berseri dan pandai jaga penampilan bertukar jadi mak-mak yang sibuk dengan karenah anak. Kadang sedih membaca nasib segelintir wanita yang ditinggalkan suami, diabaikan bab nafkah dan macam-macam lagi yang boleh dikatakan tidak manis untuk dijadikan contoh.
Cuba renungkan perkongsian saudara Mizan Dzai tentang kehebatan wanita bergelar isteri. Kenapa tidak kita ikut?
Aku pasti tak semua isteri itu pemalas dan tak hormat pada suami, aku percaya tak semua suami itu culas dalam tanggungjawab dan tak menghormati isterinya.
Sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dalam kehidupan berumah tangga.
Orang cakap, penulisan aku beratnya lebih kepada isteri dan bukannya suami. Bagi aku, siapa aku untuk mempersia atau menidakkan jodoh yang Allah berikan?
Kerana apa?
Kerana Isteri atau Wanita ini begitu istimewa dan tinggi darjatnya di angkat Allah, lantas kita sebagai Suami atau Lelaki, layakkah kita untuk perlakukan sebaliknya?
1. Doa seorang isteri yang taat, memiliki kekuatan 70 wali Allah.
2. Isteri yang membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 kali khatam Qur’an.
3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunnah dan dimakan suami beserta keluarga, pahalanya semua untuk isteri dan doa suami yang memakan masakannya menjadi doa yang di ijabah.
4. Isteri yang membangunkan suami untuk solat atau mengingatkan solat berjemaah di masjid pahalanya 27+1, lebih dari suami yang beroleh 27 kali pahala berjemaah.
5. Isteri yang kepenatan bangun malam kerana anaknya minta susu sama dengan pahala 70 kali Haji Mabrur.
6. Seorang isteri bergelar ibu yang menyusui setiap titis susunya bernilai 200 kali solat khusyuk dan doanya di Ijabah’ (fadilah wanita)
7. Burung di udara dan Malaikat dilangit akan selalu memintakan keampunan kepada Allah selama isteri dalam keredhaan suami.
8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala Jihad.
9. Bila seorang wanita hamil, solatnya dua rakaat adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
10. Bila seorang wanita hamil akan mendapat pahala 70 tahun solat dan 70 tahun puasa.
11. Wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat darjatnya 1000 tingkat.
12. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap titisan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengkhabarkan berita bahawa SYURGA wajib baginya.
13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa-dosanya.
14. Apabila isteri membaca, pada hari pertama keluar haid “Alhamdulilahi Ala Kullu Halin Wa Astagfirullahamin Kulli Zanbi” maka Allah Swt akan membebaskannya dari jahanam, shirat dan azab.
15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dengan pahala 40 orang mati Syahid apabila dia berzikir.
Subhanallah, sayangnya Allah terhadap kaum wanita.
Kekadang kita sebagai lelaki terleka, terlena dengan barang baru tapi jangan pernah lupa bahawa di sisi kita, isteri itu pernah menjadi baru tapi cinta isteri takkan pernah menjadi cinta lama buat kita sebagai suaminya.
Semoga kita mendapat pasangan hidup yang Soleh dan Solehah. Semoga kita peroleh keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Warahmah.
Kita semua suami atau isteri, mulakan dari sekarang. Banyak reward dan pahala kalau suami kongsi pada isteri, In shaa Allah.