Bulan puasa ni selain hidangan berat seperti nasi dan mee sebagai menu utama, makanan sampingan seperti kuih muih dan pencuci mulut juga turut di beri perhatian, pelengkap hidangan. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai, terutama di bazar Ramadan ialah murtabak.
Bila nak buat sendiri, bahagan yang paling renyah dibuat adalah buat doh dan uli kulit murtabak. Sebenarnya tak perlu susah-susah lagi, menerusi perkongsian Puan Hidayah Syibly mak-mak boleh buat murtabak guna biskut lemak atau cream crackers je! menurut wanita ini lagi, istimewanya murtabak ini digunakan sebagai salah satu hantaran bagi orang zaman dulu-dulu.
“Murtabak Crackers. Sesuai sebagai juadah berbuka Ramadhan nanti, atau untuk di sedekahkan ke masjid. Zaman dulu dulu, zaman mak saya, murtabak crackers ni orang guna sebagai hantaran”
1 bungkus setengah biskut cream cracker
800 gm daging kisar
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 biji cili merah (dihiris halus)
2 biji cili hijau (dihiris halus)
Satu ikat daun sup,daun bawang (dihiris halus)
7 biji telur grade A
1 kotak besar susu segar
Dua sudu kecil garam
Dua sudu kecil serbuk lada hitam
Loyang 4 segi di alaskan dengan aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan, saiz loyang ni tak sure la berapa inci.
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu makan cili giling (saya tak taruk sebab tak mau pedas, budak budak yang nak makan)
3 sudu makan rempah kari daging
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4.Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakar kemudian nanti.
5.Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5.Masukkan bawang yang dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
7.Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
9.Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam-suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
1.Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama-lama nanti kembang pulak, susun dalam loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut untuk isi bahagian lompong.
2.Permukaan loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3.Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4.Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan-tekan ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5.Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul-betul masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengahnya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu.
6.Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawai redai. Keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah dipotong dan dihidangkan.
1. Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak… Sedap.
3. Tumis guna butter sikit, campur dengan sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Selamat mencuba!
MW: Menariknya resipi Murtabak Cream Cracker ni. Mak-mak tak perlu susah payah nak uli doh untuk buat kulit murtabak. Guna biskut pun boleh jadi. Sesuai buat untuk waktu berbuka nanti.
Sumber: Hidayah Syibly