Tanggal 31 Ogos…Tarikh keramat yang pasti akan diingati dan dikenang sampai bila-bila. Tarikh yang cukup bererti apabila negara kita bebas daripada kuasa penjajahan. melalui kemerdekaan inilah, banyak pencapaian yang telah diperolehi dan yang paling membanggakan apabila kejayaan wanita hebat dalam bidang masing-masing mengharumkan nama Malaysia.

Di sebalik tulang belakang lelaki, wanitalah yang menjadi menyokong kuat kejayaan lelaki. Malah, wanita jugalah yang menjadi sumber inspirasi bukan sahaja dalam kerjaya tetapi seorang isteri dan ibu. Mereka inilah turut memberi sumbangan dan kejayaan dalam mengharumkan nama negara.

Berkongsi kejayaan ini, Mingguan Wanita Talkshow yang dihoskan oleh Siti Elizad dan hos jemputan, Imam Muda Asyraf mengupas topik Istimewa Merdeka bersama beberapa tetamu jemputan yang berkongsi pengalaman dan kenangan dalam mengharumkan nama Malaysia.

Mejar Siti Suraida Mazlan, Pelatih Juruterbang TUDM

*Mulanya hanya bercita-cita untuk menceburi kerjaya beruniform dan dari situlah inspirasi serta minat membuatkan dia sampai ke tahap ini.
* Walaupun kerjaya ini didominai oleh golongan lelaki tetapi tidak ada rasa getir kerana bagi Mejar Suraida, dia ikut peraturan yang disediakan dan lakukan apa yang dikehendaki. Secara tak langsung, lelaki atau perempuan yang berkerjaya ini dilayan sama rata.

IKLAN

Tentang Mejar Suraida:

*Galas tugas dan lakukan dengan terbaik demi bangsa dan negara.
*Sebagai wanita kita kena kuat, apatah lagi memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu pada anak-anak.
*Perlu ada dalam landasan yang betul dan terima tugas yang dipertanggungjawabkan itu dengan ikhlasnya.

Tip Nak Jadi Juruterbang:

* Ada nekad dan mindat yang mendalam.
* Bila ada minat, terima cabaran danjangan sesekali putus asa.
* Sentiasa berfikiran positif
* Niat untuk berbakti bada bangsa dan negara.

IKLAN

Istimewa Merdeka – Beruntunglah Berada Di Bumi Malaysia

Anita Yusof, Pengembara Motor 4 Benua

* Satu-satunya wanita yang menjelajah secara solo dengan menaiki motosikal dan lebih 40 buah negara telah dijelajahinya.
* Berkongsi tentang pengalaman semasa jelajah menaiki motosikal bukan untuk nama tetapi merasai sendiri pengalaman dan mencipta sejarah sebagai wanita muslim pertama yang menunggang motosikal untuk dijadikan contoh.
* Pensyarah ini turut mengalami pengalaman menunggang motosikal jelajah solo dengan melalui kawasan laluan dadah dan mafia serta kawasan bergolak.
* Apa yang boleh dikatakan oleh Anita, dia beruntung kerana Malaysia ini masih lagi makmur dan aman berbanding dengan negara luar.

IKLAN

Faiz Subri – Pemenang Anugerah Puspas FIFA

* 2016 adalah detik bersejarah baginya kerana tendangan padu olehnya dalam perlawanan bola sepak Malaysia telah menjadi sebutan dan berjaya memenangi anugerah ini sebagai Jaringan tercantik.Sekali gus menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

SI (Bersara) Mustafa Zainal & PW (Bersara) Samsuddin Zainal:

* Pasangan adik beradik ini adalah Pesara Regimen Gerak Khas yang berkongsi pengalaman dalam menentang komunis.
*Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila terkena tempias air kencing komunis dalam memburu komuniss seleas kemerdekaan.
* Sebagai bakti dan tanggungjawabnya,sudah lima tahun berturut-turut dia diberi amanah dan tanggungjawab sebagai jemputan untuk sambutan pembarisan hari kemerdekaan esok hari.

Bagi mereka yang ketinggalan menonton Mingguan Wanita Talkshow sebentar tadi, jangan lupa untuk ikuti siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 5 petang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI