Kadang-kadang kita rasa pelik bila melihat seseorang itu peroleh nikmat dunia yang cukup mewah. Sedangkan kita terfikir apakah amalan yang dilakukan sehingga peroleh banyak rezeki.
Secara zahirnya, kita tak tahu nikmat dunia yang diperolehi itu ada kaitan dengan istidraj. Mulalah hati kecil tertanya-tanya, bahagianya seseorang itu walaupun asasnya tidaklah seorang yang baik. Wallahu ahlam.
Tak perlu nak fikirkan orang lain, kena tilik diri kita sendiri dengan apa yang nimak dunia kita perolehi. Malah, ada di kalangan kita yang diuji dengan pelbagai nikmat, namun dia terus bergelumang dengan maksiat dan melanggar perintah Allah.
Inilah yang dikatakan istidraj, nikmat dunia yang Allah berikan tapi, kita tak tahu itu semua berkat atau tidak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Hati-Hati Jangan Sebab Harta Yang Dimiliki, Jadi Punca Kesusahan Di Akhirat!
SIHIR AIN Hati-Hati Penyakit Disebabkan Pandangan Mata Orang Lain!
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Apa itu ISTIDRAJ
Maksud Istidraj adalah ia pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya .
Inilah yang dinamakan Istidraj .
Manusia Istidraj – Manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah SWT menyayanginya . Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
“Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah . Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku , katanya sombong.”
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah SAW bersabda :
” Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka) , ketahuilah bahawa orang itu telah di Istidraj kan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT .
Kredit: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Manakala perkongsian daripada Khairolizam Muhaidi ini boleh dijadikan panduan kita bersama. Jangan sampai istidraj.
1. Tak Solat Subuh bangun pukul 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas di atas muka bumiNya.
2. Tak Solat Zohor balik rumah makan nasi lauk ikan keli, rasa ikan keli. Makan mee goreng, rasa mee goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.
3. Tak Solat Asar masih boleh pergi gimnasium angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.
4. Tak Solat Maghrib nak suami mithali Allah bagi, nak isteri jelita Allah bagi, nak anak cerdik pandai Allah bagi, nak rumah bagai mahligai Allah bagi, nak kenderaan mewah Allah bagi, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.
5. Tak Solat Isyak Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi sihat wal’afiat dan cergas tubuh badan senantiasa.
6. Beruntung kita ini walaupun tak solat, Allah tidak menurunkan azab ke atas kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Ta’ala turunkan azab serta merta jadi muka khinzir.
7. Tapi kita ni menumpang rahmat Rasullullah ﷺ dan Allah Ta’ala tangguhkan dulu azabNya di atas muka bumiNya.
Allah Ta’ala berfirman dalam Al-Quran, balasan di hari Akhirat sangatlah dasyhat bagi orang yang meninggalkan solat.
Fiirkan sejenak petikan di atas apa akan jadi bila Allah tarik nikmat yang Allah beri..
.
Muhasabah untuk diriku dan rakan-rakan maya selagi masih menghirup udaraNya dan bernyawa.
Mingguan Wanita : Moga kita dijauhi dari perkara ini.
Sumber: Khairolizam Muhaidi
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita