Sebenarnya dalam hubungan suami, isteri tidaklah sesusah mana jika masing-masing bijak memainkan peranan masing-masing. Kita bukan hanya perlu manis-manis sebelum berkahwin sahaja bang, dah kahwin WAJIB manis-manis tahap bersemut tu.
Lagi satu, sebelum menggoda wanita di luar sana, adalah lebih mulia anda menggoda isteri sendiri terlebih dahulu. Menggoda isteri bukan semata-mata untuk ke ranjang semata-mata, sebaliknya godalah isteri untuk menawan hati dan kasih sayang darinya.
Rata-rata selepas setahun, dua berkahwin rumah tangga jadi suram. Tiada sinar, apatah lagi manis-manis bak gula. Semuanya hanya tinggal kenangan sahaja, maka menggelupur lah sang isteri mengharapkan kasih sayang seorang suami.
Sudahlah sibuk mengejar urusan dunia yang tidak pernah habis, tiba di rumah pula uruskan anak-anak yang makin membesar. Paling menyayat hati, suami abaikan ibarat kertas renyuk.
Oleh itu wahai suami, sebagai tanda menghargai dan kasih sayang anda pada isteri. Godalah isteri kalian kembali. Sesungguhnya dia cukup penat, biarkan dia melepaskan lelah seketika dan meminjam bahu anda untuk lena sebentar.
Biar pun telah beranak-pinak, apa salahnya sekali-sekali merancang untuk habiskan masa berdua. Ambil cuti dan luangkan masa untuk bercinta. Hangatkan kembali hubungan rumah tangga yang suram.
2. Ucapkan Kata Cinta
Biar pun setiap hari berjumpa, ungkapan cinta dari sang suami sentiasa isteri dambakan. Lebih indah, apabila anda memberikan kad ucapan sebagai tanda terima kasih melayani anda siang dan malam.
3. Berikan Kejutan
Semua orang sukakan kejutan, begitu juga isteri. Oleh itu sempena hari lahirnya, rancang majlis kejutan buatnya. Paling tidak hadiahkan gubahan bunga atau coklat untuk mengambil hatinya. Pastinya dia akan tersenyum sepanjang hari.
4. Berikan Dia Cuti
Apa kata hari ini anda memberi isteri cuti iaitu masa berehat dan anda mengambil alih segala tugas-tugas di rumah. Sudah pasti isteri merasa cukup dihargai.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti kupasan lanjut Wahai Suami Godalah Isteri Mu dalam Mingguan Wanita Talkshow musim baharu di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Siti Elizad, Erra Fazira dan Norman Hakim akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang akan memeriah perbincangan di studio MW.
Untuk sebarang komen dan persoalan untuk ditanyakan kepada tetamu dan juga pakar, hubungi Talian Teman Wanita Anda di 03-89389647 atau komen terus di ruangan yang disediakan.
#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimahd121