Isteri yang membeli emas itu sebenarnya sedang mengumpul aset. Buat para suami, hargailah minat isteri yang gemar membeli emas. Setiap kali isteri anda membeli emas, dia sebenarnya sedang menambah aset, menyimpan wang dalam bentuk yang lebih kukuh, dan menabung untuk masa depan.

Isteri Yang Membeli Emas Itu Sebenarnya Sedang Mengumpul Aset 

Ada suami yang mungkin kurang memahami konsep sebenar pembelian emas, lalu menganggapnya sebagai pembaziran. Namun, persepsi ini salah. Seperti yang dikongsikan oleh Akhtar Syamir atau lebih dikenali sebagai BroOhsem, penting untuk memahami konsep pembelian emas sebelum membuat keputusan sama ada ingin menyokong minat isteri atau tidak.

Isteri Yang Membeli Emas Itu Sebenarnya Sedang Mengumpul Aset 

Memahami Konsep Pembelian Emas

Bagi mereka yang kurang menyokong isteri membeli emas, biasanya hal ini terjadi kerana mereka belum memahami konsep sebenar.

Jika ada yang beranggapan membeli emas adalah satu pembaziran, maka ia perlu diperbetulkan. Berbeza dengan barang seperti pakaian atau tudung yang nilainya menyusut dan akhirnya dibuang, emas adalah aset yang sentiasa bernilai tidak kira berapa pun beratnya.

Sebagai contoh, emas seberat 1 gram boleh dijual pada harga RM220 di pasaran. Ini bermakna, emas tersebut boleh ditukar dengan sesuatu bernilai setara dengan RM220. Oleh itu, membeli emas sebenarnya adalah usaha mengumpul aset, bukan sekadar berbelanja tanpa tujuan.

Isteri Yang Membeli Emas Itu Sebenarnya Sedang Mengumpul Aset 

Emas Sebagai Perhiasan Dan Aset

Keistimewaan emas ialah ia boleh dipakai sebagai perhiasan sambil nilainya terus kekal dan berpotensi meningkat. Untuk mereka yang sukar menyimpan wang, menukarkan wang kepada emas adalah langkah bijak.

Ads

Mulakan dengan membeli 1 gram emas. Kemudian, tingkatkan simpanan kepada 10 gram, 50 gram, 100 gram, hingga mencecah 1 kilogram. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika ada usaha dan fokus.

Tukar Persepsi Terhadap Pembelian Emas

Moga selepas ini, kita semua dapat memahami bahawa pembelian emas bukanlah pembaziran. Sebaliknya, ia adalah langkah bijak untuk membina kekayaan dan memastikan kestabilan kewangan di masa depan.

Ingatlah, emas bukan hanya sekadar perhiasan; ia adalah simbol simpanan yang bernilai. Sokonglah usaha isteri anda untuk mengumpul aset ini.

Sumber: Akhtar Syamir

Baca artikel lain juga: Wanita Beli Beg Tangan Emas DIOR& Berat Setengah Kilogram Harga RM 150,000!

Besi Dalam Rekaan BANGLE Emas, Wanita Perlu Ambil Tahu Sebelum Beli!

Ads

Wanita Ini Kongsi Sebelum Beria Nak Beli Emas, Kena Ada TABUNGAN TUNAI Dulu

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

Ads

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI