Kekeluargaan

Isteri Yang Membantu Suami Kurang Berkemampuan Wajar Dihargai, Ucaplah Terima Kasih

Share

Perbelanjaan atau nafkah dalam rumah tangga terletak dibahu suami. Adakalanya pendapatan suami tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan. Keadaan ini memerlukan bantuan isteri yang turut sama bekerja.

Perkara ini memerlukan perbincangan bersama dan sebaiknya suami dapatkan izin serta reda seorang isteri sebelum meminta bantuan pasangan.

Isteri Yang Membantu Suami Kurang Berkemampuan Wajar Dihargai

Di samping itu, apabila suami kurang berkemampuan, ini caranya berterima kasih pada isteri yang sanggup membantu. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan ingat betul-betul pesanannya:

Ucaplah Terima Kasih

Ini Caranya Berterima Kasih Pada Isteri 

Kalau pendapatan seorang itu tak mampu untuk sara keluarga, kemudian hendak isteri tolong tambahkan mana yang terkurang maka jaga tujuh perkara ini:

1.Jangan terus suruh isteri bayar apa yang kita tak mampu bayar

Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan. Jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada extra income, berapa yang kita dapat dengan extra income.

Selepas itu tunjuk berapa baki setelah pendapatan itu ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan.

Kalau negatif, negatiflah. Kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan.

2.Mintak izin dan redha isteri kalau hendak dia bantu

Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nampak semua perancangan itu, Insyallah, dia akan bantu. Cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan reda isteri untuk dia bagi bantuan tersebut.

Dia kena reda dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, jangan suruh. Minta elok-elok.

3.Bantuan isteri tak boleh lebih 50 peratus

Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50 peratus, meaning that isteri itu pula kena keluarkan duit lebih daripada kita. Kita pula yang kurang keluarkan duit.

Maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri.

Bantuan isteri itu hanya untuk top up mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua.

4.Jangan tambah komitmen tanpa pengetahuan isteri

Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri.

Jangan upgrade lifestyle, jangan tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita itu nothing tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita tak akan ada duit lebih atau rasa lapang. Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada.

Bila Berkemampuan, Suami Ambil Semula Tanggungan

5.Ambil semula tanggungan apabila mampu

Bila pendapatan kita sebagai suami sudah ada lebihan, macam ada ot(over time) ke, bonus ke, extra income ke, maka ambil semula apa yang dibayar isteri…

Kita bayar guna pendapatan kita. Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita sudah mampu untuk bayar sendiri…

6.Bersyukur bila dibantu, jangan buat perangai

Kesedaran diri itu sangat penting. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Kalau dibantu, buat cara dibantu.

Tak payah nak buat perangai, tak payah nak curang bagai. Jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan.

Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja-kerja rumah dia. Beneficial for each other…

Berterima Kasih Pada Isteri Yang Sanggup Membantu

7.Hargai bantuan yang dihulurkan isteri

Hargai isteri, sesekali itu bawalah dia makan di luar. Kemudian bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawa dia berjalan.

Tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan untuk tanggung dan bayar semua.

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Has