Memang benar dalam rumahtangga ada pasang surutnya. Isteri yang sering dikhianati, didera mental emosi dan fizikal cenderung menjadi ‘tawar hati’ pada suami. Bahayanya bila isteri dah tawar hati, dia dah tak rasa apa-apa dan tiada lagi perasaan pada suami. Marah tidak, sedih pun tak, kecewa pun tidak. Malah, isteri yang hatinya pernah hancur sebab perbuatan suami, walaupun masih setia bersama, namun perasaannya pada suami takkan pernah sama lagi.

Sebagai pesanan buat ketua keluarga yang memimpin rumahtangga, bila dah jadi suami, hadamkan perkongsian oleh Dr Redza Zainol ini.

1. Jangan Naik Tangan

Dah jadi suami, jangan sesekali naik tangan pada tubuh badan isteri.

Walaupun hanya sekali, hati isteri akan jadi sangat jauh dari kita. Nak rasa sayang pada suami pun susah, apatah lagi nak taat.

2. Jangan Menipu

Dah jadi suami, jangan tipu isteri. Isteri kalau percaya suami, dia bagi sepenuh hati dia pada suami. Kalau dijaga hati isteri dengan kata yang baik dan benar, bahagialah keluarga.

Sekali kita tipu, bertahun nak dapatkan balik kepercayaan dia.

Ads

3. Jangan Menghina

Dah jadi suami, jangan sekali guna perkataan buruk untuk hina isteri.

Bodoh, betina, b**i, ini semua perkataan yang buat isteri jauh dari kita. Rezeki pun susah nak singgah ke rumah kita.

Ads

4. Jangan Curang

Dah jadi suami, jangan curang. Kalau pada mata kita isteri dah tak cantik, usahakan supaya dia jadi cantik semula. Cukupkan keperluan asas dia iaitu makan, minum, rehat dan tidur isteri. Lepas tu, cukupkan barang-barang dia.

Tanyalah mana-mana wanita yang pernah hatinya hancur, perasaan dia pada suami takkan sama lagi. Bila sampai masa dia kata dia dah tawar hati, maknanya hubungan tu tamat sampai situ saja.

Sebab isteri yang tawar hati ni dia dah tak rasa apa-apa. Sedih pun tak, marah pun tak, kecewa pun tak.

Ads

Dia cuma nak mulakan hidup yang baru.

Baca Lagi Di Sini;
Jika 5 Ciri Ini Ada Dalam Rumahtangga Kena Hati-Hati, Ia Petanda Hubungan Suami Isteri Dalam Fasa Bahaya

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan dalam rumahtangga. Pesanan buat suami, jika sayangkan rumahtangga hati-hatilah jangan sampai isteri tawar hati. Isteri yang hatinya pernah hancur sebab perbuatan suami, walaupun masih setia bersama, namun perasaannya pada suami takkan pernah sama lagi.

Sumber: Dr Redza Zainol

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI