Tak semua isteri jenis yang meminta-minta. Ada yang rela pendamkan saja keinginan di hati, simpan sorang-sorang, makan hati. Wahai isteri, hakikatnya janganlah malu untuk meminta dengan suami sendiri. Kerana, tanpa anda sedari kegagalan isteri meminta itu boleh sebabkan kegagalan fungsi suami.
Haa.. macam mana tu. Perkongsian Khairunnisa Hamzah (Nisa) ini dicoretkan berdasarkan perkongsian daripada seorang staf lelaki tempat isteri ini pernah berkhidmat dahulu.
“Kata-kata dia buat Nisa ingat dan gunakan, Kalau tak sebelum tu Nisa banyak pendam. Tak bagi tahu dengan jelas. Rupanya lelaki tak faham bila kita tak sebut, tak meminta. Penat je merajuk.” Selorohnya.
Cuba hadamkan perkongsian Khairunnisa ini. Semoga membuka keberanian pada para isteri untuk meluah, memintalah pada suami sendiri. Kalau bukan isteri yang nak minta, siapa lagi kan.
Isteri.. Jangan Cuba Jadi Sempurna
Hari tu ada seorang sahabat bertanya,
“Macam mana kau boleh baik dengan suami kau sampai boleh buat kerja sama-sama and macam best friend ever?”
Jawapannya: Jangan jadi sempurna!
Ads
Seorang sahabat sekerja lelaki semasa saya bekerja dahulu ada berpesan,
“Lelaki ini tak boleh ada lebih 3 ang ini: 1. Wang 2. Peluang 3. Ruang
Kalau ada, dia akan ligat fikir lain”
Jadinya, sebagai perempuan, rugi apabila sibuk kita nak jadi sempurna dengan memberikan lelaki : 1. Wang 2. Peluang 3. Ruang
Gitulah kekdahnya.
Jika nak belanja, hulur tangan minta.
Dan Jika penat, minta saja diurutkannya.
Jika sedih, menangis saja di bahunya.
Isteri yang gagal meminta boleh jadi turut menggagalkan fungsi suaminya.
Ingat senang ke kerja meminta ini?
Susah!
Ketahuilah Meminta Adalah Perkara Paling Susah Buat Isteri
Meminta adalah satu perkara paling susah buat kita sebab ia menyebabkan kita kena buang ego yang paling tinggi bagi menadah kedua tapak tangan pada suami.
Ads
Tetapi semestinya lelaki yang paling baik ialah lelaki yang memberi sebelum diminta.
Lelaki yang ada ilmu ini sangat tinggi sifat kebaikannya. Jika ada begini, untunglah si isteri.
Saya pernah ada kawan kongsikan yang dia tidak akan tunjukkan air mata pada suami. Malah, dia akan buat segalanya di rumah kerana mahu dilihat sempurna oleh suami.
Akhirnya, hubungan suami isteri mereka tamat begitu sahaja. Allahuakbar
Tahu tak?
Apabila suami tiada fungsi di rumah, dia akan menggunakan kehebatannya di luar.
Ads
Yelah, lelaki sifatnya gagah berani. Lelaki diciptakan Allah untuk menyahut cabaran, berusaha menyelesaikan masalah dan gigih melindungi. Allah kurniakan sifat kelelakian untuk apa? Untuk menjadi pelindung dan penjaga isteri.
Jadi, jika ada masalah, penat tak terdaya segalanya, luahkan pada suami atau mahu luahkan segalanya pada kawan lelaki???
Pesanan suami saya, isteri mintalah suami belikan Aulora pants yang macam saya pakai ni.
Sebab katanya, sejak saya pakai Aulora pants, dia dapat bini baru…… kurus
Ya, dia dapat bini baru kurus.
Mana boleh bagi can.
Biar dia yang kuruskan balik kita punya badan
Sebenarnya kalau mampu kawal emosi, semua orang tak nak pun bertikam lidah dengan pasangan. Tetapi disebabkan terlalu penat, terselit juga silap isteri sampai tertinggi suara pada suami secara tak sengaja. Lagi sedih, ada kes isteri tertidur dalam keadaan merajuk tanpa meminta maaf pada suami.
Tak semua tetapi realitinya memang ada isteri yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tak hormat pada suami. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Mari kita gali punca-punca yang boleh dikaitkan kepada permasalahan ini menerusi perkongsian saudara Amir Syahir…
Selami dan Maafkan Silap Isteri
Menjadi isteri solehah pasti menjadi impian setiap wanita. Mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki yang bernama suami. Saat akad nikah dilafazkan, syurga seorang isteri telah beralih daripada ibu kepada suami.
Seluruh hidup si isteri hanya untuk suami tercinta. Berjanji sehidup semati dan setia hingga hujung nyawa. Si isteri meninggalkan keluarga tercinta demi cintanya pada suami yang dinikahi.
Si isteri memasak, membasuh, mengemas tanpa pernah mengeluh sedikitpun. Dia tidak pernah meminta hadiah mahal untuk penat lelahnya. Melihat suami tersenyum riang sudah cukup membuat dia gembira.
40 minggu mengandungkan zuriat suami yang dicintai. Walaupun badannya letih dan penat, dia tidak pernah kisah. Naluri keibuannya begitu tinggi. Tiba masa si kecil menjenguk dunia, si isteri bertarung nyawa. Antara hidup dan mati melahirkan zuriat yang dikasihi. Saat menatap wajah comel si kecil, hilang segala sakit yang dirasai. Hanya air mata dan senyuman mampu menceritakan segalanya.
Ada Suami Tak Hargai Isteri
Namun, ada suami yang tidak tahu menghargai isteri yang telah banyak berkorban buat dirinya. Sedikit kesalahan si isteri begitu besar di matanya. Adakalanya dengan rakan-rakan, dia boleh bergaul mesra, memuji sana sini. Tetapi dengan si isteri?
Hargailah isteri korang. Walaupun banyak kekurangannya, terimalah dia seadanya. Dia cuma manusia biasa. Bersyukurlah kerana dia menerima kau sebagai suami sehidup semati. Sedikit kesalahan yang dilakukan isteri, tegurlah sebaik-baiknya.
Dia tak minta kemewahan dan harta benda yang menggunung tetapi perhatian dan kasih sayang korang.
Jangan menengking atau bermasam muka. Sesungguhnya dialah jodoh yang terbaik daripada Allah buat korang. Bukan wang berjuta menjadi dambaannya, cukuplah cinta dan setia seorang suami sehingga hujung nyawa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan sekarang ramai yang berdepan dengan masalah kewangan, biarpun tak mudah kita terpaksa lalui juga sama ada mahu atau tidak.
Sebaiknya kurangkan merungut dan lebihkan bersyukur walaupun serba kurang, situasi sekarang tak perlu bermewah. Syukurlah kita masih mempunyai makanan, pakaian dan tempat tinggal. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini:
Kurangkan Merungut Susah
Kita ini mungkin tak pernah hidup susah sampai hendak beli barang pun tidak ada duit, nak makan pun tidak ada makanan, hendak tidur pun tiada tempat…
Kita masih ada duit walaupun sedikit dan kita masih ada makanan walaupun bukan makanan kegemaran
Kemudian kita masih ada tempat untuk tidur walaupun sempit… Sebenarnya, ini sudah dikira sebagai satu nikmat disebabkan kita ada lebih daripada orang lain… Orang lain tidak ada apa yang kita ada…
Maka kita sepatutnya sudah wajib bersyukur walaupun serba kurang…
Lebihkan Bersyukur Walaupun Serba Kurang
Kalau kita tak bersyukur dengan nikmat yang kecil, bagaimana kita akan bersyukur dengan nikmat yang besar?
Setahun sudah kita lalui hidup yang di luar norma kehidupan yang selalu kita lalui… Tak pernah lagi sepanjang 30 tahun, 40 tahun kita hidup, terpaksa lalui kehidupan yang macam sekarang ini…
Maknanya, sudah lama kita hidup “mewah”… Sudah lama kita hidup “kaya”… Baru sekarang kita rasa “susah”…
Orang yang pernah susah, atau orang yang susah, dia tak takut untuk hidup susah sebab dia boleh hidup dalam keadaan macam itu…
Yang takut adalah mereka yang tak pernah hidup susah sebab mereka tak pernah rasa semua itu dan mereka tak yakin yang mereka boleh hidup dalam keadaan macam itu…
Fikir balik… kita ini tak susah mana sangat pun… Kita cuma tak boleh mewah… Dan kita cuma tak boleh buat apa yang selalu kita buat dulu…
Kita cuma tak boleh beli apa yang selalu kita beli dulu… Kita cuma tak boleh hidup macam dulu… Itu saja, kita bukannya susah yang betul-betul susah lagi…
Kurangkan merungut, lebihkan bersyukur… Saya yakin, kita yang ada Facebook ini masih ada benda nak dimakan, tempat tinggal dan duit untuk digunakan walaupun ianya cukup-cukup sahaja…
MW: Bila perkara atau nikmat kecil pun mak,ayah bersyukur, insyallah makin bahagia kehidupan kalian. Bersyukurlah dengan setiap apa yang telah Allah kurniakan.
Ibu kepada lima orang cahaya mata ini berkongsi pesanan. Antara rahsia hidup bahagia sepanjang 22 tahun bergelar suami isteri. Paling utama, menjaga solat 5 waktu.
Selepas itu barulah hadamkan tip-tip yang lainnya sebagaimana yang dikongsikan oleh Muhaszlina Sanip. Walaupun payah, tak larat dan susah. Cekalkan hati untuk menjaga apa yang Allah perintahkan ini.
Rahsia Hidup Bahagia Untuk Pasangan Suami Isteri
Dalam pada itu, Muhaszlina turut menyertakan sekeping gambar kenangan ketika awal mendirikan rumah tangga pada tahun 1999 dan gambar terkini, iaitu tahun 2021.
Saja akak nak share dengan kawan akak kat sini (dalam grup Kami Suri Rumah). Pengalaman selama 22 tahun melayari alam rumahtangga
Gambar kiri tu, 2 minggu selepas kahwin dan masa tu baby dah ada dalam perut tapi akak tak tau lagi. Patut la masa jalan-jalan tu akak tak larat, tapi tabahkan juga sebab taknak rosakkan plan abang yang “excited” nak tunjukkan bandar Melaka kat akak.
Gambar kanan tu selepas 5 orang anak soleh dan solehah dah keluar dari perut akak. 2 orang keluar secara normal dan 3 orang secara pembedahan. Dan harini akak nak share beberapa tips buat adik-adik akak yang baru kahwin atau bakal berkahwin. Semoga bermanfaat.
Agar Lebih Bahagia, Hadamkan Pesanan Ini
Pertama, benda paling penting dalam kehidupan dan rumahtangga ni sebenarnya ialah solat.
Kalau kehidupan kita tak berharta, tak berapa baik, tak berapa teratur, tak mengapa. Tapi berusahalah untuk solat 5 waktu. Walau terasa payah nak tunaikan solat tapi tolonglah paksa diri, keep fighting , solatlah jugak walau tak berapa khusyuk atau solat di akhir waktu.
Kalau kehidupan kita sempurna sekalipun, jika kita abaikan solat, maka Allah akan abaikan kita. Janganlah pelik kenapa masalah kita belum selesai, malah bertimpa-timpa pula. Kita perkecilkan solat, jangan merungut kenapa kita nampak kecil di mata dunia.
Kedua, ialah “mindset”.
Ramai yang kata pasangan berubah selepas berkahwin. Ya, memang betul. Sebab masa bercinta, hubungan tu cuma bersandarkan emosi. Tapi selepas kahwin, hubungan tu datang dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Nasihat akak, rendahkan “expectation”. Kita bakal berkahwin (atau berkahwin) dengan orang yang tak sempurna. Lengkapilah dia.
Ketiga, bagi tumpuan kepada rumahtangga sendiri.
Jangan tengok langsung rumahtangga orang lain. Jangan dok “compare” suami orang lain atau isteri orang lain macam mana. Perisaikan diri kita dari tengok apa yang orang lain ada. Bukan sebab “jealous”, atau iri hati. Cuma berpijak di bumi yang nyata. Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada.
Last but not least, kurangkan menuntut hak.
Banyakkan memberi dan menunaikan hak. Percayalah, Allah akan balas dengan macam-macam jenis bahagia dan kesenangan di masa depan. Perkahwinan adalah ibadah. Gunakan perkahwinan untuk cari jalan-jalan mudah ke syurga, melalui ‘harga’ sabar dan memberi yang tinggi.
Perkahwinan juga adalah lubuk pahala, dan “investment” yang takkan rugi kerana Allah janjikan pelbagai ganjaran terhadap segala penat lelah yang suami isteri lakukan. Tiada satu pun perbuatan kita yang sia-sia.
Kadang-kadang dari pengalaman kita orang lain akan dapat pengajaran. Sama-sama kita belajar. Akak pun masih belajar. Ambillah jika ada sisi yang baik dan “ignore the rest”.
MW :Sabar pun antara tip hidup bahagia pasangan suami isteri. Sabar itu terlalu mahal. Tak semudah menyebutnya. Namun, percayalah hikmah dan pahala sabar itu pasti akan memberi kebaikan pada orang-orang yang berjaya melaluinya.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...