Setiap isteri berdoa mengharapkan suami jatuh cinta hanya kepada dirinya sahaja, tetapi mungkin usahanya tidak sekuat doanya, ikhtiarnya tidak sebesar pengharapannya.
Pengorbanan isteri tiada siapa yang menafikan tetapi kadang kala isteri lupa cara dia melihat dirinya sendiri. Dia berasa terlalu sempurna dan tak terkalahkan, sentiasa hebat dan tak bersalah.
Penyelamat Hubungan
Sifat dan tabiat sebegini amat tidak elok dalam semua jenis perhubungan. Perhubungan antara kawan atau antara keluarga, apatah lagi antara suami isteri. Sungguh hati yang bertakwa dan akhlak yang mulia adalah penyelamat dalam setiap perhubungan manusia.
Allah SWT berfirman: “Setiap sahabat karib akan bermusuhan kelak di hari kiamat kecuali mereka yang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf: 67)
Suami yang memilih isteri kerana rupa akan menemui kebosanan bila kecantikannya mula sirna. Begitu juga harta, pangkat dan kedudukan akan musnah akhirnya. Namun yang tidak pernah hilang dari jiwa seorang suami dan tetap indah di matanya hanyalah isteri yang kaya dengan amal kebaikan, akhlak mulia, takwa dan pengorbanan yang membuat suami tak boleh melupakannya.
Bergantung hanya kepada Allah SWT
Mustahil mata lelaki tidak tertarik apabila melihat kesempurnaan dan kecantikan wanita yang lebih hebat dari isterinya sendiri, namun tidak mustahil semua bagi Allah jika Dia mentakdirkan segala sesuatu tidak terjadi maka tidak akan terjadi.
Ads
Jika isteri yakin dengan kuasa Allah yang mampu menjaga hati suaminya dan dia amat sangat dekat hubungannya dengan Allah maka tidak mustahil doanya agar suami setia akan didengar Allah.
Doa terbaik Isteri
Doa isteri yang terbaik adalah doa yang telah dirakamkan dalam Al-Quran: “ Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami tertarik kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami dan Kurniakanlah kami Rahmat (kasih sayang) dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Karunia.” (Surah Al-Imran ayat: 8)
Namun begitu doa bukanlah angan-angan kosong bahkan perlu untuk diperjuangkan dan diusahakan menjadi nyata dengan ikhtiar yang sebenar-benarnya. Suami hanya akan jatuh cinta bila hatinya telah merasai ketenangan dalam rumah tangga. Jika belum maka dia akan terus mencari ketenangan di tempat lain, dalam pencarian cinta yang tak pernah selesai. Jangan biarkan suami jatuh cinta dengan wanita-wanita lain kerana dia tidak menemuinya dalam hati isterinya sendiri.
Zuhud dalam bercinta
Tidak dinafi, suami banyak kekurangan tapi begitulah sifat manusia yang hanya mementingkan diri, tidak pernah puas dan cepat tertarik hati pada yang lebih baik dari yang dia miliki. Dan sifat wanita pula amat sensitif dengan perasaannya yang apabila mencintai akan cuba menguasai.
Ads
Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat baginda, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang apabila aku mengamalkannya Allah dan seluruh manusia akan mencintaiku. Rasulullah s.a.w bersabda: “Zuhudlah engkau di dunia nescaya Allah akan mencintaimu dan zuhudlah engkau terhadap apa-apa yang ada pada manusia nescaya manusiapun akan mencintaimu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah disahihkan ole Al-Albani).
Tak Susahkan Suami
Zuhud dengan harta suami bermakna tidak menyusahkannya dengan apa yang tidak mampu ditunaikannya. Ini adalah rahsia yang membuat suami jatuh cinta kepada isteri. Sifat isteri yang zuhud tidak mungkin memberi tekanan pada suami, apabila dia pulang yang dirasainya hanya ketenangan dalam pelukan isterinya.
Zuhud juga diperlukan dalam hal perasaan, jangan sesekali isteri menuntut apa yang suami tak mampu bagi dalam hal keperluan bathinnya kecuali apa yang menjadi hak isteri. Jangan mudah merajuk bila suami kurang memperhatikan, mudahkanlah jangan menyusahkan. Inilah ketenteraman yang amat diperlukan para suami apabila pulang ke rumah.
Ads
Rumah Di Syurga
Cinta sejati matlamat terakhirnya adalah syurga di akhirat. Apa-apa yang diusahakan isteri untuk membuat suaminya jatuh cinta adalah ibadah di sisi Allah. Indahnya syariah Allah, sehinggakan dalam bercintapun ada pahala. Syurga yang paling rendah tingkatnya umpama 10 kali dunia dan segala isinya, malangnya tiada siapa boleh melihat sekarang bagaimana kedudukannya nanti di akhirat. Isteri solehah rumahnya bukan hanya di dunia tetapi Allah telah bina untuknya di syurga.
Jibril telah turun membawa salam dari sisi Allah kepada Khadijah yang memuji layanan Khadijah yang amat zuhud dan ikhlasnya menghidangkan makanan setiap kali Rasulullah lapar.
Jibril berkata: “Wahai Rasulullah dialah Khadijah yang datang menghidangkanmu makanan dan minuman, jika dia datang kepadamu sampaikanlah salam dari Allah dan daripadaku juga. Beritahukan pula rumahnya di syurga terbuat dari emas dan perak yang di sana tiada kebisingan dan kepayahan.” (Hadis al-bukhari dan Muslim)
Sungguh isteri-isteri yang mengabaikan layanan kepada suaminya sungguh mereka telah lupa tentang rumah yang terbuat daripada emas dan perak itu, peliknya mereka boleh berangan-angan mendapat cinta sejati!
** Artikel ini telah dikongsi oleh Dato’ Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam, juga penulis tetap ruangan Keluarga Sakinah di dalam Majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya dengan memberi arahan warnakan bulatan, mak ayah boleh tahu keupayaan dan tahap fokus anak-anak. Menerusi aktiviti ini, mak ayah juga boleh memantau tahap perkembangan pembelajaran dan kemahiran mereka.
Untuk fahamkan lebih lanjut, boleh rujuk perkongsian Puan AziLa Ghani ini sebagai panduan;
Okay mommies..seperti dijanjikan saya akan explain kaitan antara hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar. Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut..just arahan “warnakan bulatan itu”. Untuk anak 3 hingga 6 tahun ye.
Take note ye parents, fokus adalah kemahiran..bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dll..yang penting kita dapat tahu keupayaan & tahap fokus anak..jangan compare antara satu sama lain.
1.MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
Jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.
2. MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
Bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.
3. MEWARNA SELURUH BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)
Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.
4. MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN
Tidak perlu ambil kira faktor kekemasan atau kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukuan ke atasnya.
Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka..fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus. Pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka!
Adalah sangat penting bagi seorang wanita menuntut sendiri syurga yang dijanjikan Allah untuk dirinya dalam apa juga cara dan keadaan.Tertarik dengan pesanan dan kata-kata oleh Prof.Dr Harlina Siraj ini, antaranya bahawa seorang wanita masih punya peluang meraih Syurga Allah SWT tanpa perlu bergantung kepada siapa lelaki yang menjadi pasangan hidupnya.
Tidak dapat dinafikan, kehadiran lelaki atau suami memainkan peranan besar dalam membimbing isteri ke jalan yang diredhai sekaligus menjadi asbab memudahkan para isteri menuju ke syurga yang telah dijanjikanNya. Namun bukan semua wanita bertuah memiliki ‘pakej’ suami sebegitu.Ramai para suami yang masih terumbang ambing dalam kefahaman rohani serta mengabaikan tanggungjawab dalam mendidik isteri.Akibatnya isteri dan keluarga kekurangan didikan agama, sekaligus menjarakkan peluang ke syurgaNya.
Oleh itu, khusus buat wanita, usah bimbang dan gusar, rawat hati dan jadikan perkongsian daripada Prof.Dr Harlina Siraj sebagai panduan;
Berikut antara perkongsian tersebut;
Wahai Wanita Solehah,
Tuntutlah syurga yang dijanjikan Allah untuk dirimu!
Peranan Suami
Peluang wanita nak masuk ke syurga Allah ni, tak banyak sikit, bergantung kepada ilmu, kerenah & tahap keimanan suaminya.
Kalau dapat suami yang tinggi tahap keilmuan & kuat keazamannya untuk mencontohi Ar Rasul SAW sebagai role model suami mithali, besarlah peluang isteri untuk menjejak kaki masuk ke Jannah Allah bersama-sama. #tillJannah
Tapi kalau dapat suami yang sebaliknya (jahil, sombong, tinggi ego, buruk akhlak & kurang iman serta penghayatan agamanya), sukarlah isteri nak mencium bau syurga, kerana dibimbangi diheret dan terseret sama ke neraka bersama suami yang sebegitu.
Sedangkan Allah SWT memberi peringatan tegas dalam Surah At Tahrim ayat 6 – Agar memelihara diri dan ahli keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka!
Namun, harus barang diingat jua
Dapat menjadi isteri yang bersuamikan Rasul sekalipun, belum tentu selamat dari siksaan neraka Allah ( seperti mana isteri Nabi Nuh AS & Nabi Luth AS : rujuk Surah At Tahrim ayat 10)
Jika ditakdirkan bersuamikan Firaun yang dilaknat Allah sekalipun, masih ada peluang untuk didirikan sebuah istana di Syurga ( rujuk At Tahrim ayat 11)
Jangan Bimbang Jika Tidak Bersuami
Dan bagi wanita yang tiada rezeki bersuami di dunia ni, jangan bimbang ye. Allah telah mengangkat darjat Maryam puteri Imran yang memelihara kehormatannya melebihi wanita lain di zamannya! ( Rujuk At Tahrim ayat 12)
Pendekatan, wanita punya peluang meraih Jannah Allah SWT tanpa bergantung kepada siapa lelaki yang menjadi pasangan hidupnya!
Ayuh wanita solehah wa muslehah,
Tuntutlah sendiri syurga yang dijanjikan Allah untuk dirimu!
Semoga perkongsian ilmu dan pesanan ini memberi manfaat serta sinar harapan buat wanita.
Percaya atau tidak. Itulah yang selalu kita dengar, sihir orang sebab tak suka, nak jatuhkan kehidupan orang lain, tak boleh lihat pasangan bahagia atau dendam dan sebagainya.
Jalan singkat untuk melihat penderitaan orang.Tak nak percaya tapi bila berlaku depan mata atau diri sendiri, barulah tahu ia betul atau tidak. Kadang-kadang, kita fikir cara ini adalah berdosa besar dan syirik. Tapi ramai yang buat juga.
Lagi menyedihkan ada yang sanggup sihir adik beradik, darah daging sendiri kerana tidak mahu adik beradik itu hidup senang. Sampai sanggup begitu sekali. Keluarkan modal untuk upah bomoh supaya jin datang menganggu.
Namun, perkara yang diterangkan oleh Ustaz di Pusat Rawatan Al Idrus adalah supaya perawat itu tidak mendengar kata-kata jin yang dihantar itu. Sebaliknya, usahalah untuk merawat kerana ia kata-kata jin itu boleh jadi fitnah dan membuatkan adik beradik bermusuh.
Sihir Adik Beradik, Jangan Hancurkan Darah Daging Sendiri
Cukup menyedihkan apabila dengan adik beradik ada perasaan dengki. Sanggup lakukan macam-macam dengan bagi anak sakit dan tanam ‘sesuatu’ depan rumah.
Daripada perkongian video itu juga, mereka adik beradik bersepakat dan siap kutip duit untuk ubah bomoh dari Melaka supaya suami isteri bercerai berai. Tak boleh langsug tengok mereka bahagia atau lebih daripada dia.
Sampai satu masa, siap menghasut adiknya supaya ceraikan isteri. Boleh dikatakan pelbagai cara yang dilakukan untuk pecah belahkan pasangan ini. Paling tak disangka, risau harta ayah jatuh pada tangan adik dan ipar memandangkan mereka terlalu baik dalam menjaga ayah mereka.
Itu antara serba sedikit perbualan antara perawat dengan pesakit. Dikatakan yang bercakap itu bukan dirinya sebenar tapi adalah ‘jin’. Bila difikir balik, kata-kata jin ini boleh dipercayai atau tidak.
Inilah antara penjelasan ustaz di Pusat rawatan Al Idrus:
Berdasarkan kepada video itu ia memberitahu tentang sihir adik beradik. Tapi apa yang ditekan di sini adalah bagaimana perawat itu mengendalikannya.
1. Sebagai seorang perawat yang merawat pesakit, jangan sesekali percaya kata-kata yng keluar daripada mulut pesakit itu. Ini boleh jadi fitnah yang daang dari jin itu sendiri.
2. Sebagai seorang perawat atau ustaz, kita hanya buang jin yang ada dalam badan pesakit itu dan tak perlu percaya. Dengar boleh, percaya jangan.
3. Antara sebabnya, ia boleh menjadikan pergaduhan adik beradik. Jika tidak buat, ia boleh menimbulkan fitnah dan pergaduhan adik beradik.
4. Jangan dengar kata-kata jin, rawatlah untuk membuang / keluar jin dan jangan sesekali masuk campur dalam urusan pesakit
5. Ini boleh mendatangkan fitnah dan masam muka adik beradik.
Mingguan Wanita : Macam tak percaya tapi kadang-kadang alasan tidak puas hati dengan orang, tak boleh tengok orang senang, dengki dan macam-macam lagi sampai sanggup jumpa bmoh untuk sihirkan orang. Nauzubillah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.