Isteri Yang Biasa Kuat Membebel Tiba-tiba Senyap, Berhati-hatilah Wahai Kaum Suami

Share

Isteri bila dia biasanya kuat membebel, tetapi tiba-tiba dia senyap, itu tandanya dia ‘tak sihat.’ Jadi, biarlah dia membebel panjang-panjang mana pun, asalkan dia sihat. Tak sakit. Kalau sudah sakit, satu hal pula. Lagi bahaya.

Isteri umpama jantung dalam keluarga. Kalau sakit atau tidak gembira, satu keluarga atau rumah turut menjadi suram. Ramai suami

yang tidak faham kenapa tiba-tiba wanita yang dia cintai sebelum melangkah ke fasa perkahwinan itu, yang dulu bukan seorang yang suka membebel dan pendiam tetapi apabila sudah berkahwin, makin lama makin kuat membebel pula.

Isteri Yang Biasa Kuat Membebel Tiba-tiba Senyap

Awas suami. Apabila isteri sudah tidak lagi membebel dan mendiamkan diri, itu petanda bahaya para suami patut tahu. Isteri sudah makan hati dek kerana sesuatu.  Senyap seorang isteri boleh sebabkan dirinya ‘makan hati’, rasa tawar hati dan paling bimbang dah tak ambil peduli pasal suami.

Nah, jemput baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini.

Isteri bercakap lebih baik daripada isteri senyap. Bila dia bercakap, tak kisah la dia nak marah kita ke, dia nak berleter kita ke, dia nak kata apa saja kat kita, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang dimarahkannya, apa yang dileterkannya, apa yang dikatakannya.

Kalau dia senyap, tetiba dia tak bercakap, kita sendiri pun tak tahu apa yang silap, kat mana yang silap.

Orang perempuan ni, cara dia zahirkan fikiran dia, cara dia luahkan perasaan dia adalah melalui kata-kata…tapi bila dia dah banyak berkata-kata dan kata-kata itu satu pun tak masuk kepala suami dia, maka dia akan FED UP.

Dia tak terus senyap macam tu saja.. Dia akan senyap bila dah banyak kali dia marah, dah banyak kali dia berleter… senyap tu tak bagus untuk dia walaupun pada kita, kita sangat suka isteri senyap.

Senyap isteri tu boleh makan diri dia, buat dia rasa tawar hati dan tak nak peduli suami.

Berhati-hatilah Wahai Kaum Suami

Masa isteri dah senyap, pujuk rayu ni adakalanya berguna, adakalanya tidak…jadi, take note siap-siap untuk setiap isi kandungan ketika dia marah, ketika dia berleter.

Salah silap kita ada dalam tu sebenarnya. Pastikan dia tak marah untuk benda yang berulang, dia tak berleter untuk benda yang sama…kalau dia dah senyap, minta maaf pun sia-sia.

Dia punya keras tu, makan hari la baru dia akan kembali bersuara.

Haa.. jadi sila beringat ya encik suami. Kalau nampak isteri senyap tiba-tiba, sila ‘flashback’ tindakan yang anda buat. Mungkin perbuatan atau kata-kata yang buat isteri terusik, maka belajar lah memujuk.

Sumber: Firdaus Shakirin

Baca artikel berkaitan di sini: Isteri Kian Hilang Rasa Hormat Pada Suami, Rumah Tangga Jadi Hambar

Isteri Kalau Suka Layan ‘K-drama’ Suami Jangan Marah, Itu Cara Dia Elak Emosi ‘Burnout’

Isteri Sarat Mengandung 8 Bulan Meninggal, Penantian 4 Tahun Suami Tunggu Zuriat Berakhir Duka

Published by
Has