Isteri yang bakal hidup bermadu, berusahalah untuk berdamai dengan takdir. Usah dilayan perasaan yang remuk redam kerana ‘diduakan’ oleh suami. Memang apabila menyebut tentang poligami semua wanita tidak menginginkannya.
Isteri Yang Bakal Hidup Bermadu
Tiada wanita yang sanggup berkongsi suami. Namun, kalau itu sudah ditakdirkan, kita tidak mampu untuk menolaknya. Bagi suami, mungkin ‘seronok’ tambah-tambah bila bercakap tentang poligami. Itu kelebihan lelaki yang memang tak boleh nak sangkal. Cumanya, kalau dah poligami, kenalah adil dalam memberi tanggungjawab pada isteri-isteri yang ada.
Begitu juga dengan isteri-isteri, kalau sudah ditakdirkan bermadu, terimalah dengan reda, DIA yang merancang sebaik-baiknya. Tak perlu merasakan diri kekurangan atau silap sampai suami cari yang lain tetapi percayalah semua ini ada rahmatNya.
Perkongsian daripada Khazatul Atiqah Abu Seman yang turut mempunyai ‘madu’ ini boleh dijadikan panduan terutamanya buat isteri-isteri yang bakal bermadu.
Ini Tip & Panduan Yang Perlu Dihadam
LIMA TIP UNTUK BAKAL BERMADU/BERPOLIGAMI
Berikut dikongsikan lima ringkas untuk yang bakal berpoligami. Tip ini untuk para isteri, tidak kiralah isteri nombor berapa mahupun bakal madu. Buat suami yang berhajat, buatlah dengan cara yang baik dan bantu isteri kalian juga ya. Tip ini diharap mampu memberi manfaat kepada isteri di luar sana. Bukan untuk sarankan suami berpoligami ye, tapi sekadar tip untuk bakal madu.
1. Cari ilmu yang betul
Poligami ada ilmunya. Kena fahami dan tak boleh sembarangan. Bukan seperti yang selalu kita nampak dalam drama sinetron. Memang banyak yang gagal, namun tak kurang banyak juga yang berjaya. Carilah pengamalnya yang berjaya mengamalkan dan tuntut ilmu dari mereka. Bukan ilmu yang pelik dan guna-guna, bukan juga untuk suka-suka. Besar padahnya jika tak betul caranya. Poligami yang baik adalah sepertimana yang Nabi ajar.
2. Berkawan dengan orang yang positif dan bukan anti poligami
Kebanyakan yang ini orang buat. Jika rasa tak kuat, kena kurang bergaul dengan orang yang anti. Bagi yang nak poligami tu, kita. Maka, kita jaga lingkungan kita untuk membantu diri kita lebih positif. Biasanya di peringkat awal, ujian perasaan jadi haru bila kita dengar pandangan yang negatif dari golongan sebegini. Lagi bila tersembang masalah, makin negatif jadinya.
3. Elakkan layan perasaan
Ads
Perasaan kalau dilayan makin menjadi. Pulak tu, tengok cerita romantik dan sebagainya, kita letakkan diri kita dalam cerita tu. Sedangkan dalam Islam, romantik adalah cinta sampai Syurga. Walau monogami, nanti kita juga berMadu dengan bidadari di sana. Maka, bantu diri dengan jaga perasaan dan jangan berperasaan yang bukan-bukan. Bila mana Suami tengah baik, malah cuba menjadi lebih baik dan bertanggungjawab, jangan hambur dan tuduh yang bukan-bukan pada suami. Perasaan perlu dipandu. Rujuk dan tanya, betul ke perasaan demikian dan demikian jika perlu. Kalau sekadar kita sorang berperasaan, jangan diikut sangat. Nanti kelaut jadinya.
4. Elak periksa telefon suami
Ini sangat crucial. Kata orang, jangan cari penyakit dan cari punca bergaduh. Kena belajar letak boundary. Tak kira pada isteri mana-mana isteri pun. Ia baik buat isteri terutamanya yang mudah beremosi dan berperasaan. Letakkan hormat pada barang suami, sekalipun isteri yang dah bertahun, apatah lagi isteri baru akad nikah. Buang prasangka bukan-bukan kerana suami berhubung dengan yang halal dan yang berhak. Bukanlah kepada yang bukan muhrim. Ia sebahagian dari tanggungjawab Suami untuk berhubung dengan yang berada di bawah tanggungannya.
5. Jangan saja meninggalkan kesan pada suami dengan sengaja
Ini untuk yang dah berkahwin. Bila mana suami mendatangi mana-mana isteri, kemudian sengaja meninggalkan Love Bite pada uami dan kemudiannya ditonton pada isteri lain.
Tips 4 dan 5 adalah tip yang saya dapat dari seorang sahabat sebulan sebelum saya berjumpa calon dan menginjak alam poligami.
5 tip ini adalah teknikal sahaja sebenarnya. Atau bahasa lainnya, fancy tip. Namun yang sebenarnya, poligami mengajar kita untuk bergantung lebih pada Allah. Dari poligami kita belajar kenal diri dan kenal Pencipta kita. Kalau dulu sandaran hati adalah suami, bila berpoligami, kita belajar tawakal yang lebih tinggi dari itu, namun tetap tidak menidakkan kedudukan suami selagi mana dalam syariat. Belajar taat pada suami walau kita tidak setuju pada beberapa perkara.
Ads
Maka ada tambahan LIMA tip Ektra ‘Special’ lagi iaitu:
1. Belajar bangun malam. Ia ubat buat hati. Keajaibannya sukar untuk digambarkan.
2. Belajar merintih dan mengadu pada Allah, bukan pada sembarangan orang. Nak menangis, masa itu jugalah.
3. Belajar perbaiki solat, perhalusi cara berdoa. Nak Allah bantu memang tiada cara lain melainkan kita betulkan solat kita. Ia adalah talian hayat utama kita.
4. Tiba-tiba timbul rasa sunyi dan keseorangan, kata pada diri, nanti aku mati juga seorang diri. Tetaplah suami juga tak masuk kubur sekali. Kalau sebelum ni suami boleh outstation atas dasar kerja duniawi, kenapa tidak atas sebab tanggungjawab yang membawa kepada akhirat, kita gundah gulana pula.
Perbanyakkanlah selawat dan zikir. Isi masa dengan perkara berfaedah. Kalau sebelum ini teringin nak ikut kelas mengaji, atau nak buat kerja sukarelawan, inilah masanya. Tengok youtube, banyakkan menonton video yang membangkitkan hati kepada ilmu Agama, perihal akhir zaman dan sebagainya. Perkara yang lagha boleh mematikan Hati. Maka, berhati-hatilah.
5. Sebelum persoal orang lain, persoal diri sendiri dulu. Ia membantu kita untuk kenal diri kita. Aku nak kahwin atas niat apa sebenarnya. Suami itu jambatan menuju akhirat. Suami juga pinjaman dari Allah. Apa jua kesenangan mahupun kesusahan, penghujungnya Allah mahu kita dekat dan ingat padaNya sebelum kita menghadapNya. Allah nak kita sedar, di sebalik semua ini, Allah jualah semuanya.
Ads
Maka, ujian dari suami atau madu, susah mahupun senang, jangan lepaskan Allah. Manusia takkan pernah sempurna, semua dari kita adalah hamba. Maka santuni satu persatu dengan penuh sabar dan berhikmah selagi ada umur Allah pinjamkan di dunia.
Perkahwinan itu satu ibadah dan satu bentuk kasih sayang. Ia adalah separuh kesempurnaan dalam beragama. Suburkan rasa kasih, cinta dan sayang. Jangan letakkan perasaan yang tidak sihat di dalamnya. Bagi yang nampak salah dan kurang suami, doakan kesalahannya.
Perkahwinan monogami juga boleh bertolak ansur dan berlebih kurang, maka poligami juga sama. Semoga bermanfaat buat yang memerlukan.
NOTA: Jika ditakdirkan oleh kita untuk hidup bermadu, boleh guna tip ini sebagai panduan.
Sumber: TiQa Ummimerahjambu (Khazatul Atiqah Abu Seman)
Kena marah atau nak marah pasangan, itu tak pelik. Malah tak logik kalau tak pernah bertikam lidah dalam rumah tangga. Biasalah, ada benda kita rasa si dia yang salah dan langsung tak boleh terima pendapatnya. Tetapi kalau betulkan, mungkin boleh jadi lawan.
Nak tak nak kita pilih untuk berdiam diri. Itulah yang aku rasa semalam. Tetiba dia buat aku marah. Yang tak best, waktu hujung-hujung aku dah nak tarik selimut. Apa lagi, aku membebel dua tiga kerat. Tup.. tup… dia balas.
“Dia yang mulakan dulu, lepas tu nak salahkan orang.”
Luah dia dengan rasa tak puas hati.
Isyh, rasa macam kena simbah minyak. Lagilah aku bising. Nampak tak perempuan ni dia jenis tak nak kalah. Dia salah atau idak, dia tetap nak menang. Situasi ni kaum suami kena faham.
“Mana ada, bila pula saya yang buat? Awak yang mulakan, ingat tak sakit ke?” Blaa.. blaa…
Ditepek lagi dan lagi.
“Dah, tak payah bising, sabar sikit.”
Tudiaa… perang dah bermula!
Kalau isteri marah tentang sesuatu, ayat suruh mereka BERTENANG tak akan membantu. Lagi buat mereka rasa tertekan dan tak nak dengar langsung apa yang anda cakap itu, ya. Dan ini adalah ayat yang paling salah!
Jadi, berhenti sebut ayat ini dan sebaiknya tak payah keluarkan ayat yang boleh buat isteri mengamuk.
Sebenarnya ada banyak sebab mengapa isteri marah – mungkin suami menyakitkan hati, rasa annoying atau sebagainya, dan period bukan sebab utama isteri marah. Tolong faham.
Kebetulan pula semalam aku tengah period. Dan cerita marah-marah habis dengan dia yang mula diamkan diri. Haaaa… agak bagus tengok dia dah mula diam dan ambil air wudhuk. Nampaknya aku boleh tidur dengan tenang walau hakikatnya aku pun salah.
Kalau ikutkan hati yang sedang marah, nak lagi aku sambung. Maklumlah syaitan tengah kipas, fuh… mujur fikirkan anak-anak pun dah tidur.
Kes ditutup! Bangun esoknya aku bercakap dengan suami seolah-olah macam tak ada apa yang berlaku. Alhamdulillah… betapa mudahnya nak bahagia suami isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Agak kasihan anak kecik sakit tambah pula kalau bayi batuk berkahak yang berumur bawah 1 tahun, confirm tak boleh nak tidur sebab hidung tersumbat dan nak minum susu pun payah sebab tak boleh nak bernafas dengan elok.
Jadi mak-mak kena bawa anak ke klinik secepat mungkin untuk dapatkan rawatan, tapi kalau nak cuba petua tradisional macam Puan Fazira Salleh ini pun boleh. Terpulang..
Ini Cara Tradisional
Jemah saja la nak share pengalaman.. Hari tu si techik ni balik je dari taska, demam dan batuk berkahak sampai hilang suara seminggu! Bernafas pun ikut mulut..nafas yg laju dan berbunyi. Nak minum susu apatah lagi tak selesa, sebab hidung sumbat dan tido pun tak nyenyak. Luluh hati mamanya tengok, mata panda tok sah la cerita kan.
Punya risau pasal anak, sampai 3 orang doktor kitorang jumpa, buat stim dan percussion, mandi wap laa… jenuh. Kahak/Hingus tak moh gak keluar! Degil betul! Si techik ni jenis susah nak muntah pulak lagi… urghh!
Sampai pergi emergency hospital Putrajaya hari tu dan si techik ni kena neb 3 kali dalam tempoh 4 jam. Kalau yg berstatus mak bapak tu mesti tau, dia punya bersilat nak bagi neb tu macam mana kan. Sudahnya doktor suruh warded.
Tapi, rupa-rupanya si techik ni serasi dengan natural remedies jer…alahai.
Caranya:
1. Lemon Bath
2. Garlic Oil
3. Sedut hidung
Wallaa!! It works wonder!!!
Rujuk Sini Caranya
# 1 LEMON BATH
– Dah ramai sebenarnya yang tahu kebaikan lemon kan..kalau tak tau lagi, sila gugel. hahahahaa!! tongue emoticon
Air suam + sebijik lemon
sebesen air suam campur dengan sebijik lemon yang dihiris nipis-nipis. perah sikit jus dia dan masukkan si techik sampai sebati…eh! hiihiii
– Lemon ni tersangatlah wangi dan fresh sangat baunya. tak yah buh pewangi toilet dah
Kalau ada mak bapak yang teringin nak mandi sekali silakan…tapi kalau muat la besen tu. hiks!
– Muka ada senyum ..syiokk lettew!! saploh ke lima belas minit sudahhhh
…nak bagi kahak tu cair jee.
#2 GARLIC OIL
Bawang Putih + Virgin oil
Bawang putih tu racik halus-halus…kalau rajin lah. Jemah malas..jadi ketuk je dengan pisau.. haaha!! Seulas bawang putih campur dengan sesudu besar virgin oil cukup. tak yah buat sampai sebotol. Garlic oil ni tahan 2-3 hari jeee
yg jernih tu, penyedut hidung. boleh beli kat mana-mana farmasi. Seyes pencipta dia boleh dapat nobel price sebab praktikal dan membantu sangat-sangat! *tabik spring!
Ni rupa garlic oil tu. Si techik kena pakai kan dypers dulu..kang tak memasal, tencing bersepah. Satu hal pulak lagi jemah nak kena mencuci.
– Sapu garlic oil kat dua-dua tapak kaki.
– Pakai kan stokin dan banyakkan bersabar.
– Sebab nak pakai kan baju ni pun satu cabaran gak sebenarnya. Nak pulak kalau si techik dah pandai bergerak merata..huuhuu!
– Oh, jangan lupa sapu juga dekat dada dan belakang badan. Sapu sambil selawat yaa.
– Pakaikan baju..dan SEDUTT HIDUNGGG!!
Memula ingatkan si techik ni tak ada hingus..sebab tak meleleh apa pun. Cuma dengar macam bunyi kahak tersangkut jerr. Tapi, rupa-rupanya bila sedut kot hidung tu…BANYAKKKK yang keluar!! Wahhhh~
Sekali kahak2 yg sangkut kena sedutttt keluar. Yadaaaa~~
– Mula-mula si techik ni marah n meronta jugak..lama-lama dia redho kan jerr. selesa agaknya lepas kena sedut hidung ..heee
– Hingus yang berjaya disedut keluar sebelum ianya menjadi kahakk!! huargghhh3 …perasaan macam menang award!
Tapi kepada ibu bapa yang nak cuba natural remedies ni, memang kena bertabah dan banyakkan bersabar. Si techik yang tak sihat memang akan merengek dan nak berdukung je sepanjang masa. Ambil masa juga dia nak recover ..sebab si techik sebenarnya nak build dia punya imun sistem.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak dinafikan kehadiran anak-anak merupakan penyeri, menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga tak kiralah berapa pun jumlahnya. Ada pasangan suami isteri yang sanggup mencuba pelbagai kaedah dan cara demi untuk mendapatkan anak. Jika berkemampuan, memang tiada salahnya untuk memiliki anak ramai dan keluarga besar, malah lebih meriah!
Impian Miliki 100 Anak
Sepasang suami isteri jutawan, Galip Ozturk, 56, dan Christina, 23, menyimpan impian besar untuk memiliki sekurang-kurangnya 100 anak dalam keluarga mereka.
Menurut Christina, mereka sudah memiliki 11 anak dan akan menggunakan khidmat ibu tumpang bagi menambah koleksi cahaya mata, lapor akhbar The Sun, baru-baru ini.
“Ketika ini, saya mempunyai 10 anak dengan yang bongsu bernama Olivia, dilahirkan hujung bulan lalu.
“Saya melahirkan sendiri anak sulung, Vika, enam tahun lalu manakala anak-anak lain dilahirkan oleh ibu tumpang,” katanya kepada portal Newsflash.
Guna Khidmat Ibu Tumpang
Tambah Christina, dia sangat obses dengan idea kehidupan dikelilingi anak-anak yang ramai sejak berkahwin dengan suaminya.
Sehingga kini, pasangan itu tidak pernah meletakkan sebarang had jumlah anak yang mahu dimiliki namun 100 cahaya mata adalah sasaran utama.
Mereka berdua juga sanggup membelanjakan £800,000 (RM4.4 juta) bagi menggunakan khidmat ibu tumpang untuk merealisasikan misi 100 anak mereka. Kos bagi menggunakan khidmat seorang ibu tumpang di Batumi ialah sekitar £8,000 (RM39,206) bagi setiap kelahiran.
Sementara itu, Christina berkata, mereka tidak terlibat secara langsung dengan ibu tumpang bagi mengelakkan sebarang masalah terutama ketika sesi penyerahan bayi.
Dia hanya bertindak sebagai penasihat dalam memberi cadangan berkaitan diet pemakanan dan pelan nutrisi sepanjang kehamilan ibu tumpang anak-anaknya.
MW: Memang meriah bila dikelilingi anak-anak yang ramai, keluarga besar. Jika berkemampuan tiada salahnya. Namun dalam Islam, miliki anak dengan cara ibu tumpang tidak benarkan dan hukumnya haram iya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...