“Isteri tua atau muda, semuanya adalah kiriman Allah” begitulah ungkapan daripada Jasmin Hamid, 49 yang begitu terharu apabila suaminya, Nazmir Abd Rahim, 36, menyatakan hal demikian kepada dirinya.
Beruntung sungguh Jasmin kerana ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih muda. Walaupun baru saja mendirikan rumahtangga beberapa bulan lalu, namun hakikatnya antara Jasmin dan Nazmir sudah lebih sedekad mengenali antara satu sama lain.
Nazmir sebelum bernikah dengan Jasmin merupakan Pembantu Peribadi pelakon wanita popular itu.
“Isteri Tua Atau Muda, Semuanya Adalah Kiriman Allah”
Sejak dari awal sebelum merancang mendirikan rumah tangga, Jasmin dan Nazmir sedar akan jarak umur mereka yang terlalu jauh berbeza.
Seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online, Jasmin sememangnya seorang wanita yang sangat beruntung kerana suaminya tidak pernah menyesal memperisterikan dirinya.
“Saya pernah bertanya, tidakkah menyesal memperisterikan saya?
“Dahulu sebelum berkahwin, saya sihat. Tetapi, selepas beberapa bulan berkahwin, saya diuji dengan kesakitan.
“Namun, saya terharu apabila suami menegaskan tidak pernah sesekali menyesal takdir yang tertulis.
Ads
“Baginya, isteri tua atau muda, semuanya adalah kiriman Allah,” luah Jasmin.
Tempuh Ujian Kesakitan
Baru-baru ini Jasmin telah diuji dengan kesakitan. Dirinya mengalami serangan jantung sehingga dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Ketika itu sememangnya rasa bersalah menguasai diri dek kerana baru saja beberapa bulan berkahwin dengan Nazmir.
“Sebagai manusia, siapa nak minta kesakitan? Semua adalah ketentuan Allah.
“Lagipun, Nazmir beritahu, tidak semestinya orang muda lebih kuat. Dan tidak semestinya, orang tua akan pergi dahulu, jadi, semuanya Allah yang aturkan,” sambungnya.
Ads
Malah suami tercinta juga begitu prihatin terhadap kesihatan Jasmin dan akan mengambil tekanan darah Jasmin setiap kali sebelum memasuki set penggambaran. Selain itu Nazmir juga akan memastikan Jasmin mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
“Sejujurnya, sudah lama Nazmir berkorban untuk saya. Nazmir sudah lama berada di sisi kerana dia adalah pembantu peribadi saya.
“Namun, hubungan ketika itu tidak lebih atas dasar kerja. Rasa cinta pula hanya dipupuk selepas berkahwin.
“Sepanjang hampir 10 tahun bekerja dengan saya, Nazmir seorang yang tidak berkira sama ada kudrat mahupun wang ringgit,” ungkap Jasmin yang bakal melakukan rawatan angiogram.
Ozlynn kongsi tip mudahkan anak bangun solat subuh. Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik dan membesarkan anak. Sama seperti pasangan selebriti ini, Johan dan Ozlynn yang sering berkongsi pelbagai tip membesarkan anak-anak menerusi medium media sosial.
Dikurniakan lima orang cahaya mata, pasangan suami isteri romantis ini seringkali berkongsikan telatah anak-anaknya yang bijak dan lucu.
Ozlynn Kongsi Tip Mudahkan Anak Bangun Solat
Terbaharu, Ozlynn berkongsi tip untuk mudahkan anak-anak bangun solat Subuh. Menurutnya bukanlah satu perkara mudah untuk bangkitkan anak setiap pagi namun tekniknya cukup berkesan.
Hendak kejutkan anak perempuan sebenarnya lebih mudah berbanding anak lelaki. Petua yang dikongsi Ozlynn ini boleh dijadikan contoh buat ibu bapa di luar sana mempraktikan teknik yang dilakukan pelakon ini.
“Yang penting dorang pesan kejut subuh.. kejut pun senang.. tak cranky.. moleiq selalunya kalau cukup tidur memang tak ada masalah untuk kejut bangun.
“Selalu macam ni la lepas subuh, bagi salam jek kadang tak sempat doa dia dok terlepek.
“Kalau mood dia ok dia yang request nak bacakan doa.
“Anak Lelaki Kena Tonyoh Muka Baru Nak bangun”
“Macam anak perempuan ni nak kejutkan lebih senang dari anak laki. Anak perempuan bagai salam, panggil nama je terus bergerak dan bukak mata.
“Anak lelaki kadang kena tonyoh muka tu baru nak bangun.
“Subuh tadi abang Haziq dengan Sodiq je ngaji. Chantiq Moleiq kita belanja asar nanti.
“So bagi dorg rest dulu sebab bangun tak nangis dan solat pon bagus tertib takda hempas-hempas badan. Tapi berani la pulak dorg hempas badan depan mama dorang. Nak kena hempas balik ke?” luah Ozlynn.
3 Tip Mudah
Pelakon wanita ini juga menerangkan antara tip yang mudah boleh dipraktikkan antaranya;
“Pastikan cukup makan, cukup tidur (tidur awal).
“Tidur awal ni bukan anak je senang nak bangun. Mak bapak pun boleh bangun awal.
“Sebelum tidur doa kat Allah minta terjaga bila dengar azan. InsyaAllah cuba la,” sambung Ozlynn.
Syabas & Tahniah Johan & Ozlynn Bijak Latih Anak-Anak
Biarpun dilihat tegas dalam mendidik anak-anaknya yang masih kecil namun pasangan ini mendapat pujian dari warganet.
“Syabas dan tahniah…saya bangga dengan Johan dan Jozlyn melatih anak-anak” Rizaaliali
“Alhamdulillah” sumosauna_eja
“Setuju sgt part tido awal. Apa2 hal cukup tdo cukup mkn Insya Allah mudah bgn nya kannn” ruby.suhana.said
“Seronoknya tgk mcm ni. Alhamdulillah ❤️ part nak kejut tu mmg mencabar😅😅😅 tp betul anak perempuan lebih mudah dikejut dr lelaki. Sbb kat rmh ni pun sama” drssecret.nurakmal
Kata pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah sebaik bangun tidur dan selesai solat Subuh, dia takkan tidur balik. Sebab, Yatt tahu ada banyak sangat kelebihan bila terus berjaga sampai hari cerah.
Rupanya mereka yang bangun awal pagi itu lebih sukses rumah tangga mereka. Ini juga rutin yang buatkan Yatt terus cergas dan kental kendalikan tiga orang anak dara comelnya, Suci Hanania Malika, 9, Humaira Iqlima, 2 tahun 9 bulan dan Suci Hayfaa Medina, 1 thaun 5 bulan.
Biarpun dirinya sedang sarat hamilkan anak keempat, Yatt tetap kekal cergas. Rupanya tak tidur lepas Subuh inilah salah satu faktor sihat Yatt Hamzah.
Jarang Tidur Balik Lepas Subuh
Tulis Yatt Hamzah di instagramnya,
Assalamualaikum. Pagi!
Dah bangun ke? Bonda, Kak Nia ( 9 tahun ) tapi takde dalam gambar, Iqlima (2 tahun 9 bulan), Medina 1 tahun 5 bulan) dan baby dalam perut (26 minggu) dah ready nak mulakan hari Sabtu ni (ketika status dimuat naik).
Bonda jarang tidur balik Lepas Subuh. Memang dah terbiasa. Ini juga satu Sunnah.
Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi: “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.
Kalau nak tahu banyak sangat kebaikan bangun awal pagi dan tak Tidur balik lepas Subuh. Kebaikan dari sudut agama, kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup.
Kajian Kata, Bangun Awal Pagi Bahagia Rumah Tangga
Kajian menunjukkan mereka yang sering bangun awal pagi pasti BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.
Orang-orang alim dalam agama, yang sihat tubuh badan, berjaya dalam akademik dan kerjaya sama ada business atau sektor lain, yang bahagia dalam rumah tangga, semuanya bangun awal pagi.
Percaya tak, bangun awal pagi boleh meningkatkan KESUBURAN?
Yaaa, sebab mandi awal pagi akan meningkatkan hormon TESTOSTERON pada lelaki dan hormon ESTROGEN pada wanita. Ini semua adalah hormon KESUBURAN.
So yang nak ada anak tu, rajin-rajinlah mandi awal pagi ya..
Lepas Subuh cuba jangan tidur ya melainkan dah berjam-jam bangun Tahajjud.
In shaa Allah ramailah anak lepas ni macam Bonda.. Aameen.
MW : Lepas buka mata, terus urus anak-anak dan rumah. Memang tak dan nak tidur balik.
Kerana mulut mak ayah anak boleh ‘rosak’! Ada mak ayah yang sedar dan tak sedar dengan kesilapan yang mereka lakukan. Kata-kata yang terbit daripada mulut mak ayah seperti doa. Itu kenyataan yang kita perlu sedar dan terima.
Kita mesti awasi setiap perkataan yang diucap kepada anak-anak. Saya lihat hari ini ramai antara kita menggelarkan anak dengan perkataan negatif seperti bodoh, bangang, gila, bebal dan sebagainya. Malah ada yang panggil anak sial dan celaka. Ya Allah! Tergamaknya…
Kata-kata negatif ini akan membuatkan anak-anak berasa sedih. Mereka malu, kecewa dan berasa serba kekurangan. Minda luar sedar mereka merakam semua ini, mesej yang mereka perolehi sangat negatif. Anak-anak percaya dengan sebakul kata-kata negatif yang kita lemparkan membawa maksud mereka tidak guna, lemah dan bodoh.
Punca Anak Dendam Pada Mak Ayah
Saya mahu tanya satu soalan…benarkah kita memang mahu zuriat kita menjadi insan yang bodoh, bebal, gila dan tidak senonoh? Saya sangat pasti jawapannya TIDAK. Mak ayah mana pun mahukan anak-anaknya cerdik, berakhlak mulia dan berjaya di dunia serta akhirat.
Jadi mengapa kita yang merosakkan impian ini. Mengapa kita melabelkan anak dengan gelaran-gelaran yang tidak baik. Anak-anak juga mempunyai perasaan, jika setiap hari dilempar kata-kata negatif. Anak-anak bukan sahaja down malah mereka boleh memendam rasa dan jangan terkejut jika ada anak-anak yang berdendam dengan ibu dan ayah.
Sebab itulah ada anak-anak yang tergamak melayan mak ayahnya dengan kasar. Bukan sahaja perbuatan malah percakapan. Jangan terus menghukum anak ini 100 peratus, kita perlu melihat bagaimana dia dididik.
Mungkin ketika kecil, dia dilayan sedemikian rupa sehinggakan tanpa sedar dia ‘membalas dendam’ kepada orang tuanya. Jika perkara ini terjadi memang sangat-sangat menyedihkan. Anak-anak rosak di tangan kita. Sedih dan sangat malang apabila kita yang Allah amanahkan mendidik anak-anak dengan baik gagal berbuat demikian.
Anak Tiru Perbuatan Kita
Semuanya jelas di depan mata, lihatlah semua ini dengan mata hati. Marilah kita sama-sama berubah. Layanlah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang. Walaupun ketika anak-anak melakukan kesilapan jangan dimaki dan dicerca anak dengan panggilan tidak baik. Jangan didera emosi mereka. Bercakaplah dengan bahasa yang baik, didik mereka sejak kecil.
Kepada para isteri, layanlah suami dengan lemah lembut. Tuturkan kata dengan sopan dan tunjukkan akhlak yang baik. Begitu juga suami, layanlah isteri selayaknya. Anak-anak melihat semua ini, mereka lebih mudah meniru apa yang mereka lihat.
Ramai antara kita yang menasihati anak-anak bercakap sopan tetapi kita sendiri suka memaki hamun. Percayalah nasihat kita kadang kala sukar dihadam oleh anak-anak tetapi mereka lebih terkesan melihat contoh di depan mata.
Ucapan Baik Doa Yang Melatun
Setiap hari, ucapkan kata-kata yang baik kepada anak. Jika dia bersalah nyatakan sebab dan kesan perbuatannya. Panggil anak kita dengan gelaran yang baik seperti sayang, anak bertuah, buah hati dan sebagainya.
Kata-kata yang baik ini seperti doa yang melantun, insya-Allah anak-anak akan menjadi anak berjaya di dunia dan akhirat. Insya-Allah dia akan menjadi anak yang membahagiakan ibu dan ayahnya dan mendoakan kita apabila kita sudah tiada di dunia ini.
Peringatan ini saya tujukan khas untuk diri saya sendiri, suami saya dan pembaca semua. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah untuk kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Amin.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...