Isteri tikam suami hingga maut, perkahwinan 37 tahun berakhir tragis selepas bertengkar. Biar sudah melayari rumahtangga selama 37 tahun, berlaku tragedi mengejutkan di mana seorang isteri bertindak menikam suaminya berusia 60 tahun selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
Dalam tragedi mengejutkan ini, suami yang juga seorang kontraktor maut selepas ditikam berulang kali oleh isterinya sendiri di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini, semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.05 pagi itu disaksikan oleh orang awam yang segera melaporkannya kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, mengesahkan bahawa suspek, seorang wanita tempatan berusia 59 tahun, telah ditahan di lokasi kejadian. Pihak polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut dan telah merampas beberapa sampel lain bagi membantu siasatan.
BACA MENARIK DI SINI :- Syak Isteri Curang, Jururawat Maut Ditikam Suami Akibat Cemburu!
Akibat Selalu Dibandingkan Dengan Bekas Isteri, Wanita Tikam Suami & Bakar Kereta!
Isteri Upah Perompak Tikam Suami Sendiri, Demi Pampasan Insuran Jutaan Ringgit!
Gara-Gara Kritik Masakan Isteri Kurang Garam, Suami Ditikam 35 Kali!
“Suspek kini direman selama lima hari, bermula hari ini hingga 21 Februari, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat pada 12.30 tengahari. Hasil awal bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah akibat kecederaan serius berpunca daripada beberapa tikaman.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat, ASP Mohamed Hafeez Hamzah di talian 019-6556536 bagi membantu siasatan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE