Isteri & tiga anak meninggal dihanyut kepala air, suami pengsan beberapa kali. Keriangan tujuh ahli keluarga mandi manda di sungai Kampung Poh, Bidor berakhir dengan tragedi apabila dihanyutkan kepala air.
Dalam kejadian petang semalam, kedatangan kepala air secara mengejut telah mengakibatkan keluarga ini tidak sempat berbuat apa-apa. Dalam operasi bersepadu pihak berkuasa, mayat Aszura Bani, 37 ditemui sekitar sementara tiga lagi anaknya iaitu Hanna Mikayla, 7; Hafiy Muhayat, 4 dan Hanum Marissa, 2 ditemui pada sebelah malam dan pagi ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Elak Tragedi Ditimpa Kepala Air, Ini Tips Keselamatan Mandi Sungai Khususnya Sungai Pertama Kali Kita Pergi
Tragedi Kepala Air, Ibu Ayah Bersama 7 Anak Disahkan Meninggal. Keseronokan Keluarga Bertukar Duka
Cara Elak Jadi Mangsa Kepala Air, Kena Tahu 5 Tanda Awal Sebelum Kejadian
BANJIR BALING: 3 Sekeluarga Termasuk Wanita Lumpuh Hilang Dihanyut Kepala Air!
Mayat Hafif Muhayat ditemukan penduduk kampung tersangkut di bawah akar pokok tumbang pada jarak 600 meter dari lokasi mereka berkelah, jam 9.50 malam tadi.
Operasi pasukan penyelamat yang menyambung tugas pagi ini, menemukan mayat bayi, Hanum Marissa, dua tahun di bawah Jambatan Kampung Poh pada jarak tiga kilometer dari lokasi kejadian, jam 8.45 pagi terletak di belakang rumah penghulu
Selang 20 minit kemudian, mayat terakhir dikenal pasti sebagai Hanna Mikayla ditemui tersangkut di bawah timbunan ranting dan dahan hanyut pada jarak 600 meter dari lokasi kejadian pada jam 9.08 minit pagi.
Kehilangan isteri dan tiga anak sekaligus kesemua zuriatnya adalah tamparan paling hebat dilalui oleh Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46. Sewaktu melihat jenazah isterinya di Unit Forensik Hospital Tapah, dirinya pengsan beberapa kali. Dikatakan dirinya terpaksa dipapah beberapa ahli keluarga akibat terlalu bersedih.
Malah air matanya menitis saat isterinya dibawa ke Masjid Al-Muhtadin Bidor, terletak kira-kira 18 kilometer dari Hospital Tapah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor di sini tengahari tadi.
Dalam pada itu, jenazah tiga beradik ini akan dikebumikan di sisi ibu mereka selepas Asar ini selepas melalui proses bedah siasat.
Dalam kejadian semalam, kegembiraan berkelah bertukar tragedi apabila kepala air berlaku. Kakak kepada arwah Aszura Bani, Aslinda Bani berusia 38 tahun dan anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi yang berusia 11 tahun terselamat manakala pembantunya,warga Indonesia juga berjaya diselamatkan. Dirinya tak mampu menahan kesedihan berikutan kehilangan adik dan tiga anak saudara dalam tragedi ini.