Hidup dalam dunia sekarang semuanya memerlukan duit. Malah, bila berada di bandar raya besar, sukar bila suami seorang yang bekerja mencari rezeki. Mesti isteri turut sama bekerja membantu meringankan beban suami.

Namun, setiap orang ada pilihan dan rezeki yang berbeza-beza. Mungkin isteri tidak bekerja tetapi dari segi menguruskan rumah tangga sangat superb. Bayangkan kalau isteri bekerja, anak-anak dan rumah tangga terumbang ambing. Jadi semua ini adalah pilihan di tangan masing-masing.

Pernah dengar, wanita berpelajaran tinggi, tapi selepas berkahwin terus menjadi suri rumah sepenuh masa. Tentu panas telinga bila mendengar kata-kata orang sekeliling. Sia-sia belajar tinggi-tinggi kan. Itulah kata-kata yang cukup pedih.

Lain orang lain pendapat dan semua ini adalah rezeki masig-masing. Ini antara perkongsian daripada Suiadah Zakuan. Mungkin ia boleh dijadikan panduan buat isteri di luar sana.

Kata Hamba Allah

Ada hamba Allah berkata; Untunglah awak tak kerja sebab suami awak gaji besar.

Saya menjawab (Dalam hati); Awak tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami saya. Mana mungkin saya nak beritahu awak perihal kewangan keluarga saya.

Ads

Ada hamba Allah berkata; Rugilah awak tak kerja. Kawan-kawan se grad dengan awak paling-paling kurang dapat 3K sebulan.

Saya jawab (Dalam hati); Siapalah yang tak nak ada duit sendiri. Berbakti kepada keluarga sendiri. Allah pilih saya jaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit.

Ada hamba Allah berkata; Kita orang perempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tinggalkan kita atau suami pergi dahulu siapa nak tanggung awak dan anak-anak.

Saya jawab (Dalam hati); Macamlah takdir hidup saya awak yang tentukan.

Ads

Ada hamba Allah berkata; Awak tak kerja nanti mentua awak tak sayang awak.

Saya menjawab (Dalam hati); Saya tak perlu meraih kasih sayang manusia dengan wang ringgit.

Ada hamba Allah berkata; Awak tak kerja nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awak tiada apa-apa untuk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan.

Saya jawab (Dalam hati); Meraih kehormatan suami bukan hanya sebab pangkat dan wang ringgit sayangku dan memang tanggungjawab suami menyara isteri dan anak-anak.

Ads

Hidup Ini Pilihan

Sayangku; jangan samakan orang lain dengan saya atau orang lain. Tiap kita berbeza. Ada isteri yang bekerja kerana tuntutan kewangan atau kerana dia suka bekerja. Hidup ini pilihan.

Mungkin ini zaman wanita yang bekerjaya sahaja dipandang tinggi. Saya percaya tak semua yang berpendapat sebegitu. Jangan lupa ini juga aturan Allah sayangku.

Hati-hati bila berbicara
Setiap perbuatan baik dan buruk akan dihisab di akhirat.

MW: Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain sebab setiap kita berbeza. Bersyukurlah.

Sumber: Suaidah Zakuan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI