Lelaki sering kali dikaitkan dengan sifat nakal. Malah ada yang beranggapan, kalau lelaki nakal dan mengatal, barulah dikatakan lelaki yang normal! Betul ke?
Ada lelaki yang masih lagi bersikap seperti sebelum berkahwin dulu, suka berkawan dengan ramai wanita. Malah yang lebih berani, masih galak menyulam cinta dengan perempuan lain di belakang isteri!
Apabila diketahui oleh isteri, pastinya isteri akan rasa marah, sedih, kecewa, terkilan, dan macam-macam lagi perasaan negatif. Puncanya daripada anda sendiri wahai suami!Jangan ingat isteri anda itu ‘robot’ tak ada perasaan. Hanya fokus pada urusan rumah tangga sahaja. Anda
beranggapan mereka tak perasan atau tak kisah jika anda ada skandal di luar. Tahukah anda bahawa isteri ada ‘instinct’ jika suami mereka curang. Tapi kadangkala mereka malas nak bising jika belum ada bukti. Bila dah konfim, barulah meletup!Apa yang boleh anda lakukan bila tembelang sudah pecah? Bagaimana anda boleh memujuk kembali hati isteri yang terluka itu?
Sila buang ego anda! Sekiranya isteri terluka dek kerana kecurangan anda, lekas-lekas minta maaf. Mungkin ketika itu mereka tak dapat memaafkan anda, tapi jangan putus asa. Jika anda masih sayangkan isteri, anda kena tunjukkan yang anda benar-benar menyesal. Minta maaf padanya walau pun berjuta kali! Akui kesilapan anda adalah ubat paling mujarab untuk memadam api kemarahan dan kedukaan dalam dirinya.
Sekiranya kesalahan anda itu baru pertama kali, mungkin isteri dapat memaafkan anda tapi dengan syarat jangan buat
lagi ye! Tapi bukan semua perempuan mampu memaafkan kesilapan suami mereka yang curang dengan wanita lain. Jadi, berdoalah agar dilembutkan hatinya untuk memaafkan anda. Minta maaf dengan setulus hati. Lagi pun, anda tak bermaksud hendak merosakkan rumah tangga kalian berdua. Sekadar suka-suka saja. Anda juga mesti berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu. Ya, mungkin sukar, tapi kalau betul-betul sayangkan isteri dan rumah tangga anda, kena tekad.Bila isteri tengah berduka dan bersedih dengan sikap anda itu, bagi ruang untuk dia meluahkan segala apa yang terbuku di hati. Ketika itu, terima saja segala kemarahannya itu. Ingat,anda memang layak kena marah! Sekiranya isteri berdiam diri, bermakna dia sedang berlawan dengan ledakan emosi dalam diri. Itu lagi bahaya. Minta dia luahkan apa saja yang dirasai saat itu agar
ia tidak memudaratkan dirinya kelak bila dia tidak dapat mengawal emosinya.Wanita yang sedang berduka pasti akan lembut hatinya jika tak putus-putus dipujuk oleh suami. Maka, cari apa saja jalan untuk memujuk hati isteri agar dapat memaafkan kesilapan anda. Mungkin bawanya pergi bercuti, atau melakukan aktiviti yang dapat mengembalikan semula kasih sayang antara kalian berdua. Tapi tak semestinya pujukan yang memerlukan belanja ye.