Tak salah isteri terlalu berdikari tetapi biar berpada dan jangan sampai pasangan lepas tangan tentang tanggung jawab!
Ya, fitrah lelaki lebih suka dihormati dan rasa dihormati bila wanita bergantung harap kepada kekuatan dan kepimpinannya.
Berbalik kepada soal fitrah, Allah melantik suami sebagai imam yang membuat keputusan dalam rumah tangga serta diwajibkan isteri mentaatinya. Apabila berdepan situasi isteri terlalu berdikari, menyebabkan hubungan hormat dan kebergantungan kepada suami akan jadi lebih longgar.
Perkara ini, menyebabkan suami mudah terasa tidak dihormati dan tercabar, lebih berbahaya jika wujud situasi wanita lain yang mengharapkan kebergantungan kepadanya iaitu orang ketiga. Lebih mengelirukan dan lebih berisiko negatif dalam perhubungan suami isteri.
Jadi sekali pun wanita boleh buat sendiri semua benda, lelaki sebenarnya patut melayani isteri seperti ini…
1. Jangan biarkan terlalu banyak perkara dilakukan sendiri oleh isteri.
2. Layani isteri dengan memanjakan isteri, dan sentiasa berada menemaninya, agar suami terbiasa diperlukan olehnya.
3. Terlalu banyak membiarkan isteri membuat keputusan atau berfikir sendiri menyelesaikan masalah yang dihadapi menyebabkan lama-kelamaan terbiasa dengan berdikari, dan tidak lagi memerlukan pasangannya sebagai suami.
4. Banyakkan masa mendengar luahan dan cerita isteri meskipun kadang kala tidak menghasilkan apa-apa penyelesaian.
5. Jangan terlalu banyak meninggalkan isteri bersendirian di rumah.
6. Jangan terlalu sibuk dengan urusan kerja, komuniti dan lain-lain tanpa mengambil kira masa bersama isteri.
7. Aktifkan amalan-amalan yang diketuai oleh kita sebagai suami, umpamanya solat berjemaah, makan bersama, membaca Quran dan sebagainya dengan kita yang mengimamkannya.