Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin turut menemani isteri tersayang, Intan Nur Fathihah menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara baru-baru ini. Menerusi perkongsian Zarul, isterinya telah dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh Yang Di Pertuan Agong.
Menerusi laman web Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Pingat Pangkuan Negara merupakan pangkat keenam dalam keluarga Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Seramai 341 penerima diraikan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara. Pingat berkenaan juga tiada had bagi keanggotaannya.
Selebriti yang pernah bertugas sebagai pramugara Penerbangan Malaysia Airlines selama 17 tahun ini tampil segak mengenakan persalinan Baju Melayu rona hitam lengkap bersampin songket.
Untuk rekod, Zarul dan isterinya, Intan Nur Fathihah mendirikan rumahtangga pada 26 April 2009.
Ini merupakan perkahwinan kedua Zarul di mana dia mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisya, hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri, Ayu. Selain bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan, Zarul juga aktif sebagai seorang YouTube Vloger (ZARUL UMBRELLA).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Salam takziah diucapkan buat Ozlynn Wati sekeluarga di atas pemergiaan ibu tercinta. Pelakon yang juga isteri kepada Johan ini telah berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Rozidah Jumari yang meninggal dunia pada Selasa.
Pemergian Ibunda Tercinta, Ozlynn Wati Mohon Doakan Terbaik Buat Arwah Ibu
Malah Ozlynn juga memohon di akaun Instagramnya agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat arwah ibunya itu.
Kenangan arwah ibu.
“Kepada yang mengenali ibunda kami, Rozidah binti Jumari, beliau telah pun kembali ke Rahmatullah dan semoga meninggalnya khusnul khatimah.
“Jika ada sesiapa yang pernah terasa hati dengan beliau, harap ampunkan dosa-dosa ibunda kami.
“Jika ada yang berhutang dengan ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu adalah sifat beliau, tetapi jika ibunda kami ada terhutang pada kalian, sila hubungi kami,” tulisnya yang tidak menyatakan butiran lanjut tentang punca kematian.
“Tempatkanlah Beliau Di Sisi Hambamu Yang Beriman”
“Gambar bahagia itu diambil pada awal Ramadan tahun ini sebelum PKP dan pasti bukan gambar terakhir ibunda berjemaah dengan kami.
“Ya Allah, kami reda atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah beliau di sisi hambamu yang beriman,” kongsinya.
“Terima Kasih pada Yang Mendoakan Arwah Ibu”
Malah Ozlynn juga berasa terharu kerana menerima banyak mesej yang mendoakan untuk arwah ibunya.
“Terima kasih pada semua yang tak henti-henti hubungi, mesej dan doakan. Ada yang tak kenal pun.
“Ada yang DM (mesej langsung) tak henti-henti doakan untuk ibunda kami. SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakbar. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian,” katanya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Ani Mayuni bertuah mertua curah kasih sayang tanpa jemu, syukur alhmdulillah dan cukup bertuah apabila punya ibu dan ayah mertua yang baik hati.
Begitulah luahan penyanyi yang popular dengan irama dangdut, Ani Mayuni apabila berbicara tentang sambutan hari raya bersama keluarga.
Sewaktu bertemu dengan Ani, penyanyi tersebut juga akui dirinya bernasib baik walaupun sudah kehilangan ibu dan ayah namun dia masih meraikan Aidilfitri dengan adik-beradik dan keluarga mertua yang sentiasa berkongsi kasih sayang tanpa jemu.
Ani Mayuni Bertuah Mertua Curah Kasih Sayang Tanpa Jemu
Pemilik nama sebenar Aishah An-Nur Osman itu juga menyatakan setiap kali menjelang Syawal hatinya menjadi sayu.
“Saya sudah lama kehilangan ayah dan ibu, malah bertahun-tahun raya tanpa mereka.
“Jadi setiap kali raya, saya dan adik-beradik yang lain memang akan terkenangkan kemeriahan raya bersama mereka.
“Rindu nak salam dan cium tangan ayah ibu di pagi raya. Kadang-kadang rasa cemburu tengok mereka yang masih ada orang tua dan dapat beraya bersama-sama.
Memang sensitif sikit bila bercerita tentang raya tanpa orang tua ni.
Tumpang Kasih Ibu Mertua
“Apa-apa pun saya bersyukur dapat menumpang kasih dengan ibu mertua dan adik-beradik saya yang lain.
“Hubungan kami sangat rapat dan ketiadaan ayah dan ibu menjadikan kami lebih menghargai antara satu sama lain,” ujar Ani sambil bergenang air mata.
Tak Ada Isu Bergaduh Nak Balik Raya
Ani juga menyatakan dia dan suami tidak pernah berebut untuk pulang beraya di kampung dek kerana masing-masing merupakan orang Kuala Lumpur.
“Setiap tahun memang raya di Lembah Klang saja.
“Saya dan suami orang Kuala Lumpur, jadi tak ada isu bergaduh nak balik raya di mana. Saudara-mara pun ramai di sini.
“Saya sebolehnya akan bawa anak-anak beraya di rumah keluarga dan saudara-mara. Masa raya inilah nak kenal-kenal dan eratkan silaturahim.
Kekalkan Tradisi Ziarah Menziarahi
“Kalau tak raya pun, setiap kali kenduri saya akan pastikan anak-anak ikut kerana tak mahu putus hubungan dengan makcik pakcik dan sepupu mereka.
“Saya faham zaman dah berubah dan cara sambut raya pun dah tak sama macam dulu. Namun jauh di sudut hati, saya mahu anak-anak menikmati suasana raya yang sebenar, kekalkan tradisi menziarahi keluarga dan saudara-mara, sekali gus menghargai hari raya,” ungkap ibu kepada Wirda Viviana, Wirna Airisya dan Muhammad Emir Oezil.
Dengan sekali lafaz pelakon drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq, 26, dan pilihan hatinya, anggota polis bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff, 31 sah bergelar pasangan suami isteri di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam.
Pasangan sama padan sama cantik ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah kira kira jam 9 pagi tadi disaksikan 18 orang tetamu. Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.
“Alhamdulillah biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini.
“Cuma selepas mengikat pertunangan sekitar awal Mac lalu, kami sepatutnya merancang pernikahan Ogos lalu. Tapi banyak benda yang tergendala rentetan Perintah Kawalan Pergerakan dan seterusnya.
“Akhirnya dianjak ke bulan ini. Semoga fasa baru kami ini akan terus membahagiakan. InsyaAllah, “ katapelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu.
Pasangan sama cantik sama padan
Isteri Memahami & Lemah Lembut
Raja Afiq atau nama penuhnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali berkenalan dengan isterinya menerusi Instagram. Isterinya bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia.
“Isteri seorang yang memahami, lemah lembut dan baik. Pendek kata saya menyenanginya,” katanya.
Afiq ‘Sweet’ – Isteri
Sementara itu, Soffwany berkata, Afiq, seorang yang sangat memahami kepadatan jadual kerjanya membuatkannya jatuh hati dan selesa.
“Sikap Afiq ‘sweet’, selalu mengambil berat dan tidak terlalu memberi tekanan kerana saya sentiasa sibuk dengan tugasan,” katanya.
Seterusnya usai majlis nikah mereka diraikan di sebuah dewan di Plaza Jelutong. Pasangan ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi pada 20 September depan.
Mengenai anak, mereka tidak merancang dan menerima rezeki Tuhan bila bila masa. Pasangan ini dijangka mengadakan majlis bersanding pada Januari depan sama ada di KL atau Ipoh.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...