Isteri tegur suami untuk kebaikan, kalau suami buat tak endah, isteri jadi malas nak tegur lagi. Dalam sesebuah rumah tangga, komunikasi yang berkesan adalah asas kepada keharmonian dan kebahagiaan.
Namun, sering kali isteri menghadapi situasi di mana teguran atau nasihat yang diberikan kepada suami demi kebaikan keluarga diabaikan atau tidak diendahkan.
Perkara ini, jika tidak ditangani dengan baik, boleh mengakibatkan isteri merasa kecewa dan akhirnya malas untuk menegur lagi. Sebagai pasangan hidup, isteri pastinya mahu yang terbaik untuk suaminya.
Teguran yang diberikan sering kali datang daripada rasa kasih sayang dan tanggungjawab untuk memastikan suami sentiasa berada di jalan yang betul, sama ada dalam aspek agama, kewangan, atau hubungan sosial. Namun, apabila teguran itu tidak diambil serius, ia boleh membuatkan isteri merasa usahanya sia-sia.
Berikut perkongsian Firdaus Shakirin ini ketahui mengapa isteri malas menegur banyak kali:
Bila ada kaum hawa yang komen, susah hendak jumpa lelaki yang “berkualiti” zaman sekarang ini…
Sedikit sebanyak, terasa jugalah di hati kerana saya pun lelaki… Tetapi, dengan melihat kaum-kaum lelaki di sekeliling saya, ada benarnya kata-kata tersebut…
Saya tak mengambil contoh yang jauh, saya hanya mengambil contoh dengan apa yang ada di depan mata…
Di tempat kerja sudah main game, balik kerja sambung main lagi… Bila saya tanya, tak jemu ke main game… Dia kata seronok battle, boleh dapat banyak point… Selepas itu saya tanya lagi, isteri tak kata apa-apa ke? Dia kata, isteri “pernah” tegur beberapa kali, selepas itu tak tegur dah…
Isteri Tegur Untuk Kebaikan
Saya tanya, tahu tak kenapa dia sudah tak tegur?
“Dia malas hendak tegurlah kot…”
Ehh, tau pulak kata saya sambil gurau-gurai… Saya cakap isteri tegur itu untuk kebaikan kita juga sebagai suami… Dia tegur sebab hendak kita berubah… Tapi bila kita tak berubah, dia malas nak tegur kerana ianya buang masa dan boleh menyebabkan perbalahan…
Tiada isteri yang suka bergaduh… Isteri hendak kehidupan yang aman dan tenteram…
Ada yang balik kerja, terus pergi main snuker dulu… Ada yang balik kerja, terus ke mamak jumpa kawan-kawan… Seorang demi seorang saya tanya, isteri dekat rumah tidak kata apa ke… Dengan selamba mereka jawab,
“BERANI NAK KATA APA-APA, AKU SUAMI KOT…”
Fuhhh, hebat betul kata saya… Saya kena belajar dengan dia kalau macam ini sebab dia boleh TUNDUKKAN isteri dia semudah itu sahaja…
Nak jadi suami ini tak susah, tapi kadang-kadang kita sendiri yang buat pilihan sehingga ianya nampak susah… Ada benda patut buat, ada benda tak patut buat… Letakkan had di setiap perkara yang kurang membawa kebaikan untuk rumah tangga kita…
Bukan bermaksud tak boleh buat, tapi berpada-pada kalau hendak buat…
Kita berpesan macam ini pun, bukannya orang suka… Tidak apalah, biar Tuhan saja jentik hati dia… Ketika itu baru dia akan belajar macam mana hendak jadi seorang suami yang baik terhadap isterinya…
Teguran isteri kepada suami adalah tanda kasih sayang dan keprihatinan, bukan satu bentuk kritikan untuk menjatuhkan. Suami perlu memahami bahawa isteri adalah pasangan yang diamanahkan Allah untuk membantu mereka menjadi insan yang lebih baik. Dengan saling menghormati dan berusaha mendengar pendapat pasangan, insyaAllah rumah tangga akan kekal harmoni dan diberkati.
Sumber: Firdaus Shakirin
Baca artikel lain juga: Suami Isteri Nak Rumah Tangga Bahagia, Cubalah Praktikkan Nasihat Dr Hamid Arshat Ini
Suami Isteri Bertengkar Ada Manfaatnya, Kajian Buktikan Hubungan Jadi Lebih Utuh
Suami Isteri Bila Bergaduh, Jangan Mengadu Pada Mak Ayah, Bimbang Makin Buruk, Selesaikan Sendiri
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.