Jangan ingat Datuk Azizulhasni Awang cuma handal di gelanggang velodrome semata. Ketika di dapur pun, Azizulhasni pandai masak. Bak kata isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat, suaminya itu sangat pandai memasak.
Ketika berkongsi jawapan pertanyaan peminat di DM instagramnya, Athiah yang ketika ini sedang hamil anak ketiga memaklumkan akan hebatnya suami di dapur.
Dan disebabkan kelebihan yang ada itu, membuatkan Athiah tidak risau waktu berpantang nanti. Ini kerana, suaminya boleh memasak apa saja malah menjaganya dengan baik sepanjang berpantang.
Apa benda yang paling suka dengan Dato Azizul? (Soalan from DMs)
Selain seorang yang sangat displin.
Suami saya sangat pandai memasak.
Suruh je dia masak apa sekalipun dia boleh buat. Sebab tu saya tak berapa risau kalau dia yang jaga saya time pantang nanti. Roti canai dia memang terbaik ! Saya sendiri tak reti nak menebor . @azizulhasniawang
Sememangnya bahagia bila suami tidak kekok masuk dapur ini. Isteri pun jadi tenang saja bila di rumah. Sebab ada orang tersayang yang sudi membantu.
Bagaimana pun, ketika ini Athiah dan anak-anak belum lagi dapat bertemu dengan Azizulhasni. Malah, isteri ini tetap percaya dan redha dengan ketentuanNya.
Lagi-lagi melayari bahtera perkahwinan secara jarak jauh ini. Tentulah perlu kekal positif sentiasa. Agar terus cekal dan kuat.
Mana-mana pasangan yang berPJJ (perhubungan jarak jauh) boleh kutip pesanan yang dikongsikan Athiah ini.
Macam mana kekal positif bila keluarga dan suami jauh berbenua?
I recevied so many Dms asking me this.
Benda pertama yang saya accept ialah “Redha”. Ini semua adalah ketentuan Allah SWT atas segala benda yang terjadi dan berlaku. Setiap manusia akan di landa pelbagai Ujian. Ujian ini perlukan kesabaran.
Saya harus berusaha untuk mendekatiNya. Saya percaya walau dimana pun saya berada, Allah akan menjaga saya dan anak-anak. Mintalah doa sepenuhnya agar Allah akan permudahkan segala urusan.
Tanggungjawab saya juga adalah untuk memastikan anak-anak saya cintakan agama dan sematkan “Iman” dalam hati anak-anak saya.
Saya kerap membaca buku tentang nabi-nabi kepada mereka supaya mereka nampak “pengorbanan” itu merupakan pengorbanan yang mulia jika kita ikhlas dan redha.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar
.”Baca juga : Sabar adik bongsu Azizulhasni Awang jaga ayah stroke, tersentuh hati dibuatnya.
Mingguan Wanita : Sekali lagi tahniah buat Datuk Azizulhasni di atas kemenangan pingat perak untuk negara, dan bakal menerima kehadiran cahaya mata ketiga. Semoga dapat bertemu kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Sumber/Foto : Tyailyana
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW