Selalunya, kalau isteri bekerja dan mempunyai wang sendiri, susah untuk dia minta duit belanja daripada suami. Dia lebih selesa menggunakan duitnya sendiri untuk beli keperluan sendiri atau keluarga.
Bagi isteri yang tidak berkira, dia tidak kisah untuk mengeluarkan wang untuk duit belanja rumah, sekurang-kurangnya dapatlah ringankan beban suami. Lagipun, dengan gajinya sendiri, dia boleh saja gunakan untuk dirinya juga.
Sebenarnya, tak kisah untuk guna beli barangan keperluan ruah dengan duit sendiri tanpa minta duit belanja suami. Tapi, bimbang ada suami yang ambil mudah dan tidak kisah lagi sebab isteri sudah lakukan segalanya.
Tak kiralah isteri bekerja atau surirumah, tolong minta duit belanja daripada suami. Sememangnya itu sudah menjadi tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga. Tak perlu malu atau kasihan pada suami. Bimbang, esok-esok akan ditanya tentang tanggungjawabnya pada isteri dan anak-anak.
Inilah yang dikongsikan oleh Afifah Shaari tentang duit belanja yang menjadi tanggungjawab suami. Cukup menarik perkongsiannya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Kerap Tidak Cukup Duit, Periksa Balik Nafkah Isteri Termasuk Dalam Bajet Keluarga?
Suami Kena WAJIB Dahulukan Nafkah ISTERI Dan ANAK, Barulah Ahli Keluarga Lain
Info Lebih Menarik DI SINI
Semalam, seorang sahabat mengetuk pintu wasap.
“Kenapa lama tak menulis?”
Tanya beliau. Tanda ingatan. Tanda rindu.
Sekejap tadi. Bertemu seorang kenalan. Berbual bertanya khabar.
Ceria dia melontar bicara. Menyebut kegembiraannya melihat Che Pah bahagia. Che Pah cuma senyum sambil bersyukur di dalam hati. Lebih banyak mendengar dari berbicara.
“Saya ni dah 3 kali kahwin. Suami ketiga ini ambil dadah.”
Allahhu Allah.
Che Pah kekal menguntum senyum. Tak tahu nak respon apa.
“Tapi oklah. Dia tak kisah saya nak kerja. Atau nak ke mana-mana.”
“Suami ke 2 dulu. Saya bermadu. Isteri ke 2.”
“Main betina.”
“Cemburu ya amat. Tak bagi pi mana.”
Gitu luahnya.
“Biasalah, lelaki kalau menggatal. Dia ingat kita pun gatal sama. Jadi cemburu buta.”
Itu saja komen Che Pah.
“Sempatlah dapat 2 orang anak dengannya.”
“Tak boleh tahan.”
“Suami sekarang ni pulak ambik dadah. Tak boleh buat apa dah.”
Lancar saja bicaranya. Walaupun muka semakin kelat. Tenggelam ceria tadi.
“Kita ni orang perempuan kena mintak belanja dari suami.”
“Saya dah cuba bekerja dan bantu suami beli barang dapur.”
“Kadang dapat elaun takaful seribu lebih. Ratus-ratus.”
“Tapi duit makin tak cukup.”
“Tak berkat.”
“Saya minta duit belanja dari suami.”
“Gajinya naik. Pangkatnya naik.”
Che Pah cuba beri cadangan.
“Tapi tu lah. KWSP saya lagi banyak. Jadi saya yang banyak keluar duit belanja rumah.”
” Duit dia, dia nak guna beli benda tu (dadah). Bukannya murah.”
Dia cuba menjelaskan dengan alasan.
“Kita kena minta duit belanja dari suami.”
“Allah suruh.”
“Allah dah kata. Allah tinggikan darjat lelaki (suami) kerana memberi nafkah kepada perempuan (isteri).”
“Minta.”
“Minta macam kita minta duit dari mak ayah kita.”
“Kita minta elok-elok.”
“Kalau hari ini tak bagi. Minta lagi esoknya.”
“Kita minta sebab kita sayang. Nak suami kita selamat.”
“Takut di akhirat nanti suami kena siksa sebab tak bagi nafkah.”
Itu sahaja nasihat Che Pah untuknya.
Sahabat. Kita jadi isteri. Minta sajalah belanja dapur, diri kita dan anak-anak dari poket suami. Minta macam kita minta duit dari mak dan ayah. Selagi tak dapat. Kita merengek.
Buat-buat merajuk. Usahakan sampai berjaya.
Jangan kerana kita berniaga online. Kerja makan gaji. Dapat harta pusaka. Kita biarkan suami kita tidak keluarkan duit nafkah. Mungkin kita nak jadi insan mulia. Redho apa sahaja.
Niat yang baik itu kadang mengundang musibah. Allah tak suruh begitu. Allah suruh lelaki menafkahi wanita. Allah tinggikan darjat lelaki kerana menafkahi wanita.
Jatuh martabat lelaki yang mencuaikan tanggungjawabnya. Bermula dengan rasa tenang mendapat redho isteri yang tidak menuntut nafkah.
Ayuh kembali pada asas. Isteri. Minta duit belanja dari suami. Usah malu-malu dan usah kasihan dengan mata kasar. Kasihan dengan mata hati.
Kasihannya suamiku jika dihisab nanti. Malaikat memberitahu di hadapan Allah. Dia suami zalim.
Tidak membelikan untuk isteri pakaian baru untuk hari raya.
Tidak membelikan untuk isteri syampoo hingga isterinya bau hapak.
Tidak membelikan makanan hingga isterinya bekerja dan menafkahi dirinya.
Tidak menyediakan belanja anak-anak. Hingga isterinya menangis malu menolak permintaan anak-anak.
Nah. Buka luas-luas mata hati. Jangan kerana sempitnya rezeki kita rasa lemas dan ingin terjun ke tasik. Nanti betul-betul lemas dibuatnya.
Perlahan-lahan cuba minta nafkah dari suami. Dari seringgit dua kepada puluhan ringgit sehari. Minta dan terus minta setiap hari. Insya Allah rezeki suami akan semakin lapang kerana diberkati Allah. 1 ringgit belanja untuk isteri adalah wang yang sangat baik nilainya di sisi Allah. Kerana si suami telah menunaikan hak isteri. Menunaikan tanggungjawab suami.
Mendapat pahala sedekah kepada keluarga.
Pesannya cuma 1.
Isteri. Mintalah duit belanja keperluan dari suami (nafkah wajib).
#chepahsupercute
#ilmubinabahagia
MW: Tak perlu malu pun sebab kita yang kenal hati budi masing-masing. Yang penting nasi dan lauk kita masak.
Sumber: Afifah Shaari
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita