Isteri Tak Perlu ‘Dengki’ Suami, Jangan Mengungkit Sebab Masing-Masing Ada Tanggungjawab Tersendiri

Share

Sakit hati dan dengki pula bila tengok suami hanya duduk dengan rileks sambil menonton televisyen tanpa sebarang gangguan. Sedangkan isteri mundar mandir menguruskan kerja rumah.

Perasan dengki begini memang wujud dalam hati isteri. Mungkin memikirkan dia lagi banyak kerja yang perlu diuruskan. Sedangkan suami hanya tahu semua kerja rumah selesai.

Boleh jadi perasaan dengki ini sebab suami tidak langsung membantu. Ini belum lagi sebarang keputusan isteri, kena beritahu dan mendapat restu suami.

Kena ingat, suami adalah ketua keluarga. Jangan ada perasaan dengki pun sebab masing-masing ada tanggungjawab tersendiri.

Bila isteri ada perasaan dengki dengan suami, hati tidak tenang dan rasa diri saja yang betul. Mulalah timbul ungkit mengungkit. Bahaya tu. Hargailah pengorbanan pasangan, inilah yang dikongsikan oleh Hanis Athirah Rosli.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Isteri Ambillah Peluang ‘Pillow Talk’ Sebelum Tidur, Inilah Cara Kekalkan Momentum Cinta

Pernah Tegur Isteri Gedempol, Suami Menyesal Tengok Carian Terakhir Arwah

Info Lebih Menarik DI SINI

Dengki Buat Isteri Tak Tenang

Antara ramai ramai orang yang ada atas muka bumi ni, saya paling kerap dengki dengan beliau.

Ye, suami sendiri.
Seronok je nampak beliau boleh buat apa yang beliau suka.

Nak berhenti kerja, boleh, sambung belajar, boleh dan nak kejar impian, boleh.

Sedangkan saya, apa yang saya nak buat mesti perlukan persetujuan, mesti ada syarat dan keizinan dulu. Lagi bertambah cemburu bila lihat beliau boleh keluar dan saya pula duduk di rumah menguruskan rumah dan dua orang hero yang masih kecil ni.

Penat sebab kerjaya yang saya pilih ni langsung tiada ‘punch out’ nya. Dan beliau pula bila bekerja saya fikir mesti ada me time yang ada. Dulu lagi lah, bersengkang mata menyusu anak, sedangkan beliau lena dibuai mimpi.

Bila perasaan dengki ini muncul, saya selalu akan rasa celaru dan tak tenang. Situasi seperti ini sangat berbahaya kerana syaitan akan menghembuskan benih-benih perselisihan.

Jika saya biarkan, sifat mazmumah muncul dan saya akan mula mencari-cari kesalahan suami. Akhirnya wujudnya sangkaan buruk dalam hati.

Ingat 5 Pesanan

Bila mula muncul perasaan begini, saya cepat-cepat ingatkan 5 Pesanan Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang patut kita sebagai isteri ikuti.

1. Baca ayat Al Quran dan tadabbur kerana akan mempengaruhi aqidah, ibadah dan akhlak kita.
2. Lihat semua yang Allah cipta dan ingat kebesaran Allah. Ingat Allah dan jadilah hambaNya yang taat.
3. Fokus kepada kesyukuran. Celik mata dan bersyukur kerana kita masih lagi mempunyai suami. Kurangkan mencari apa yang suami tak lakukan, tapi lihatlah apa yang suami lalukan.
4. Bertaubat dan renungi kesalahan dosa-dosa kita. Perbaiki diri dan fokus untuk ubah lebih baik dari semasa.
5. Ingat tanggungjawab kita dan amanah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.
Ikhlas apa yang kita lakukan kerana Allah, bukan kerana manusia.

Saya salah kerana merasakan diri sendiri saja yang banyak berjasa, banyak berkorban. Padahal jika saya ditakdirkan di tempat beliau pun saya tak mampu juga mampu perkara sama yang beliau lakukan.

Jadi isteri memang sukar dihitung perkara dan pengorbanan yang kita lakukan. Tapi, bila terlalu mengungkit-ungkit kebaikan diri kita dihadapan suami sehingga menyakiti hatinya, boleh jadi besar dosa yang dapat.

Ikhlaskan diri dan kurangkan mengungkit. Jadi isteri ni memang nampak penat, tapi betapa besar nikmat bila kita boleh memasuki syurga pilihan tanpa halangan dengan syarat jaga solat, puasa, harga diri dan taat pada suami.

InsyaAllah, syurga tempat rehat kita semua.

Tapi, saya tetap dengki dengan suami bila tak sampai 2 minit bersiap, hanya sarung baju seluar terus kacak bergaya. Saya pula, bersiap 15 minit, tetap tudung mengelembung tak menjadi.

Mingguan Wanita : Bila ada perasaan dengki mulalah mengungkit, kononnya kitalah paling banyak buat kerja. Jangan begitu, ikhlaskan diri kita.

Sumber: Hanis Athirah Rosli

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora