Jangan mengukur kebahagiaan pasangan suami isteri kerana mereka mempunyai kekayaan harta benda. Sebab mereka tang banyak itu, belum tentu bahagia. Begitu juga bagi pasangan yang kurang berkemampuan, belum tentu dapat memberi kebahagiaan. Jadi apa yang diinginkan dalam hidup suami isteri.
Ingat, suami diuji bila memiliki kekayaan dan isteri diuji bila pasangan belum mempunyai apa-apa. Malah, rata-rata pasangan sebolehnya ingin rumah tangga yang dibina bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Apatah lagi, hati seorang isteri.
Perkongsian daripada Isma Addi Jumbri tentang apa luahan yang diinginkan oleh setiap wanita yang bergelar isteri.
SUAMI
*******
1. Tak kisah jika suami kurang kaya berharta, yang penting hidupmu bahagia dan tidak derita.
2. Tak kisah jika suami tidak berpangkat tinggi, yang penting semua nafkah dia sediakan dan bagi.
3. Tak kisah jika suami tidak bergaji menteri, yang penting rezeki buat keluarga dia rajin mencari.
4. Tak kisah jika gaji suami tidaklah mewah, yang penting dia rajin bekerja walaupun bermula dari bawah.
5. Tak kisah jika suami tidak berkereta hebat, yang penting nafkah keluarga dia beri dan duit isteri dia tak rembat.
6. Tak kisah jika suami bukan guru atau pensyarah, yang penting dia baik hati dan tak marah-marah.
7. Tak kisah jika suami tidak tinggi lampai, yang penting keluarga dijaga baik dan tidak dibiar hidup terkapai-kapai.
8. Tak kisah jika suami hanya kerja ‘security’ atau jaga, yang penting dia beriman dan pimpin keluarga menuju ke syurga.
9. Tak kisah jika perut suami sedikit boroi atau sarat, yang penting dia jujur dan pimpin keluarga menuju akhirat.
MW: Adakah semua di atas itu yang diharapkan oleh seorang isteri?
Sumber: Isma Addi Jumbri