
Jangan mengukur kebahagiaan pasangan suami isteri kerana mereka mempunyai kekayaan harta benda. Sebab mereka tang banyak itu, belum tentu bahagia. Begitu juga bagi pasangan yang kurang berkemampuan, belum tentu dapat memberi kebahagiaan. Jadi apa yang diinginkan dalam hidup suami isteri.
Ingat, suami diuji bila memiliki kekayaan dan isteri diuji bila pasangan belum mempunyai apa-apa. Malah, rata-rata pasangan sebolehnya ingin rumah tangga yang dibina bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Apatah lagi, hati seorang isteri.
Perkongsian daripada Isma Addi Jumbri tentang apa luahan yang diinginkan oleh setiap wanita yang bergelar isteri.
SUAMI
*******
1. Tak kisah jika suami kurang kaya berharta, yang penting hidupmu bahagia dan tidak derita.
2. Tak kisah jika suami tidak berpangkat tinggi, yang penting semua nafkah dia sediakan dan bagi.
3. Tak kisah jika suami tidak bergaji menteri, yang penting rezeki buat keluarga dia rajin mencari.
4. Tak kisah jika gaji suami tidaklah mewah, yang penting dia rajin bekerja walaupun bermula dari bawah.
5. Tak kisah jika suami tidak berkereta hebat, yang penting nafkah keluarga dia beri dan duit isteri dia tak rembat.
6. Tak kisah jika suami bukan guru atau pensyarah, yang penting dia baik hati dan tak marah-marah.
7. Tak kisah jika suami tidak tinggi lampai, yang penting keluarga dijaga baik dan tidak dibiar hidup terkapai-kapai.
8. Tak kisah jika suami hanya kerja ‘security’ atau jaga, yang penting dia beriman dan pimpin keluarga menuju ke syurga.
9. Tak kisah jika perut suami sedikit boroi atau sarat, yang penting dia jujur dan pimpin keluarga menuju akhirat.
MW: Adakah semua di atas itu yang diharapkan oleh seorang isteri?

Sumber: Isma Addi Jumbri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Salahkan Isteri Kalau JARANG MASAK, Suami Kenalah Toleransi Penat Lelahnya

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan, sesetengah isteri yang bekerja memang jarang masak di rumah. Bukan tidak mahu memasak untuk suami dan anak-anak tetapi semuanya disebabkan faktor masa. Bagi isteri yang amalkan rutin memasak walaupun bekerja, itu sudah cukup membanggakan.
Bayangkan, seawal pagi menguruskan anak-anak, ke tempat kerja dan petangnya pula ‘bersilat’ untuk menyiapkan makanan keluarga. Kalau jenis isteri yang ‘buat kerja cepat’ dalam setengaj jam sudah terhidang makanan. Bagaimana pula kalau isteri yang ambil masa lama untuk siapkan hidangan. Mahu masuk angin suami dan anak-anak menunggu.
Walau bagaimanapun, jangan salahkan isteri. Sebaiknya isteri ingin berikan yang terbaik untuk suami dan keluarga. Mungkin ada juga suami lebih selesa untuk membeli makanan di luar bagi menyenangkan isteri. Mungkin sebab itu juga isteri pun jarang masak.
Pernah orang tua cakap, kalau isteri tidak masak, suami dan anak-anak tak dapatlah merasa ‘air tangan isteri atau ibu’.
Walau bagaimana pun, dengan keadaan sekarang ini yang mana isteri turut sama bekerja membantu suami, sedikit sebanyak memberi kekangan untuk isteri memasak di rumah.
Ada yang berfikiran, kalau memasak mungkin ambil masa sedikit. Sedangkan, beli makanan di luar, balik rumah terus boleh makan. Tak adalah suami dan anak-anak menunggu lama.
Waima, jarang memasak, beli makan di luar, semuanya bergantung kepada budi bicara pasangan masing-masing yang boleh menerimanya. Jangan pula kata isteri tak masak, suami ambil kesempatan lain pun.
Seperti perkongsian daripada Fadzli Aziz ini. Isteri masak atau beli di luar langsung tidak memudarkan cinta mereka. Apa yang penting suami kena ada toleransi dan lihatlah penat lelah isteri juga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Usah Harapkan Isteri ‘Perfect’ Kalau Suami Pun Tidak Jalankan Tanggungjawab Pada Keluarga
Suami, Jangan Letak Semua Tanggungjawab Jaga Anak ‘Atas Kepala’ Isteri
Info Lebih Menarik DI SINI
Jarang Masak – Bukan Lupa Tanggungjawab
“Abang, sayang tak sempat nak masak hari ni sebab ada online meeting”.
“Tak apa, foodpanda kan ada. Nak makan apa? Abang orderkan”.
Saya ni jenis tak kisah, isteri masak atau makan kat restoran ataupun grabfood. Dulu betul saya memang nak isteri masakkan untuk saya.
Tetapi bila melihat dia bekerjaya, banyak hal yang perlu diuruskan, maka saya mudahkan apa yang boleh.
Sampaikan jiran saya tegur.
“Abang dah nampak kalau foodpanda tu mesti datang rumah kau. Aku rasa kau ni penyumbang terbesar foodpanda kat kawasan ni.
Kami gelak sama-sama.
Perasan tak kenapa orang lelaki suka tanya isteri dia nak makan apa?
Sebab dia tak kisah dirinya. Suami utamakan pasangannya walaupun hanya hal yang berkaitan makan.
Dia nak isterinya bahagia dengan dirinya dan dia tak nak susahkan isterinya. Bahkan dia cuba permudah dan ikut kehendak isterinya.
Namun pada sesetengah lelaki tradisional, bab makan, isteri mesti masak. Bab makan tanggungjawab isteri sepenuhnya. Bangun pagi sarapan semua mesti sudah tersedia. Itu tanda hormat.
“Kau kalau nak suami sayang, kau kena bagi suami makan air tangan kau”.
Ini pesan orang dulu-dulu. Tak salah pesan ni. Bahkan ada kelebihannya.
Tapi adakah bila asyik makan kat luar cinta tak berkembang dan mendalam?
Kalau tanya saya, saya tetap semakin sayang dan cinta walaupun banyak makan di luar berbanding dirumah.
Suami Kena Toleransi
Bab memasak di rumah, bertoleransi lah kita. Sebab kalau dalam situasi isteri tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa, mungkin itu tiada masalah.
Tapi kalau isteri bekerja, maka ia sesuatu yang sangat memerlukan toleransi. Terkadang isteri balik kerja penat-penat, terus bergegas ke dapur nak masak. Suami masuk je rumah, terus capai remote tv.
Nak order foodpanda, suami tak nak. Nak rasa air tangan isteri. Maka isteri berhempas pulas siapkan makanan dan hidangkan.

Lepas je makan sama-sama, suami bangun terus terpacak depan tv, sambung tengok movie. Isteri tadi terus angkat pinggan mangkuk bawak ke dapur dan basuhkan. Kemaskan dapur dan lap.
Selepas solat isyak isteri sambung lagi kemas rumah dan setelkan hal berkaitan kerja esok. Pukul 10.30 bersiap-siap nak tidur.
Suami? Masih duk tengok tv. Pukul 11.30 masuk bilik, kejutkan isteri kerana nak ‘bersama’. Isteri dah terlena kerana sangat penat. Tapi bila dikejutkan, bangunlah isteri melayan kehendak suaminya.
Sebab dah penat, melayan suaminya sekadarnya sahaja. Suaminya tak puas hati. Lalu mengadu pada kawan-kawan dan perempuan lain.
“Isteri i ni tak pandai layan. Dah lah susah nak layan i, pastu macam patung je. I rasa i nak poligami lah”
Akhirnya rumah tangga jadi semakin pudar, hilang seri, hambar kerana cycle ini berulang-ulang.
Si isteri menjadi bingung kerana suami curang. Sedangkan dia dah jalankan semua tanggungjawab semampu mungkin.
Kadang-kadang sebagai suami kita suka menyalahkan pasangan kerana kita rasa kita jadi mangsa. Rupa-rupa kita lupa terkadang kitalah puncanya keadaan menjadi sebegitu.
Wallahuaalam
#fadzliaziz
#bijakemosi
#akauncinta
#minorchangesmajorimpact
MW: Sebenarnya, isteri pun lebih suka memasak untuk suami dan anak-anak makan. Tapi kalau suami tak ada tolerasni dalam membantu, boleh jadi penat isteri. Untunglah kalau suami jenis yang memahami, siap orderkan makanan untuk keluarga lagi.
Sumber: Fadzli Aziz
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Perlu Sediakan Wang RM36,000 Masa Terdekat.” Suami Buntu Cari Duit Pembedahan Jantung Isteri

Isi Kandungan
Toggle“Perlu sediakan wang RM36000 masa terdekat.” Suami ini buntu cari duit pembedahan jantung isteri.
Bukan mudah bagi suami ini untuk menyediakan wang dalam jumlah yang begitu banyak dalam keadaan sekarang.
Suami Buntu Cari Duit Pembedahan Jantung Isteri
“Saya buntu untuk cari duit dalam masa terdekat bagi pembedahan jantung isteri,” luah Muhammad Aifaa Zulkiffly, 33, berhubung masalah yang dihadapinya bersama isteri, Norsihmah Anuar, 33.
Menurutnya, dia perlu sediakan wang RM36,000 bagi pembedahan memasang alat bantuan jantung (ICD) isterinya itu.
“Doktor maklumkan pada Rabu lalu berhubung perkara itu. Pembedahan isteri sepatutnya dibuat pada Isnin lalu tetapi ditangguhkan kerana perlu menyediakan kos pembedahan.
“Isteri sekarang ada di Hospital Serdang dan saya hanya dapat melawatnya dua kali sehari kerana terpaksa bekerja mencari duit belanja,” katanya.
Perlu Sediakan Wang RM36000 Masa Terdekat
Jelas Muhammad Aifaa, isterinya dikesan menghidap penyakit paru-paru berair sejak dua tahun lalu dan mula mengalami masalah jantung baru-baru ini.
“Selain masalah jantung bengkak dan paru-paru berair, dia juga ada masalah darah tinggi, mungkin kerana bimbang penyakitnya itu.
“Saya buntu mencari dana untuk pembedahan isteri sedangkan doktor mengatakan ia (pembedahan) perlu disegerakan.
“Isteri di masukkan ke Hospital Port Dickson pada 12 September (Ahad) dan dipindahkan ke Hospital Serdang pada 19 September lalu berikutan sudah berada dalam keadaan koma,” ujar bapa dua anak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun itu.
Pendapatan Terjejas
Tambahnya, dia terpaksa kerap bercuti untuk menguruskan isteri dan dua anaknya menyebabkan pendapatan turut terjejas.
“Selain mencari dana untuk pembedahan isteri, saya juga perlu menyediakan wang sewa rumah RM600 sebulan.
“Dirumah pun anak yang masak jika saya perlu bekerja dan mereka terpaksa menguruskan diri sendiri jika saya keluar bekerja.
“Buat masa sekarang, saya amat memerlukan sumbangan orang ramai untuk pembedahan segera isteri yang mana perlu disegerakan,” katanya.
Dia ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) hari ini.
Baca Juga Di Sini :
Ayda Jebat & Suami Bakal Timang Bayi Perempuan, Pilih Bersalin Secara Pembedahan Caesarean
Eina Azman Mohon Doa “Berharap Selepas Pembedahan Ini Sakit Saya Akan Hilang Selamanya”

Ibu Meninggal Dipatuk Ular Tedung, Bayi Dalam Kandungan Berjaya DiSelamatkan Melalui Pembedahan
Paras Oksigen Siti Sarah Semakin Baik, Bayi Akan Dikeluarkan Secara Pembedahan
Usaha Kumpulkan Dana
Sementara itu, Pengerusi PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, juga berusaha mengumpulkan dana bagi membantu keluarga ini terutama untuk pembedahan isterinya.
Orang ramai yang inging menghulurkan sumbagan bagi meringankan beban keluarga ini, boleh menghubungi Muhammad Aifaa Zulkiffly ditalian 017-369 4630.
Mingguan Wanita : Semoga wang dapat dikumpul secepatnya dan pembedahan tersebut dapat disegerakan serta kesihatan Norsihmah Anuar kembali pulih.
Sumber/ Foto : myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Yang Baik Rancanglah Harta Lebih Awal, Jangan Tinggalkan Isteri Dengan Meminta-Minta

Isi Kandungan
ToggleDapat suami yang baik, mungkin bahagianya hanya seketika. Malah, tiada siapa yang dapat melawan ketentuanNya, bila ditakdirkan dia pergi tinggalkan isteri dan anak-anak.
Namun, suami yang baik akan berfikir lebih mendalam tentang apa yang akan dihadapi oleh isteri dan anak-anak, jika ditakdirkan dia ‘pergi’ terlebih dahulu.
Sebab itulah penting bagi suami yang baik untuk rancang harta sepencarian dengan lebih awal supaya isteri dan anak-anak senang dan tidak lalui waktu sukar bila ketiadaannya.
Perkara yang muingkin tidak akan terjangka, walaupun harta sedikit tapi bila dah ‘kelabu mata’ ahli keluarga si mati mesti akan menuntut hak masing-masing. Jangna biarkan isteri terkontang kanting dan meminta-minta.. Sekurangnya bila dah rancang harta lebih awal, dapatlah isteri lalui hari-hari mendatang dengan tenang.
Inilah pesanan oleh peguam, Hayat Muhamad bila ada suami pergi mendahului isteri. Penting untuk rancang harta dari awal. Jadilah iktibar buat suami yang baik.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tolong Isteri Buat Kerja Rumah Bukan ‘GENG TAKUT BINI’, Suami Kenalah Timbang Rasa
Isteri Kena Sediakan ‘Beg Kecemasan’ Simpanlah KASIH SAYANG Untuk Diri Sendiri
Info Lebih Menarik DI SINI
Tinggalkan Isteri, Suami Rancanglah Harta
Apa iktibar dari kes Hidayah Abam Bocey?
1. Suka tak suka, hibah takaful adalah jawapannya. Bila pasangan meninggal, terus dapat duit cash masuk dalam akaun isteri. Cari caruman yang ngam- ngam dapat RM100K atau lebih. Dengan RM100K, sasya percaya, hidup tak susah walaupun tak kaya. Boleh bernafas dengan anak-anak kecil yang perlukan pembelaan.
2. Kereta kena ada nama isteri satu. Kereta biasa- biasa tak apa. Isteri masa hidup kena plan supaya “ waktu sukar “ tidak akan menjadi sukar. Simpanan emas jangan lupa. Kawan anda masa susah nama Ar Rahnu pasti akan membantu.
3. Suami yang pintar, akan sediakan sebuah rumah untuk isteri dan anak- anak waktu dia tak ada. Usahakanlah supaya ada rumah. Sama ada rumah nama isteri mutlak atau buat hibah agreement supaya nama kekal nama isteri demi anak- anak:
4. Suami yang baik, akan merancang semua ini terlebih awal. Suami pun akan buat hibah silang.
5. Hibah takaful, kereta nama isteri, hibah rumah dan paling penting emas.
Prosiding Pembahagian Harta Bukan Mudah
Ingatan untuk para suami…
Sebelum kita mati, bagi tunai pada isteri banyak banyak supaya dia boleh survive sementara prosiding pembahagian harta pusaka.
Prosiding tak mudah saudara. Tuhan akan datangkan ujian hati. Bukan mudah semua nak beri persetujuan. Kalau ikut faraid pun, tak semestinya semua orang setuju.
Atas kertas nampak mudah.
Rumah; kalau boleh bagi kat isteri sepenuhnya. Biar isteri ada tempat berteduh.
Cabaran paling besar ialah bila tak ada anak atau tiada anak lelaki. Manakala isteri pulak surirumah; kuasa ekonomi tak ada.
Isteri masa suami hidup, cubalah mintak potongan tetap dari pendapatan suami. Bagitau dia demi anak- anak.
Isteri masa suami hidup, mintalah buat rumah atas nama isteri. Bagitau dia demi anak- anak.

Lelaki, kerjalah dan potong gaji; berilah simpanan kat isteri. Janganlah tinggalkan isteri dalam keadaan meminta- minta.
Lelaki yang baik, mesti ada perancangan harta yang baik demi anak- anak dan isteri.
Mingguan Wanita : Baik suami atau isteri, usahalah sesuatu sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan nanti.
Sumber: Hayat Muhamad
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI