Isteri tak kerja, suami jangan layan macam orang gaji. Dalam sesebuah rumah tangga, setiap pasangan mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Ada suami yang keluar bekerja mencari rezeki, ada isteri yang bekerja, dan ada juga yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Namun, satu perkara yang perlu difahami, seorang isteri yang tidak bekerja di luar bukanlah bermaksud dia tidak menyumbang apa-apa dalam rumah tangga.
Ramai yang masih beranggapan bahawa kerja rumah adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika dia tidak bekerja. Hakikatnya, menjaga rumah, memasak, mengemas, membasuh pakaian, dan menguruskan anak bukan tugas mutlak isteri. Ini semua adalah tanggungjawab bersama dalam rumah tangga.
Seorang isteri yang menjadi suri rumah sebenarnya bekerja 24 jam sehari tanpa gaji, tanpa cuti, dan tanpa elaun lebih masa. Suami keluar bekerja lapan atau sembilan jam sehari, tetapi isteri pula bekerja dari pagi sampai ke malam, menguruskan keperluan suami dan anak-anak tanpa henti.
Kalau suami penat bekerja di pejabat, isteri pun penat menguruskan rumah tangga. Bezanya, kerja isteri ini tak ada punch card, tak ada rehat yang tetap, dan tak ada penghargaan dalam bentuk gaji atau bonus tahunan.
Bila isteri tak bekerja, ada sesetengah suami yang mula mengambil kesempatan. Ada yang bersikap seperti majikan, memberi arahan itu dan ini tanpa sedikit pun menghargai usaha isteri.
“Abang balik nanti biar makanan dah siap.”
“Baju kerja abang kena gosok elok-elok.”
“Rumah janganlah bersepah, abang penat kerja.”
Kadang-kadang, suami lupa bahawa isteri juga manusia biasa yang ada rasa penat dan letih. Suami keluar bekerja, berjumpa dengan orang luar, ada waktu rehat, boleh makan tengah hari dengan kawan-kawan, tetapi isteri di rumah perlu menguruskan anak yang menangis, memasak, mengemas, dan memastikan semuanya dalam keadaan baik.
Lebih menyedihkan, ada isteri yang tidak mendapat layanan baik daripada suami hanya kerana dia “tidak menyumbang wang” dalam rumah tangga.
Hakikatnya, isteri yang menjadi suri rumah sebenarnya memberikan sumbangan yang besar. Dia mengorbankan kerjaya dan kebebasan untuk memastikan suami dan anak-anak terjaga dengan baik.
Kalau nak diupah pembantu rumah untuk buat semua kerja yang isteri buat, gaji sebulan boleh mencecah ribuan ringgit. Tapi isteri buat semuanya dengan penuh kasih sayang, tanpa minta bayaran.
Seorang isteri tak minta suaminya bayar gaji setiap bulan. Dia cuma mahu dihargai. Dia mahu suami memahami kepenatan dan pengorbanannya. Kadang-kadang, ucapan “Terima kasih, sayang” sudah cukup untuk buat isteri rasa dihargai.
Sebagai suami, jangan berkira untuk membantu isteri dalam kerja rumah. Kalau nampak isteri sibuk di dapur, ringan-ringankan tangan untuk tolong basuh pinggan. Kalau anak menangis, jangan buat tak tahu. Ambil anak dan dodoikan. Isteri juga perlukan masa untuk berehat, sama seperti suami yang perlukan rehat selepas pulang bekerja.
Rumah tangga adalah perkongsian, bukan tempat untuk seorang mendominasi yang lain. Suami dan isteri saling melengkapi, bukan untuk saling menindas. Jika isteri memilih untuk tidak bekerja dan menjadi suri rumah, itu bukan tiket untuk suami melayan dia seperti orang gaji. Sebaliknya, suami perlu lebih menghargai, lebih memahami, dan lebih ringan tulang dalam membantu urusan rumah tangga.
Isteri yang bahagia akan melahirkan keluarga yang bahagia. Jadi, kalau nak rumah tangga kekal harmoni, jangan lupa hargai isteri, bukan hanya dengan wang, tetapi juga dengan kasih sayang dan penghormatan.
Baca artikel lain juga: Isteri Bukan Orang Gaji, Lelaki Jangan Ingat Lepas Kahwin Semua Kerja Isteri Yang Kena Buat
Suami Bukan Majikan Isteri, Isteri Pula Bukan Orang Gaji Suami
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.