Isteri suka sebut ‘ceraikan saya’ apabila bergaduh? Apa sebabnya..Perkahwinan merupakan ikatan suci yang menggabungkan dua insan dengan harapan untuk hidup bersama dan saling menyokong. Namun, dalam kehidupan berumah tangga, perselisihan dan konflik adalah perkara yang biasa berlaku.
Dalam saat-saat tegang, terdapat kecenderungan sesetengah isteri untuk mengungkapkan kata-kata seperti “ceraikan saya” ketika berdepan konflik atau pergaduhan dengan suami. Kenyataan ini boleh menimbulkan persoalan: mengapa ramai isteri memilih untuk menyebut kata-kata tersebut dalam keadaan marah atau kecewa?
Berikut perkongsian Ahmad Saifuddin Yusof
Baru-baru ini ada diskusi serius dengan isteri. Antara isi diskusi ialah kenapa ramai wanita suka sebut ‘cerai’ atau ‘minta cerai’ apabila bergaduh dengan suami walaupun isu remeh.
Saya tanya, “Kenapa awak tidak sebut begitu apabila kita bergaduh?”
Isteri jawab, “Buat apa hendak sebut? Bukannya isu besar pun kita bergaduh. Salah faham sahaja. Lagi pun penceraian itu boleh bawa malu apabila orang tahu.”
“Betul juga.” Kenapa pula ramai wanita sebut begitu? Adakah dia benar-benar maksudkan begitu? Yakni benar-benar mahu bercerai dengan suami. Atau ucapan begitu hanya gertak sahaja? Jika mahu gertak suami, banyak cara untuk gertak suami. Tetapi berbaloikah gertak suami dengan pergaduhan isu yang tidak begitu besar?
Isu ini terbuka untuk dibincangkan. Saya selalu juga terima aduan daripada kawan-kawan lelaki yang mengadu apabila bergaduh dengan isteri dan isteri selalu mengucapkan ‘cerai’ apabila bergaduh. Sedangkan isu yang digaduhkan seperti tidak sidai tuala, tidak jaga kebersihan dan sebagainya.
Hipotesis saya mengatakan wanita yang suka menyebut demikian apabila dia rasa dia mampu hidup sendiri atas faktor dia mampu buat apa yang suami buat.
Contohnya, suami ada kerjaya, dia ada kerjaya. Bahkan gaji lebih tinggi dari suami. Suami boleh memandu kereta, isteri boleh memandu kereta. Suami bebas ke mana-mana, isteri pun bebas ke mana-mana.
Mungkin pada fikiran isteri dia mampu menguruskan rumah dan segalanya tanpa ada suami di sisi. Jadi, ada kemungkinan sikap suka menyebut ‘cerai’ apabila bergaduh dan berselisih itu datang daripada cara fikir sebegini yang mungkin tidak disedari oleh wanita.
Memandangkan saya lelaki dan seorang suami, maka saya tidak dapat mengesahkan hipotesis ini. Puan dan cikpuan mungkin boleh mengesahkannya.
Solusinya bagaimana? Isteri saya pernah memberitahu, seorang isteri itu tidak boleh dibiarkan buat semua kerja walaupun dia mampu. Biarlah suami buat kerja itu supaya isteri ada rasa kebergantungan kepada suami. Maka akan wujud rasa hormat dan sayang kepada suami.
Sebagai contoh, membeli barang di pasar. Walaupun hal ehwal dapur itu urusan isteri. Suami boleh pikul tugas membeli barang dapur. Di situ wujud saling bergantung antara suami dan isteri.
Isu ini sama juga dengan membuat keputusan. Apabila suami membiarkan isteri membuat semua keputusan termasuk keputusan besar tanpa berbincang dahulu seperti membeli kereta, membeli barang mahal-mahal walaupun duit isteri. Maka tidak ada saling berkait hubungan sebagai suami isteri.
Isu ini terbuka untuk dibincangkan. Mungkin nampak remeh. Bagi lelaki isu ini sangat besar. Kalimah ‘cerai’ sangat besar bagi lelaki yang baik dan yang menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami walaupun tidak begitu sempurna.
Sumber: Ahmad Saifuddin Yusof
Baca artikel lain juga: Bila Sudah Bercerai, Bekas Suami, Isteri Jangan Cerita Keburukan Pasangan
Isteri Minta Cerai Sebab Suami Malas Mandi, Baru 40 Hari Kahwin
Bengang Isteri Tuntut Cerai, Tular Video Bapa Cuba Bakar Anak Kandung
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.