Bila isteri suka melawa pun salah, tak melawa lagilah salah, Mulalah cari peluang nak cari yang lain. Kononnya, isteri dah tak seperti dulu, seperti sebelum kahwin.
Suka melawa atau tidak, suami kena puji isteri sebab dialah suami terpikat. Jangan bila dah kahwin rasa isteri dah tak cantik.
Ini tidak, bila sudah kahwin, pujian entah ke mana. Susah pula nak keluar dari mulut suami. Mulalah pandang wanita lain yang lagi cantik. Sedangkan orang yang dikahwini itulah orang yang paling cantik.
Perkongsian daripada Syamsul Fitri ini cukup menarik. Pandangan seorang suami buat isteri. Betul sangat, tak perlulah nak buang masa, buang duit cari perempuan lain. Isteri yang ada di depan mata pun dah cukup menarik dan hebat. Percayalah.
Awal perkahwinan dulu saya tak pernah ambil kisah kalau isteri nak melawa. Cukup bagi saya pakai baju yang biasa sahaja. Malas betul nak menunggu dia bersiap lama-lama.
Suatu hari saya tertengok gambar beliau waktu bujang dulu. Kenapa dulu lawa sekarang biasa-biasa? Baru saya sedar rupanya saya ada tersalah cara!
Kalau bini melawa tu puji la baru seronok hati dia. Bila isteri hati sentiasa bahagia dah tentu keluarga pun ceria. Tak ada dah nak marah-marah bila kita sibuk kerja.
Nak main game pun tenang! Biasa la tu sesiapa pun seronok bila orang puji.
Lebih lagi kalau suami yang puji tahap bangga tu lagi tinggi dari orang lain.
Iye lah mereka dah kahwin dengan kita tentu saja perhatian dari suami yang paling isteri mahukan. Jangan lah angguk saja bila isteri tanya cantik ke tidak.
Ads
Ulas saja apa yang kita nampak depan mata.
“Cantik baju ni sesuai dengan u nampak kurus, tudung pun matching sangat tak nampak kedut, muka u pun nampak young gituwww”
confirm senyum habis isteri!.
Bukan senang nak melawa.
Beza Waktu Sebelum Kahwin
Dulu waktu bujang suka tengok perempuan cantik yang tak mekap kononnya.
Tahukah anda sebenarnya mereka ada pakai mekap kita je yang tak tahu.
Dah kahwin ni baru saya sedar paling kurang pun sapu bedak dengan gincu baru diorang konfiden nak keluar.
Baju tak payah cakap la kalau nak bergambar tak boleh baju sama nanti segan nak up dekat
IG risau orang mengata pakai baju sama.
Ads
Padahal saya sendiri pun tak perasan dia pakai baju lama.
Semua benda ni ambil masa nak siapkan.
Mekap paling kurang pun 30 minit.
Jadi kita kenalah tenang menunggu mereka jangan push nanti rosak mood terus tak seronok nak ambil gambar pun tak lalu.
Saya kira ini masalah kebanyakan orang perempuan agaknya.
Selalu lah puji bila isteri melawa benda bukan senang jika dibandingkan dengan orang lelaki setakat sapu minyak rambut sikit dah kacak gila. Bila bini dah melawa sebenarnya suami lah yang paling beruntung.
Sebabnya tak payah dah terliur tengok perempuan lain.
Tak Perlu Buang Macam Cari Lain
Saya selalu letak benda ni dalam kepala.
Buang masa sebenarnya kalau berkenan kat perempuan lain nanti nak kena mengurat lagi,
nak mengurat pula makan masa banyak, tentu saja kena keluar duit belanja untuk keluar mengurat.
Ads
Bila habis duit dalam poket mula lah rembat duit niaga. Habis duit niaga hidup tak ada kerja.
Bila tak ada kerja duit nak makan pun tak ada. Dah tak dapat makan lama-lama sakit lah pula.
Tak ada duit nak bayar bil ubat akhirnya mati lah kita dibenci anak dan isteri pula.
Dah dapat mengurat nak kena keluar pula belanja untuk kahwin.
Itu kalau nak kahwin lah, kalau taknak satu hal pula nak sembunyikan dari isteri.
Kesimpulannya biarkan saja isteri melawa nanti suami juga yang suka.
Bila tak pandang perempuan lain semestinya isteri yang paling gembira.
Dan bila beliau gembira sudah tentu layan suami macam raja.
Orang perempuan suka melawa, usah dikecam hobi mereka. Jangan perasan untuk lelaki pula, hanya untuk keyakinan diri saja.
Hidup rumahtangga bahagia bersama, jangan diabai perasaan dia.
Sesekali puji isteri kita, biar sentiasa hati nya gembira.
Mingguan Wanita : Siapa lagi nak puji isteri sendiri kalau bukan suami. Bimbang kalau orang lain puji, suami juga yang marah. Betul tak?
Sudah banyak kali terbaca kes suami curang sebab jumpa bekas kekasih, kali ini terkena pada kawan sendiri. Tak sangka sungguh sebab kalau tengok sebelum ini kehidupannya cukup bahagia, malah Allah siap hadiahkan seorang anak buat pengikat kasih sayang.
Namun semuanya berubah sekelip mata selepas suaminya mula jatuh hati pada bekas kekasih zaman sekolah. Yang pelik, bekas kekasihnya itu janda anak dua. Ditakdirkan jadi janda pun sebab suaminya ada perempuan lain. Tergamak pula dia lukakan hati perempuan lain walau rumah tangganya pun roboh sebab orang ketiga!
Bermula Dari Dengar Luahan
Lagi menyakitkan, suaminya mula menjalinkan hubungan dengan perempuan itu selepas tahu dia jadi janda anak dua. Kononnya nak cuba bantu bagi semangat, tup tup diri sendiri ‘lemah semangat’. Lebur sampai akhirnya dia pula rasa nak tolong dengan bagi peluang itu menumpang kasih.
Hmmm… Kasihan. Si isteri langsung tak tahu, sampai lah kantoi sebab ternampak ucapan hari lahir dan luahan hati perempuan itu dalam phone. Gitulah, sembunyi macam mana pun akhirnya isteri tahu juga. Sebab Allah dah bagi satu kelebihan isteri ini ada naluri keenam. Jangan berani-berani nak sembunyi.
Cuba nak selamatkan rumah tangga, yang isteri gigih tanya suami cerita sebenar. Sampai mengaku dibuatnya! Dan bila tanya perempuan tu pula, tak mengaku. Tapi bila hantar balik screenshot ucapan hari lahir yang dia pernah bagi, terus ‘diblock’. Ewaahh… tanpa ucapan maaf, senang saja dia habiskan cerita. Yang si isteri ni susah hati dan TAWAR HATI sebab rasa cintanya dikhianati. Ni nak salahkan siapa?
Salah suami bagi peluang atau salah si perempuan yang bagi ruang?
Rasa Sakit Hati Dan Geram
Ikutkan hati memang geram dengan perangai perempuan yang suka merosakkan rumah tangga orang macam ini, dia tak sedar ke tindakannya salah?
Kita ni, kalau betul nak bahagia… Janganlah sampai curi kebahagiaan orang lain. Ya, betul cinta itu buta. Tetapi cuba berfikir dulu guna otak dan letak diri sendiri dalam kasut orang tu. Seronok ke cipta bahagia sendiri atas kesedihan orang lain?
Haaa… Itu nasihat dan tanya, nak suruh sedar tindakan kita itu salah dan masih boleh dibaiki.
Si Suami Tak Tahu Buat Pilihan
Biasalah, bila cinta menguasai dalam diri, si lelaki yang berstatus ayah dan suami orang langsung tak rasa bersalah. Yang dia nampak, kasihan bekas kekasihnya sudah tiada suami. Habis, sanggup pula nak biarkan isteri sendiri tak ada suami? Kalau niat nak berpoligami sekali pun, mahu ke isteri tu? Cuba fikir dulu sebelum buat keputusan. Tapi sepatutnya, berfikir sebelum dengar luahan perempuan lain. Bila dah dengar masalah perempuan lain, itu yang jadi pintu hati diketuk rasa nak buka pintu bagi orang ketiga masuk!
Berubahlah Sebelum Terlambat
Ingat balik dan sedar diri. Golongan isteri ni walau kerjanya hebat daripada si suami, pendidikannya lagi tinggi berbanding suami, berpangkat tinggi daripada suami, tinggi lagi gaji dari suami, tapi sebab sayang, dia rendahkan semuanya dan nampak setaraf dengan suaminya. Langsung tak kisah bantu kewangan ekonomi rumah tangga, sebabnya sayang!
Itu pun masih ada hati nak cari yang baru?
Ya, sebenarnya tak salah kalau nak berpoligami tapi biarlah kena caranya. Perempuan, kalau nak suami orang tolonglah jujur. Dan lelaki kalau ada hati nak kahwin dua, terus terang dengan isteri. Bawa berbincang. Jangan sampai isteri rasa tertipu yang akhirnya rasa tak sanggup nak teruskan hubungan sebagai suami isteri. Itu lagi bahaya, sebab kesannya si anak lah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada sesetengah orang, musim raya inilah dia ambil peluang untuk kenalkan pasangan kepada keluarga. Dan waktu rayalah banyak keputusan dalam perhubungan dibuat. Mula bincang bila nak bertunang, nikah dan sebagainya.
Tetapi walau ramai ‘jodoh’ yang lalu depan mata, bukan senang nak cari yang betul-betul boleh buat calon hidup semati. Jadi kalau nak mudah, tip cari jodoh oleh saudara Emran Ahmad ini mungkin sangat membantu anda untuk membuat pilihan. Paling penting, jodoh itu bukan dilihat pada kecantikan saja ya. Nah, jemput baca dulu…
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik.”
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Sebab nak mencari wanita solehah tentulah berada dalam kelompok yang bijak memelihara kecantikannya untuk suaminya sahaja, pandai menjaga harta dan keturunannya. Jadi, sudah tentu ciri-ciri tersebut ada pada wanita yang beragama.
Musim Raya Sesuai Mencari Jodoh
Sebahagian ulama berpendapat sunnah menikah dalam bulan Syawal kerana terdapat hadith riwayat Aisyah RA (wafat 57 H) bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bernikah dalam bulan Syawal dan Aisyah RA sendiri suka untuk menikahkan orang dalam bulan Syawal.
Secara teorinya hari Raya dan musim cuti raya adalah sangat sesuai untuk mencari jodoh dan pasangan. Ini kerana pada masa inilah anak-anak bujang akan balik kampung bertemu ibubapa dan segala stok jantan geng bujang dan anak dara akan mudah kelihatan di kawasan perumahan setelah keluar daripada persembunyian dan ‘gua hibernasi’ mereka.
Ini Jenis Jodoh Yang Baik
Pesanan saya, cari pasangan jangan hanya melihat yang lawa dan cantik sahaja tetapi hendaklah dicari yang rajin dan ringan tulang membantu keluarga.
Biasanya ‘jenis’ ini duduk di dapur mencuci pinggan dan membantu mak menyiapkan hidangan bukan yang jenis merayap ke pasaraya menayang baju kebaya dan seluar baju raya.
Kalau lelaki tu, buat-buatlah nak cuci tangan untuk melihat siapa yang di dapur bertungkus lumus menyiapkan hidangan. Kalau perempuan macam biasa buat-buat singgah solat di masjid untuk melihat siapa lelaki yang masih jaga solat berjamaah walaupun Ramadhan sudah berakhir.
Ingat, lawa muka boleh di ‘touch up’, gemuk boleh kurus, miskin boleh jadi kaya tetapi iman dalam dada belum tentu mampu dibina walau tinggi pengetahuan agama!
Haaa… dah nampak siapa calonnya? Tapi harus diingat, wanita yang baik dan beragama ini pula sudah tentukan Allah SWT sediakan hanya untuk gerangan lelaki yang baik juga. Sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pemakanan Si Manja tak boleh dipandang ringan. Apatah lagi tumbesaran kanak-kanak berkait rapat dengan pengambilan makanan seimbang bersesuaian dengan setiap peringkat usia.
Justeru, mak ayah perlu bijak memilih makanan tepat untuk membantu tumbesaran Si Manja dengan sihat dan selamat. Sebaik usia Si Manja mencecah 6 bulan, ibu boleh memperkenalkan makanan pejal misalnya bubur nasi kosong atau puri sayur-sayuran.
Menurut pakar, pada usia ini juga, penyimpanan semulajadi zat besi Si Manja mulai berkurang. Sebab itulah digalakkan memberi makanan kaya dengan zat besi seperti bijirin bayi yang diperkaya dengan zat besi sebagai makanan pertama Si Manja.
Saranan Pemakanan Berkhasiat Yang Sesuai Untuk Si Manja Anda Di Rumah
Berikan Si Manja anda makanan yang lembut teksturnya, malah dikisar lumat. Agar Si Manja menikmati pengalaman makan kali pertamanya.
Misalnya, buah yang dilumat dan dilembutkan, sayuran yang dimasak, ditapis, dikisar halus. Boleh juga berikan makanan kaya protein seperti ikan yang dilumat halus.
Mak boleh menambah variasi pada diet Si Manja seperti daging dan ayam yang dicincang halus bila kebolehan menggigit dan mengunyahnya semakin meningkat.
Penting untuk mak ayah mengambil perhatian pada diet harian Si Manja.
Pilihlah makanan semula jadi yang dapat merangsang kecerdasan otak Si Manja sebaik mereka diperkenalkan dengan makanan pejal. Antaranya,
Ikan : Saranan pakar mak pilihlah ikan mengandungi asid lemak bermanfaat seperti salmon. Ia sumber baik DHA.
Telur : Murah dan senang didapati, malah berkhasiat. Ianya sumber protein. Kuning telur mengandungi kolina yang berkhasiat membantu perkembangan otak. Boleh jadikan rutin sarapan dan makan malam.
Sayuran berwarna : Tomato, bayam dan labu antara makanan kaya antipengoksidanya. Semakin segar dan cerah warna sayuran, semakin tinggi kandungan antipengoksidanya.
Pisang : Pilihan makanan popular bayi ini mempunyai vitamin A, C dan folat. Mineral yang terkandung di dalamnya adalah kalium, selenium, magnesium dan kalsium.
Seperti yang lain, bayi yang berusia 6 bulan juga memerlukan nutrisi protein, lemak, karbohidrat malah vitamin A,D,E,K,B dan C serta mineral dalam tumbesaran mereka.
Ini yang mak ayah kena tahu. Semasa membeli makanan di pasaran, lihat pada bungkusan atau bekas makanan bayi yang dilabelkan mengikut tahap pertumbuhan anak anda.
Jika mencari makanan pertama, carilah makanan pejal Si Manja ikut peringkat usia yang tertera pada produk. Misalnya, untuk Si Manja 6 bulan ke atas, 8 bulan ke atas dan 12 bulan ke atas, dimana kandungan makanan bijirin ini sesuai bagi usia mereka.
Ketika memilih bijirin bayi yang bagus dan berkualiti tinggi, mak ayah perlu lihat akan hal ini. Pilihlah bijirin bayi yang dirumus khas dengan nutrien penting yang diperlukan oleh Si Manja anda. Tekstur bijirin bayi pula perlu lebih halus untuk memudahkan penghadaman perut Si Manja setiap kali menikmati hidangan.
Bijirin bayi CERELAC bukan saja berkhasiat malah mengandungi bahan-bahan yang mematuhi garis panduan Gred Bayi Nestlé.
Jadi, jika mak ayah nak cari makanan pejal pertama yang boleh dipercayai dan sesuai untuk bayi anda, cubalah CERELAC hari ini!.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...