Isteri Shopping Sakan Suami Pula Berpeluh Hoping

Share

Bila bercerita tentang shopping, jiwa wanita akan hidup, matanya bersinar, semangatnya membara dan tenaganya bertambah. Penat macam mana pun, jika diajak membeli belah, terus hilang rasa penat yang dihadapinya itu.

Membeli belah bukan hanya sibuk membeli tetapi pada masa yang sama mengeratkan silaturahim, legakan tekanan malah melengkapkan keperluan rumah. Itulah kenyataan yang biasa diberikan oleh wanita tetapi ada sesetengah kegilaan dalam membeli belah ini hingga ada tahapnya boleh dikategorikan sebagai compulsive buying disorder (CBD).

CBD adalah satu keadaan di mana keinginan untuk membeli belah tidak hanya atas faktor hobi atau bersosial mahu pun atas keperluan tetapi telah menjangkau kepada kecelaruan fikiran sekiranya dia tidak berbelanja, rasa tidak tenang dan tidak lengkap hidupnya jika dia tidak berbelanja. Ini adalah salah satu penyakit mental dan perlu dirawat. Mohd Shariman Che Deris, Professional Learning Fasilitator (mastery) @ Ketua Pembelajaran Excite Learning Consultancy mengula lebih lanjut tentang topik ini.

Gila Shopping

Berbincang tentang wanita atau isteri yang suka shopping ini, ada yang berkata,
sesetengahnya akan reda sejajar dengan meningkatnya usia, ada juga yang kekal berterusan gila shopping sehingga usia meningkat. Keinginan untuk meletakkan nilai diri setanding dengan status kewangan dan personaliti akan mendorong mereka untuk kekal berkecimpung dalam aktiviti membeli belah ini.

Tidak kira apa tujuannya sekalipun, wanita akan rasa puas dan seronok bila shopping.
Bagaimana dengan si suami?

Berapa ramai suami akan turut bersama dengan isteri bila shopping?
Berapa ramai pula lelaki akan ikut sama berbincang dan memberi pandangan dalam setiap belian si isteri?

Ataupun berapa ramai si suami yang akan hanya duduk di kerusi atau kekal menunggu di kereta atau mungkin menawarkan diri melayan anak-anak sementara isteri meriah dengan jiwa shoppingnya? Kenapa pula begitu?

Ini yang kita katakan sebagai isteri shopping sakan suami berpeluh hoping.
Bila difikirkan kembali tidak perlu dibimbangkan sangat soal isteri yang suka shopping ini, ia satu kepuasan buat si isteri, berikan saja ruang ini ye wahai si suami.

Senarai Keperluan

Kaedah yang paling mudah adalah dengan menyediakan senarai keperluan dan shopping hanya berdasarkan senarai sahaja. Disiplin perlu sangat tinggi, tanpa disiplin senarai akan hanya tinggal senarai, nafsu akan kembali menguasai.
Kawal diri melalui bajet dan tentukan sebelum membeli, tanyakan dengan diri sendiri. ‘Adakah aku perlukan ini dan jika benar aku perlukan, untuk tujuan apa? Ini kita namakan sebagai self coaching.

Senyum lebar si suami bila baca ni, dalam hati berkata

‘syukur isteri aku mampu untuk kawal diri dalam berbelanja, selamat poket’..Haip, ini tidak bermaksud si suami kedekut atau kemut nak berbelanja ye, husnuzon sahaja. Si suami mahu berbelanja hanya kepada barang keperluan.

Suami Main Peranan

Membeli ikut kehendak ikut rasa dan nafsu bukannya ikut keperluan. Suami perlu memainkan peranan yang sangat besar di sini.

Bercakap-cakaplah dengan isteri, bukannya menghalang secara total namun cuba fahamkan si isteri tentang soal shopping untuk keperluan atau shopping ikut rasa.

Si suami perlu rasionalkan isteri dengan kelembutan bukan dengan kata putus. “Kita tidak perlukan meja baru, tidak perlu beli” Kawal hobi shopping isteri dengan cara
merasionalkannya bukan menghukum dan memutuskan keputusan tanpa tolak ansur.
Belai jiwanya agar si isteri mudah menerima bahawa shopping ini perlu berpada-pada dan perlu dikawal. Tidakkah ini juga yang diharapkan oleh si suami? Hoping isterinya mengawal naluri shopping.

Jangan Jadi Alasan

Sama ada si isteri ni membeli untuk dirinya ataupun mungkin juga untuk anak-anak dan suami atas tiket keluarga, naluri shopping ini perlu dikawal, perlu dibatasi. Tidak boleh kita jadikan alasan keluarga untuk memenuhi keinginan ke pusat membeli belah. Impaknya tetap sama. Derita lebih banyak daripada bahagianya.

Ye, si suami akan sangat-sangat mengharapkan, hoping isterinya tidaklah lama shopping, mengharapkan isterinya tidaklah banyak berbelanja, hoping yang isterinya membeli hanya barang keperluan.

Ada waktunya si suami akan silent protes, dengan cara tidak terlibat ketika isteri shopping, mereka menjauhkan diri dan mereka menyibukkan diri dengan macam-macam perkara lain.

“Sayang shopping la ye, abang penat sangat nak tidur jap dalam kereta”
“Takpe, abah kat luar je jaga budak-budak. Sayang shopping la ye tetapi tak mahu lama-lama tau, bimbang nanti jalan jem masa kita nak balik.”

Suami cuba melarikan diri dengan memberi signal awal kepada isterinya tentang harapan si suami yang mungkin ada ramai yang belum sedar akan kewujudan signal-signal ini.

Suami akan beri signal, isteri perlu mentafsirkannya sebaik mungkin dan jangan sesekali diabaikan. Kadang-kadang kita tidak sedar akan signal ini menyebabkan si suami akan terus mengharapkan, berpeluh-peluh hoping isterinya faham.

Pandang dan kenali signal daripada si suami ini, kita tidak mahu dek kerana keinginan untuk shopping menjejaskan pula hubungan dengan suami, merosakkan pula keharmonian rumah tangga.

Langkah Terbaik

Jadi, apakah langkah yang terbaik? Yup, tentu saja kita mengawal keinginan yang tidak perlu ini, si suami mengharapkan isterinya tidaklah terlalu berkeinginan untuk berbelanja, mengharapkan isterinya untuk lebih berhemah dan berjimat cermat.

Si isteri pula tentu saja inginkan keharmonian rumah tangga, maklum sahaja si isteri
shopping pun untuk kelihatan cantik di mata suami, untuk memenuhi keperluan keluarga.

Jadi, saling menerima dan bertolak ansur, cari di mana titik persamaan. Jangan terus
mengatakan tidak kepada naluri isteri dan tidaklah harmoni untuk si isteri terus melayan naluri shopping yang akhirnya akan menjejaskan nilai kasih sayang dalam keluarga dengan beban hutang dan perbelanjaan yang tidak perlu.

Bersabar dan bertenanglah isteri ketika berkeinginan untuk shopping kerana inilah apa yang diharapkan, hoping oleh suami anda.

Published by
Nora