Wanita mana yang tidak suka berhias seperti bersolek atau mengenakan barangan kemas? Tambahan lagi, barangan kemas tersebut hadiah daripada suami tercinta. Pasti si isteri begitu seronok, teruja dan berasa sangat bertuah.
Peranan wanita masa kini sangat besar terutama dalam menggalas tanggungjawab sebagai ibu. Tanpa menghiraukan kepenatan dirasai, kesedihan dialami dan keperitan dihadapi, wanita tetap utuh berdiri menjalankan tugasnya dalam memastikan kelengkapan suami terjaga dan cahaya mata dapat membesar dengan sempurna.
Jadi golongan suami bolehlah gunakan pelbagai cara untuk membahagiakan isteri. Pastinya isteri akan rasa dihargai. Atas rasa kecintaan dan ingin membahagiakan isteri tersayang, tak salah jika suami mengumpul duit untuk menghadiakan barangan kemas sebagai hadiah buat isteri.
Pastinya golongan wanita yang juga mak-mak akan terkesima. Seronoknya memang lain macam. Tapi lebih mengujakan lagi bila suami pula yang hadiahkan emas yang tak disangka-sangka. Bukan tak boleh beli sendiri tapi rasanya lebih bermakna bila suami yang belikan.
Sememangnya tidak ada salahnya suami hadiahkan isteri barang kemas, tentunya isteri akan rasa begitu terharu.
Tak kisahlah rantai leher atau tangan seperti design Lipan, Gajah, (klasik) atau Anggur, Jagung, (moden) atau sesimple Design Biji sawi, dan sebagainya asalkan ianya hadiah ikhlas daripada suami tercinta.
Hadiah yang diberikan ini sebagai tanda kasih dan penghargaan buat isteri yang banyak berkorban untuk keluarga.
Namun isteri fahamilah ya, ikutlah pada kemampuan suami anda. Jangan sampai terbeban dan berhutang demi beli emas. Jika suami masih belum mampu, doakanlah semoga dipermudahkan rezeki.
Wahai suami pasangkanlah niat dan belajarlah menghargai isteri. Manjakanlah isteri InsyaAllah akan dimurahkan rezeki.
Beri layanan sebaik mungkin. Jika mampu, belikan emas untuknya sebagai tanda kasih padanya. InsyaAllah rezeki datang mencurah-curah.
Sebenarnya bukanlah emas dan permata yang didambakan isteri namun tidak salah seorang suami berikan walaupun seutas sebagai tanda kasih sayang atas segala pengorbanannya.
Bukan sahaja isteri malah jangan dilupakan pada ibu yang tersayang. Ibu merupakan insan yang sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak-anak, penat lelah ditolak ke tepi. Pastinya hadiah barang kemas akan buatkan ibu berasa sangat teruja dan disayangi selalu.
Bawalah insan tersayang singgah di Yana Sofia Gold. Bolehlah cuci mata dan melihat koleksi barangan kemas, Emas 916 dengan pelbagai jenis reka bentuk klasik, moden, mewah dan pelbagai design eksklusif Italian Design. Anda juga boleh memilih Cincin Permata 916 dan cincin perak untuk lelaki. Dengan bajet RM300 pun dah boleh memiliki sebentuk cincin!
Bukan itu saja malah bakal mempelai juga bolehlah memilih Set Cincin Tunang dan Nikah. Yana Sofia Gold kini manawarkan diskaun 45% untuk Cincin Permata 916!
Nak tahu? Yana Sofia Gold juga menawarkan Emas Preloved Tanpa Upah. Malah disini jua, terdapat perkhidmatan membeli emas terpakai dan barang kemas lama (elok atau rosak) dengan harga yang sangat berbaloi.
Para isteri tersayang, share kan artikel ini dengan suami tercinta mana tahu suami pun kadang-kadang sibuk lupa akan detik-detik manis begini.
Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah layari akaun sosial media Yana Sofia Gold;
FB : https://www.facebook.com/yanasofiagold/
IG: https://www.instagram.com/yanasofiagold/
Tik Tok: https://www.tiktok.com/@yanasofiagold
Telegram: https://t.me/yanasofiagoldsky
Atau hubungi 019-6150583