Dah banyak kali juga jumpa suami marah isteri depan anak-anak, lagi teruk ada yang jenis makan kat kedai makan pun dia sanggup tengking isteri depan rezeki.
Allah… sedih tengok keadaan isteri yang sebak tahan malu. Sebenarnya apa kepuasan yang si lelaki dapat bila marah perempuan depan orang ramai ya?
Nak tegur pun takut dikatakan sibuk jaga tepi kain orang, tetapi kalau dibiarkan memang malanglah nasib isteri itu.
Nah, buat kaum lelaki yang susah sangat nak kawal amarah, jemput baca pandangan daripada sudut seorang lelaki sendiri, saudara Firdaus Shakirin.
Suami Marah Isteri Depan Anak Dan Orang Ramai
“Itu pun awak tak tahu buat? Berapa kali dah saya ajar? Lembab betul.”
Jangan marah, hina, maki isteri depan anak-anak, depan keluarga, atau pun depan orang ramai.
Tidak sepatutnya seorang suami menzahirkan ucapan caci-maki, hinaan kepada isteri sedemikian rupa sekalipun walaupun disebabkan marah.
Seorang suami itu hendaklah sentiasa menunjukkan kasih-sayang kepada keluarganya di samping menunjukkan akhlak yang baik kepada mereka.
Suami itu contoh kepada isteri, contoh kepada anak-anak.
Kalau kita nak tegur kesalahan isteri atau nak marah isteri depan anak-anak, sebaik mana pun niat kita tu, walau utk memperbetulkan apa yang silap, apa yang salah sekalipun, anak-anak tetap akan belajar dari situ…dari apa yang dia nampak.
Niat baik, tapi kesannya tetap buruk.
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya selalu kena marah, selalu kena maki, selalu kena hina. Tak mustahil satu hari nanti, dia akan ‘ambik alih’ tempat ayahnya dan mula memarahi ibunya, bercakap kasar dgn ibunya… dia tak hormat ibunya sama seperti ayahnya yang tak menghormati ibunya.
Anak-anak akan hilang hormat.
Bila isteri kita suruh dia kemas mainan, bila isteri kita suruh dia pergi mandi, bila isteri kita suruh dia buat keje sekolah, dia buat tak tahu sebab dia tak takut kepada ibunya dan dia anggap ibunya itu “tiada apa-apa” disebabkan ibunya selalu dimarahi ayahnya.
Dia buat “bodoh”.
Bawa Bincang Elok-elok Dan Tegur Di Rumah
Kalau nampak isteri buat silap, ada yang tak kena, panggil isteri, tarik isteri pergi tempat atau ruang yang anak-anak tak nampak, cakap pelan-pelan, cakap baik-baik,
“Awak buat tak betul tu, Awak buat silap, Kena buat macam ni”
Jangan terus menengking, menjerit depan anak-anak depan keluarga or adik beradik yang lain. Di tempat awam dan sebagainya, jangan sesekali memarahi isteri ditempat sedemikian. Tegur perlahan-lahan dan jika perlukan tindakan yang segera, sila memperbetulkan kesilapan isteri itu tanpa perlu mengeluarkan apa-apa suara. If can be done at home, balik umah sendiri, dalam bilik sendiri, baru nyatakan kesalahan isteri dan apa yang boleh diperbetulkannya.
Cuba Letakkan Diri Sendiri Di Tempatnya
Kita sendiri pun tak suka orang marah kita depan-depan, sama juga untuk isteri. Air muka dia, maruah dia, adalah di bawah tanggung jawab kita.
Jadi pelihara, bukan menjatuhkannya. Nampak macam tak ada apa sangat kan, but trust me, isteri sangat-sangat terkesan bila suaminya memarahinya di depan anak-anak atau pun di depan orang ramai.
Dia akan rasa seolah-olah dia tu “useless”.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI