ISTERI Sekarang Sanggup Ditinggalkan Tanpa NAFKAH, Demi Anak, Harapkan SUAMI Berubah

Share
Segelintir isteri zaman sekarang sanggup ditinggalkan tanpa nafkah zahir dan batin daripada suami demi anak-anak serta mengharapkan suami berubah.
Bukan tidak mahu diselesaikan secara baik tetapi kadang-kadang keadaan mendesak mak-mak redha dengan situasi begitu. Namun sebenarnya ada jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini demi kebahagian mak-mak dan juga anak-anak.
Ikuti  perkongsian peguam syarie, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli dan cuba ikuti saranannya.

𝗚𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗸 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝗹𝗶 𝗔𝗽𝗮 N𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁???

Gantung tak bertali bermaksud ditinggalkan suami tanpa nafkah zahir dan batin. Sama ada benar-benar ditinggalkan secara tersirat mahupun tersurat.
Gantung tak bertali ini sebenarnya hebat kalau dari sudut praktikal seharian sebab boleh gantung barang tanpa guna tali.
Tapi kalau dalam perkahwinan, gantung tak bertali ini laknat sebab bertindak kejam pada isteri dan anak-anak.

Isteri Sanggup Ditinggalkan Tanpa Nafkah

Ramai para isteri hari ini yang sanggup digantung tak bertali oleh suami sebab fikir anak-anak dan mengharapkan si suami berubah. Insyallah syurga buatmu duhai isteri.
Insyallah syurga juga buat isteri yang memilih untuk lepaskan diri dari digantung tak bertali oleh suami sendiri. Kerana menolak kemudharatan yang lebih besar adalah jauh lebih baik daripada terpaksa akur dan redha demi kebahagiaan orang lain.

Jika Ditinggalkan Tanpa Nafkah, Lakukan Perkara Ini

Jika berlaku keadaan ini pada anda. Apa yang boleh anda lakukan? Atau apa yang boleh dibuat??? Mari saya tunjuk.
Jika tanpa nafkah zahir dan batin, anda boleh failkan tuntutan nafkah diri/ nafkah isteri tanpa perlu kepada perceraian.
Anda juga boleh failkan tuntutan nafkah tertunggak.
Anda juga boleh failkan salah satu dari jenis Pembubaran Perkahwinan mengikut keadaan sesebuah kes.
Macam mana hendak fail dan membuat tuntutan di atas itu???
Macam biasa, pergi ke Mahkamah Rendah Syariah di tempat maustatin anda, atau dapatkan khidmat nasihat dari mana-mana peguam syarie yang bertauliah.
Nak lagi mudah dan tepat, sebaiknya lantik peguam syarie di sektor swasta jika berkemampuan. Jika tidak, jangan risau, peguam di sektor kerajaan juga ada untuk dilantik mengikut kelayakkan tertentu yang ditetapkan. (Ini boleh rujuk JBG)
MW: Tak mudah hidup ditinggalkan suami, namun adalah lebih baik bercerai jika mak-mak terpaksa menanggung segalanya. Suami hanya sekadar nama, tanggungjawab langsung diabaikan. Fikirkan yang terbaik untuk kebahagiaan diri sendiri dan juga anak-anak.
Published by
Syazwani Mehat