Kekeluargaan

Isteri Sedih Dianggap Rosak Bersalin Czer, Dr Say ‘Sekolahkan’ Suami, “Tak Kisah Bersalin Cara Apa Pun, Patut Diraikan”

Share

Isteri sedih dianggap rosak bersalin czer, Dr Say ‘sekolahkan’ suami, “Tak kisah bersalin cara apa pun, patut diraikan.” Tular beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp dimuat naik memaparkan seoarang suami memarahi isterinya dengan menyifatkan ‘sudah rosak’ kerana tidak bersalin secara normal.

Isteri Sedih Dianggap Rosak Bersalin Czer, Dr Say ‘Sekolahkan’ Suami, “Tak Kisah Bersalin Cara Apa Pun, Patut Diraikan”

Menerusi TikTok, pemilik akaun yang dikenali sebagai @flowertersakiti berkongsi kisah sedih apabila suami memarahinya kerana bersalin kaedah pembedahan atau caesarean (czer).

Keluar dari bilik pembedahan, dalam keadaan bius lagi, tanya ‘nurse’ nak telefon dulu. Buka je ‘chat’ kena maki sebab ’emergency czer’?

Hari sama juga saya pujuk dia elok-elok, semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk bilik pembedahan sendiri tanpa kehadiran dia.

Semua ini dah berlalu namun masih sakit.

Si suami juga difahamkan tidak menemani isterinya di dalam wad bersalin juga meminta wanita itu untuk tidak menghubunginya lagi.

Tak nak I dapat isteri rosak, baik I kahwin dengan orang lain ja.

Umur macam ini nak lahir guna kaedah pembedahan apanya, tak naklah hidup lagi dengan you.

@flowertersakiti

Kisah wanita ini bukan sahaja mendatangkan kemarahan warga maya tetapi termasuk juga Dr Say. Berikut hantaran yang dikongsikan oleh Dr Say menerusi akaun TikToknya.

Badan Rosak Sebab Bersalin Ikut Tingkap

SAYA INGAT KISAH BERSALIN IKUT TINGKAP INI SUDAH SETEL TIBA-TIBA ADA JUGA POLAN-POLAN YANG MEMANDANG HINA BERSALIN CAESAR INI EH? SIAP UGUT NAK KAWIN LAIN SEBAB KATANYA ISTERINYA “DAH ROSAK”.

KALAU KORANG DAPAT LAKI MACAM NI APA KORANG BUAT EH? KE MASIH RAMAI LAKI LUAR SANA ANGGAP BERSALIN IKUT TINGKAP NI TAK MULIA? SHARE SIKIT PENGALAMAN KORANG PEEPS. MASIH KURANG EDUCATION KE PASAL TOPIK BERSALIN IKUT PEMBEDAHAN INI?

Pembedahan caesarean bukanlah penyebab kepada badan menjadi rosak, tetapi ia adalah satu prosedur perubatan yang penting dan menyelamatkan nyawa dalam situasi tertentu. Mitos bahawa badan akan rosak akibat pembedahan caesarean adalah tidak berasas dan boleh menimbulkan ketakutan yang tidak perlu dalam kalangan wanita.

Dengan pemahaman yang betul, penjagaan selepas bersalin yang baik, dan sokongan daripada pakar perubatan, kebanyakan wanita boleh pulih dengan baik dan kembali kepada kehidupan normal mereka selepas pembedahan caesarean. Ibu bapa perlu membuat keputusan berdasarkan nasihat perubatan yang tepat dan bukan berdasarkan mitos atau tanggapan yang salah.

Sumber: Instagram Dr Say TikTok @flowertersakiti

Baca artikel lain juga: Dua Maid Dr Say Kantoi Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah, Saya Bagi Kelonggaran, Ini Yang Saya Dapat

4 Kali Czer Pun Sangat Berisiko Apatah 8, Pakar Perunding O&G Ulas Kematian Ibu Muda Bersalin 11 Kali

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN