Isteri ini, Nurasmieyra Ismail berkongsi gambar suaminya yang sakit terlantar di hospital. Suaminya itu didiagnos mengalami jangkitan kuman di selaput otak.
Sejak Ramadan lalu sehingga ke hari ini, keadaannya masih terlantar begitu. Paling menyentuh hati apabila dirinya kini sedang sarat hamilkan anak ketiga.
Lebih sebak, bila mana Syawal yang lalu ibu ini tak dapat nak sambut raya pun dengan kedua anaknya, Ahmad Aideel Mikhail, 3 dan Nur Dhuha Mikayla, 1 tahun. Memandangkan ibunya perlu menjaga ayahnya itu di hospital.
Kongsinya di dalam grup Kami Suri Rumah pada 18 Mei lalu,
Salam suri-suri. Di sini, saya tak ada kisah-kisah menarik nak dikongsi. Tak ada khabar gembira nak disampaikan. Malah, tak ada gambar raya, takde gambar beli barang-barang kemas, tak ada satu cerita pun yang menghiburkan suri-suri semua.
Yang ada, gambar suami terlantar sakit. Sayu, pilu, sedih yang tak dapat saya nak rungkaikan.
Tak sedar diri sejak 2 Mei 2021. Dari Ramadhan sampai Hari Raya Aidilfitri, beginilah keadaan dia. Waktu hari jadi anak yang baru masuk 1 tahun sampai la Hari Anniversary kami yang kelima pun beginilah keadaan dia.
Dia diagnos Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak). Tiga hari lepas dia jalani pembedahan usus (appendix pecah). Masa tu dah start tak stabil, tak de respons apa-apa. Keluar masuk ICU.
Kalau die sedar pun, kejap je. Buka mata tapi dia tak kenal siapa-siapa. Dia tak kenal saya, tak kenal anak-anak dia. Tak ingat pun dengan keadaan saya tengah sarat mengandung anak dia.
Bila jadi camni, sekelip mata saya jadi ralat. Automatik saya yang galas tanggungjawab die. Makan minum pakai ank-anak, check up baby. Ulang alik hospital. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan tu.
Tapi sedikit sebanyak memang buat saya down, stress.
Sebagai suri rumah sepenuh masa, kadang-kadang terfikir juga nak cari kerja memandangkan suami sakit terlantar camtu. Tapi, anak-anak pun kecik lagi.
Takut terabai mereka.
Mohon doa-doa dari kalian, doakan kesembuhan buat suami saya Ahmad Shahdan Mustafa agar diberi syifa’ dan sembuh sehat sperti biasa. Doa-doa suri semua sungguh mahal buat kami.
Ujian buat kami anak beranak, insyaAllah masih kuat.
Doakan ya.
Perkongsian ibu ini mendapat maklum balas dan kiriman doa daripada kalangan suri yang lain di grup berkenaan. Malah, ada yang bersimpati dan mahu berkongsi rezeki dengan ibu yang diuji ini.
Jika anda pun mahu memanjangkan sedekah bolehlah rujuk nombor akaun pada gambar di bawah ya.
Tunaikan apa anak isteri inginkan, balasannya berlipat ganda dari nilai dikeluarkan.
MW : Semoga Allah memudahkan urusan ibu ini dan diberi kesembuhan pada suaminya.
Sumber/Foto : Nurasmieyra Ismail
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW