Isteri sarat mengandung 8 bulan meninggal, penantian 4 tahun suami tunggu zuriat berakhir duka. Tiada apa yang lebih menggembirakan pasangan suami isteri bila dikurniakan anak. Namun tidak semua berita gembira itu berakhir dengan kebahagiaan kerana Allah sudah mentakdirkan sesuatu yang lebih indah di syurga.
Penantian seorang suami, Muhammad Hafizul Mazlan, 30 yang menantikan cahayamata selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga berakhir duka bila mana isterinya, Nor Ezaty Abdul Latif, 26, yang sarat mengandung terlebih dahulu meninggalkan akibat sesak nafas. Lebih menyedihkan anak syurga mereka turut mengikut jejak langkah menemani ibunya di syurga Allah.
Video kisah duka pasangan ini dikongsikan di akaun TikTok dan Facebook Mr Wancai Official yang memaklumkan jenazah Nor Ezaty diuruskan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) HQ, kelmarin.
Nor Ezaty meninggal dunia kerana sesak nafas dan dijangka melahirkan anak sulung pada bulan depan.
Di fbnya, pengendali jenazah secara percuma ini, berkongsi video sedih saat suami kepada arwah mencium wajah isterinya buat kali terakhir. Lebih menyedihkan, anak mereka turut sama bermain di taman syurga mengikut jejak ibunya.
Video berkenaan membuatkan ramai bersedih di mana Hafizul ditenangkan oleh ahli keluarganya. Turut sama kelihatan Hafizul mendukung serta mengucup bayinya buat kali terakhir yang membuatkan netizen sebak dan merasai kesedihan lelaki itu yang kehilangan dua insan tersayang secara serentak.
Berkongsi cerita mengenai pengurusan jenazah dua beranak ini, Wan Cai memaklumkan sepanjang pengurusan jenazah dilakukan, pasukannya diharungi perasaan hiba.
“Kami dihubungi sepupu arwah meminta bantuan. Semua urusan pengurusan dan pengebumian jenazah dua beranak terbabit di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor pada Selasa diuruskan mereka sepenuhnya.
Bagai mengerti kesedihan dialami, bumi turut menurunkan hujan ketika jenazah dua beranak ini diturunkan ke liang lahat.Arwah seorang yang sangat baik dan bekerja sebagai kerani.
“Saya dimaklumkan arwah ada mengadu kepada suaminya dia tidak sihat dan ketika di rumah sewa mereka arwah baring sebelum tiba-tiba sesak nafas. Suaminya menghubungi jiran dan sepupunya sebelum sepupunya menghubungi ambulans yang kemudiannya mengesahkan Nor Ezaty sudah tiada.
“Mereka kemudian membawa arwah ke hospital (Hospital Klang) untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya dan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi perempuan itu (namun bayi tidak dapat diselamatkan),” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 51 Tahun Berkahwin Tak Pernah Berjauhan, Ajal Suami Isteri Meninggal Dunia Bersama Ketika Tidur!
Takdir Ajal Bersama Sehidup Semati, Suami Isteri Meninggal Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi
Pasangan Sehidup Semati, Isteri Meninggal Hanya 34 Minit Selepas Suami Dijemput Ilahi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Semoga Shila tabah harungi dugaan bersama adik beradik. Shila sememangnya wanita kuat dan dari kecil sudah bekerja untuk keluarga tersayang. Besar pengorbanan anak perempuan ND Lala ni.