Isteri sanggup derma hati buat suami. Kasih sayang seorang isteri sukar dipertikaikan apatah lagi sanggup berkongsi derita dengan pasangan dan sama-sama menanggung kesakitan.
Begitulah yang dilakukan oleh isteri kepada penyanyi Tia Jinbara yang juga merangkap pengurus artis tersebut yang Bernama Suzan Ahmad.
Wanita itu sanggup menjadi penderma hati buat suaminya yang kini disahkan menghidap barah hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Isteri Tia yang juga seorang bekas wartawan hiburan menerangkan bagi menampung kos tersebut, Tia memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM250,000.
Pembedahan tersebut akan dilakukan di Medanta, India.
“Alhamdulillah, hati saya sesuai untuk didermakan kepada suami yang kini menghadapi ujian kesihatan apabila disahkan menghidap barah hati.
“Demi kasih sayang dan cinta kami yang dikurniakan Allah, sebagai isteri saya sedia mendermakan hati untuk melihat suami kembali sihat seperti dulu dan saya juga akan terus memberi sokongan semangat kepadanya.
“Cuma, saya mohon bantuan sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk mengumpulkan kos pembedahan pemindahan hati yang kami perlukan dengan keadaan segera sebanyak RM250,000,” kongsi Suzan.
Suzan juga menyatakan kos pembedahan yang besar itu memerlukan dia memohon sumbangan.
“Dengan ikhlas bantulah kami sekeluarga agar saya dan suami dapat menjalani pembedahan ini yang akan dilakukan di Medanta, India dengan secepat mungkin.
“Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap penderma yang membantu,” katanya.
Bagi anda yang mahu membantu bolehlah menderma menerusi Maybank, 114123682233 (Suzan Ahmad).
Baca Disini : Berbulan Sakit Kepala Gadis Ini Disahkan Barah Otak, Keluarga Kaya Enggan Pula Membantu
Menarik Lagi : “Selama Isteri Sakit, Saya Tidak Pernah Meninggalkannya,” 2 Bulan Suami ‘Berkampung’ Di Hospital
Sumber : Harian Metro
Sumber Gambar: IInstagram Tia Jinbara
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.