Isteri sanggup derma hati buat suami. Kasih sayang seorang isteri sukar dipertikaikan apatah lagi sanggup berkongsi derita dengan pasangan dan sama-sama menanggung kesakitan.
Begitulah yang dilakukan oleh isteri kepada penyanyi Tia Jinbara yang juga merangkap pengurus artis tersebut yang Bernama Suzan Ahmad.
Wanita itu sanggup menjadi penderma hati buat suaminya yang kini disahkan menghidap barah hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Isteri Sanggup Derma Hati Buat Suami
Isteri Tia yang juga seorang bekas wartawan hiburan menerangkan bagi menampung kos tersebut, Tia memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM250,000.
Pembedahan tersebut akan dilakukan di Medanta, India.
“Alhamdulillah, hati saya sesuai untuk didermakan kepada suami yang kini menghadapi ujian kesihatan apabila disahkan menghidap barah hati.
“Demi kasih sayang dan cinta kami yang dikurniakan Allah, sebagai isteri saya sedia mendermakan hati untuk melihat suami kembali sihat seperti dulu dan saya juga akan terus memberi sokongan semangat kepadanya.
“Cuma, saya mohon bantuan sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk mengumpulkan kos pembedahan pemindahan hati yang kami perlukan dengan keadaan segera sebanyak RM250,000,” kongsi Suzan.
Ads
Doakan Kesembuhan Tia
Suzan juga menyatakan kos pembedahan yang besar itu memerlukan dia memohon sumbangan.
“Dengan ikhlas bantulah kami sekeluarga agar saya dan suami dapat menjalani pembedahan ini yang akan dilakukan di Medanta, India dengan secepat mungkin.
“Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap penderma yang membantu,” katanya.
Bagi anda yang mahu membantu bolehlah menderma menerusi Maybank, 114123682233 (Suzan Ahmad).
Sayu hati tatkala melihat ketabahan seorang wanita menguruskan ibu bapanya yang juga orang kurang upaya fizikal dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.Ketika sebahagian daripada anak-anak di negara ini mengambil jalan mudah dengan menghantar mak ayah ke rumah kebajikan, pujian harus diberikan kepada ibu tunggal, Intan Zulina Osman, 32, yang tetap cekal menguruskan kedua-dua orang tuanya yang uzur biar pun mereka hanya mampu mengesot dan terlantar di dalam bilik.
Bertubuh kecil selain kudrat wanita yang tidak seberapa, Intan Zulina tidak pernah mengeluh apabila menguruskan kedua-dua orang tuanya, Osman Jusoh, 78, dan Siti Zabedah Saidin, 70, termasuk perlu mengangkat bapanya yang semakin uzur setiap hari untuk ke bilik air.
Dengan pendapatan hanya RM600 sebulan selaku peniaga nasi lemak selain bantuan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Intan Zulina tidak sesekali sanggup menyerahkan mak dan ayahnya itu ke tangan orang lain biar pun dia perlu menanggung tiga anak berusia antara 8 hingga 13 tahun.
Tidak Mengeluh
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, di sini, Intan Zulina yang juga ibu tunggal kepada tiga cahaya mata mengakui bakti dicurahkan itu tidak seberapa dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapa membesarkannya dengan sempurna.
“Selagi mereka hidup dan kudrat saya kuat, saya akan menjalankan tanggungjawab diamanahkan demi menjaga ayah dan emak tanpa pernah sekelumit ada perasaan mengeluh kerana mereka yang melahirkan saya ke dunia ini,” katanya.
Menurutnya, cabaran memang ada apatah lagi dia perlu membesarkan tiga anaknya, Muhammad Akif Aidil Fikri, lapan, Muhammad Afiq Irfan, 11, dan Aiman Haikal, 13.
Dapat Perhatian Perdana Menteri
Katanya, kisah ibu bapanya pernah tular di media sosial hingga turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang meluangkan masa melawat pasangan itu 19 Jun tahun lalu.
“Sejak itu kehidupan kami bertambah selesa, namun kini ayah semakin uzur apabila tidak mampu bergerak dan perlu dibantu mengurus keperluan harian,” katanya.
Intan Zulina berkata, sebelum ini, dia berniaga nasi lemak di kampung itu dengan pendapatan RM50 hingga RM80, namun sejak empat bulan lalu terpaksa berhenti berniaga kerana perlu memberi sepenuh tumpuan menjaga bapanya.
“Sebelum ini ayah boleh mengurus dirinya sendiri walaupun OKU dan turut menjaga emak, namun sejak empat bulan lalu kesihatannya semakin teruk apabila kedua-dua tangannya tidak kuat dan sering kebas.
“Ayah kini hanya terlantar dan saya menguruskan semuanya termasuk menyuap makan, memandikannya dan perlu mengangkatnya tiga kali sehari ke bilik mandi.
“Namun, selagi mereka hidup saya akan menjalankan tanggungjawab diamanahkan demi menjaga ayah dan emak,” katanya.
Katanya, itu rutin hariannya kini dan mencari alternatif lain dengan berniaga dalam talian menjual kek, roti dan tudung kerana tidak boleh meninggalkan orang tuanya terlalu lama.
“Hasil pemberian bantuan dan sumbangan orang ramai itu saya membeli ketuhar untuk memulakan perniagaan menjual kek dan roti.
“Walaupun pendapatannya tidak seberapa, namun cukup untuk saya sekeluarga meneruskan kehidupan kami,” katanya.
Selain itu, katanya, dia turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 dan zakat RM450 sebulan yang meringankan beban mereka sekeluarga.
“Emak dan ayah adalah anugerah Allah dan selagi saya kuat dan sihat tidak sesekali akan mensia-siakan mereka kerana ini tugas sebagai anak membalas jasa mereka.
“Cuma saya bimbang apabila mereka kurang berselera makan akibat faktor usia. Emak masih boleh dikatakan sihat namun ayah yang nampak perubahannya,” katanya.
Menurutnya, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya selepas kisah mereka tular tahun lalu dan menjadi kenangan terindah dilawati Perdana Menteri.
Keluarga Angkat JKKK
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kodiang Lama Luar, Ku Azlan Ku Mat berkata, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan keluarga terbabit, malah menjadi keluarga angkat JKKK.
“Pelbagai bantuan dihulurkan bagi meringankan beban keluarga ini termasuk membaik pulih rumah mereka melalui sumbangan Pejabat Daerah Kubang Pasu.
“Pelajaran anak Intan juga akan dibantu dan menyalurkan sumbangan melalui kelengkapan sekolah dan sebagainya,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat wanita ini kerana pengorbanannya yang cekal menjaga kedua orang tua yang uzur tanpa sedikit pun rasa mengeluh. Semoga ramai lagi anak-anak yang mencontohi cara wanita ini dalam membalas jasa kedua mak dan ayah.
Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan seseorang individu yang hilang upaya untuk kembali bekerja seseperti sedia kala.
Tentunya akan mengalami kerumitan, kesukaran dan kesusahan kerana dirinya tidak lagi seperti dulu. Mula fikir tanggapan orang lain terhadap dirinya dan bagaimana ingin pastikan dirinya mampu lakukan seperti sebelum ini dan memberi kepercayaan pada rakan sekerja yang lain.
Itulah yang ingin dikupaskan oleh PERKESO dalam program terbarunya tentang bagaimana ‘luar biasa’nya ndividu yang hilang upaya untuk kembali bekerja seperti biasa.
Mengulas lebih lanjut tentang ‘LUAR BIASA’ ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerbitkan program realiti televisyen dengan mengetengahkan kisah dan pengalaman individu hilang upaya yang dapat kembali bekerja setelah mengikuti Program Return To Work (RTW) PERKESO.
Hilang Upaya, Selami Kisah Suka Duka
Program ‘LUAR BIASA’ menyelami kisah suka dan duka peserta Program RTW yang juga merupakan Orang Berinsurans (OB) PERKESO apabila diduga dengan masalah kecacatan kekal seperti kelumpuhan dan amputasi pada anggota badan akibat kemalangan atau faktor kesihatan.
Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed
Walaupun diuji, mereka bangkit mendepani setiap kekurangan dengan sokongan dan bimbingan yang diberikan melalui Program RTW PERKESO.
Berkonsepkan sesi bual bicara santai dengan unsur sketsa, program televisyen 13 episod ini menggandingkan dua selebriti terkenal tanah air, Norman Hakim dan Shiha Zikir sebagai pasangan pengacara.
Pengav
Pengacara untuk program ‘Luar Biasa’, Norman Hakim dan Shiha Zikir.
Sesi perbincangan dalam setiap episod mengetengahkan beberapa topik diskusi yang menarik dan pelbagai bersama barisan tetamu jemputan yang terdiri daripada pakar, selebriti dan pengurusan kanan PERKESO. Selain itu, program ini tureut menyediakan maklumat terkini berkaitan skim-skim perlindungan dan inisiatif terbaharu PERKESO kepada penonton.
Sesi pemulihan di Pusat Rehabilitasi PERKESO
Jangan lupa menyaksikan program ‘LUAR BIASA’ yabg disiarkan setiap Jumaat, jm 9.00 malam di Astro Prima (SD) 125 dan Astro Prima HD 105.
Bagi yang terlepas untuk menonton program ini di televisyen, ia juga boleh ditonton di saluran YouTube rasmi PERKESO.
PERKESO menerusi Program RTW juga telah berjaya menerbitkan sebanyak 3 program televisyen lain sebelum ini iaitu program ‘DAHSYATNYA PERKESO’ (2016), ‘INSPIRASI HARAPAN’ (2017) dan ‘BANGKIT #PERKESOPRIHATIN’ (2018)
Hos bersama Ketua Eksekutif PERKESO dan Penerbit PERKESO
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas Tomok, kini pelakon Saharul Ridzwan pula menerima kehadiran orang baru. Selain Tomok, pelakon ini juga pasti teruja apabila isterinya, Qaabila Deena Emir selamat bersalin anak kedua mereka yang juga bayi perempuan.
Jelas Saharul menerusi perkongsiannya di akaun instagram milik peribadinya, Saharul Ridzwan, bayi perempuan yang sangat dinantikan ini dilahirkan menerusi kaedah pembedahan seberat 3.3 kilogram.
“ALI DAPAT ADIK GIRL❤️ Alhamdulillah, 13hb June 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang.”
Saharul meluahkan rasa syukur apabila isterinya selamat melahirkan anak kedua mereka pada 13 Jun lalu. Lengkaplah keluarganya kini, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
“Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305 kg , tinggi 51cm😍 Berkat doa semuanya. Terima kasih banyak2. Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS, dan baby membesar jadi anak yang solehah. Amin Ya Rabb. 🤲🏻 Tak tahu nak taip apa… Happy betul ini 😍🤣😍🤣😍. Salam Maghrib semua ❤️ “
Dalam masa yang sama, Saharul meminta peminatnya mendoakan isterinta cepat sihat kerana melalui pembedahan kecemasan ketika melahirkan puteri keduanya ini. Di samping itu, dia memohon pada Allah agar anak yang dilahirkan ini membesar menjadi anak yang solehah.
MW: Tahniah diucapkan kepada Saharul Ridzwan dan isterinya. Semoga isteri cepat sihat dan dapat menjalani proses berpantang seperti biasa. Insyallah.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...