Isteri sakit, suami berhenti kerja. “Buka bisnes semata-mata nak sentiasa bersama! Sweet sungguh pasangan begini, susah dan senang diharungi bersama.
Rezeki jika mak ayah dikurniakan pasangan yang memahami dan sanggup hadapi segala ranjau bersama. Sakit adalah ujian, bukan hanya yang sakit tetapi orang yang berada disekelilingnya termasuklah pasangan.
Ikuti perkongsian Puan Suryani Yaakop ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Baca kisah mereka, teringat pada pasangan pesakit saya satu masa dulu…
Akak itu diserang satu penyakit pada tulang belakang. Buat dia jadi lumpuh. Tak boleh bergerak langsung. Kena naik kerusi roda ke sini sana.
Bersamanya selalu ada suami yang datang teman. Tak pernah sekali pun tak hadir. Dia akan tolak kerusi roda ke dalam tempat rawatan dan tunggu. Sampai habis. Telefon pun tak pernah main masa sesi rawatan.
Allah uji lagi. Tak ada anak. Mereka berdua saja. Akak tu dan abang ni.
Semenjak akak tu sakit, abang ni berhenti kerja. Semata-mata nak jaga isterinya. Dia tak percaya dan tak nak orang lain jaga. Berhenti kerja sebagai pegawai kerajaan dan buka bisnes kedai bunga. Semata-mata nak sentiasa ada bersama. Tinggal kejap saja untuk ke masjid.
Saya suka bila akak tu datang. Dia sangat lembut. Tapi suka buat kelakar. Kadang-kadang dia mengusik suami dia. Kadang-kadang entah apa depa berdua borakkan. Gelak sama-sama.
Paling best sebab dia suka bagi motivasi.
Dia kata Tuhan bagi kaki dah lama. Tak apa Tuhan nak ambik semula. Tuhan gantikan dia dengan harta lebih berharga dari sepasang kaki.
Seorang suami dari syurga. Jadi untuk kebaikan itu dia tak suka masam muka. Tak suka tunjuk sakit. Malah, tak suka mengeluh. Tak suka merengek dan tak suka merajuk. Ada suami sebegitu baik, apa lagi dia nak adu. Banyak sangat dah katanya Tuhan bagi pada dia.
Abang ni pula kata, ini bukan ujian akak tu saja. Tapi ujian buat dia juga. Bila akak tu mula sakit, dia kasihan. Tapi akak tu tak pernah merungut. Tak pernah soal kenapa. Juga tak pernah mengadu susah. Selain itu, tak pernah sebut sakit pada dia. Tetap nak buat kerja sendiri walau susah payah. Air muka akak manis sepanjang masa.
Abang ni kata benda yang sama. Isterinya itu hadiah dari syurga.
Saya kira itulah.
Artikel Berkaitan:
Bila Bergaduh JANGAN Ungkit Kisah Silam, Hargai PASANGAN Berkongsi Susah Senang
Cara Lelaki Ini Hargai Pasangan Hidupnya Boleh Buat Kaum Isteri Teruja, Patutnya Semua Lelaki Tahu!
Bila Buat Keputusan Tanyalah Pasangan, Bukan ‘Takut’ Tapi Tanda Hormat Dan Hargai Rumahtangga
Akak tu nampak abang ini kuat dan istimewa.
Abang ini nampak akak tu kuat dan istimewa.
Kedua-duanya nampak pasangan mereka hantaran dari syurga. Takkan hantaran dari syurga hendak disia-siakan dengan sia-sia.
Dari mereka saya belajar bukan rupa paras kena sempurna untuk dapat rumah tangga yang sempurna. Tapi hati dan iman yang kena dilatih supaya kita nampak kesempurnaan di sebalik yang tak sempurna.
Nampak cantiknya pasangan di sebalik rupa yang biasa-biasa. Malah, nampak hebatnya pasangan walau yang diberi cuma sekecil perkara. Nampak besarnya kasih sayang pasangan yang mampu menahan sabar saat diuji dengan kekurangan kita.
Lelaki semulia itu masih wujud.
Perempuan setegar itu masih ada.
Moga kita jadi salah satu darinya.
Mingguan Wanita : Semoga kita dikurniakan pasangan yang sanggup hidup susah, senang sehingga akhir nyawa. Insyallah.
Sumber : Siti Suryani Yaakop
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita