Rezeki jika mak ayah dikurniakan pasangan yang memahami dan sanggup hadapi segala ranjau bersama. Sakit adalah ujian, bukan hanya yang sakit tetapi orang yang berada disekelilingnya termasuklah pasangan.
Ikuti perkongsian Puan Suryani Yaakop ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Isteri Sakit, Suami Berhenti Kerja
Baca kisah mereka, teringat pada pasangan pesakit saya satu masa dulu…
Akak itu diserang satu penyakit pada tulang belakang. Buat dia jadi lumpuh. Tak boleh bergerak langsung. Kena naik kerusi roda ke sini sana.
Bersamanya selalu ada suami yang datang teman. Tak pernah sekali pun tak hadir. Dia akan tolak kerusi roda ke dalam tempat rawatan dan tunggu. Sampai habis. Telefon pun tak pernah main masa sesi rawatan.
Allah uji lagi. Tak ada anak. Mereka berdua saja. Akak tu dan abang ni.
Buka Bisnes Semata-Mata Nak Sentiasa Bersama!
Semenjak akak tu sakit, abang ni berhenti kerja. Semata-mata nak jaga isterinya. Dia tak percaya dan tak nak orang lain jaga. Berhenti kerja sebagai pegawai kerajaan dan buka bisnes kedai bunga. Semata-mata nak sentiasa ada bersama. Tinggal kejap saja untuk ke masjid.
Saya suka bila akak tu datang. Dia sangat lembut. Tapi suka buat kelakar. Kadang-kadang dia mengusik suami dia. Kadang-kadang entah apa depa berdua borakkan. Gelak sama-sama.
Paling best sebab dia suka bagi motivasi.
Ads
Dia kata Tuhan bagi kaki dah lama. Tak apa Tuhan nak ambik semula. Tuhan gantikan dia dengan harta lebih berharga dari sepasang kaki.
Allah Hadiahkan Suami
Seorang suami dari syurga. Jadi untuk kebaikan itu dia tak suka masam muka. Tak suka tunjuk sakit. Malah, tak suka mengeluh. Tak suka merengek dan tak suka merajuk. Ada suami sebegitu baik, apa lagi dia nak adu. Banyak sangat dah katanya Tuhan bagi pada dia.
Abang ni pula kata, ini bukan ujian akak tu saja. Tapi ujian buat dia juga. Bila akak tu mula sakit, dia kasihan. Tapi akak tu tak pernah merungut. Tak pernah soal kenapa. Juga tak pernah mengadu susah. Selain itu, tak pernah sebut sakit pada dia. Tetap nak buat kerja sendiri walau susah payah. Air muka akak manis sepanjang masa.
Abang ni kata benda yang sama. Isterinya itu hadiah dari syurga.
Saya kira itulah.
Kedua-duanya nampak pasangan mereka hantaran dari syurga. Takkan hantaran dari syurga hendak disia-siakan dengan sia-sia.
Dari mereka saya belajar bukan rupa paras kena sempurna untuk dapat rumah tangga yang sempurna. Tapi hati dan iman yang kena dilatih supaya kita nampak kesempurnaan di sebalik yang tak sempurna.
Nampak cantiknya pasangan di sebalik rupa yang biasa-biasa. Malah, nampak hebatnya pasangan walau yang diberi cuma sekecil perkara. Nampak besarnya kasih sayang pasangan yang mampu menahan sabar saat diuji dengan kekurangan kita.
Lelaki semulia itu masih wujud.
Perempuan setegar itu masih ada.
Moga kita jadi salah satu darinya.
Setiap bulan kita berkira-kira bila dapat gaji. Kalau boleh nak selesaikan komitmen yang wajib bayar. Selebihnya baru fikir untuk keluarga dan diri sendiri. Kadang-kadang, kita terlupa nak ketepikan untuk mak ayah.
Dalam kita mencari keberkatan pada duit gaji itu, jangan sesekali lupa utnuk berikan pada mak ayah. Mungkin mak ayah tak harapkan tapi sebagai anak, itulah yang patut kita dahulukan.
Tak kisah sedikit atau banyak tapi prioriti kena no satu bagi pada mak ayah bila dapat gaji dari hasil titik peluh kita. Ini antara ulasan yang diberikan oleh Ustaz Wadi Anuar. Moga bermanfaat.
Dalam perkongsian dalam sebuah video di media sosial, antara apa yang dikatakan ialah:
Dalam senarai untuk bayar komitmen bulanan kita, nak bagi kat mak ayah kita letak no 12, no 9. Sedangkan no 1 untuk hutang rumah, kereta, medical kad. Akhir sekali dengan baki RM50 untuk mak ayah.
Rugi dan salah. Kaedah hidup bila dapat gaji, no satu adalah beri pada mak ayah.
Jangan sesekali jadikan prioriti memberi wang bulanan pada mak ayah no 6-7, nescaya Allah akan bagi no 6-7 dalam permintaan kita.
Sesiapa yang menjadikan kepentingan dan keperluan mak ayah yang pertama, Allah akan jadikan dia yang pertama apabila dia memohon pada Allah.
Anak-anak soleh berbakti pada mak ayah sampai kaya. Sedangkan anak yang tidak soleh tunggu sampai kaya baru nak berbakti pada mak ayah.
Mingguan Wanita : Jadikan amalan wajib tiap-tiap bulan. Mak ayah tak minta tapi bila kita berikan setiap bulan, rasa bersalah dan ralatnya. Hati pun tak tenang kan. Wallahu’alam.
Biasa dengarkan mak-mak yang akan berkongsi rutin hariannya yang dah macam ‘tangan sotong’. Buat semua perkara dalam satu masa, di hujung cerita mak akan luah perasaan; maklumkan habis tenaga.. PENAT, KELETIHAN.
Dan sebab mak-mak rasa dia ada ‘tangan sotong’ inilah yang buat mak nak jadi superwoman. Buat semua perkara yang sempurna di pandangan matanya. Yang mana, akhirnya semua usaha itu membuatkan perasaan mak-mak makin tertekan, stress, penat dan akhirnya TAK KE MANA.
Percayalah.. Kerana nasihat yang cuba disampaikan oleh Mastura Abu Bakar, mantan pensyarah di MSU yang juga pemilik Parenting Cafe ini ada banyak benarnya.
Sebab apa? Hakikatnya, tangan mak-mak sebenarnya cuma ada 2 saja. Dan sebab inilah mak-mak kena belajar ‘Let Go’ perasaan. Caranya?
Belajar Let Go Perasaan
Sejak ada anak no.3 ni, saya belajar let go perasaan. Macam ni..
Tangan kita ada dua je. Tapi nak uruskan banyak perkara. Rasa nak buat semua benda. Tapi masa tak cukup.
√ Rumah bersepah. Sakit mata.
√ Mainan merata-rata. Terpijak-pijak.
√ Pinggan tak basuh. Sinki penuh.
√ Baju menggunung. Tak basuh. Tak lipat.
√ Parcel nak dipos masih tak berbungkus.
√ Lauk masih tak masak.
√ Anak tak mandi lagi.
√ Diri sendiri tak mandi lagi.
√ Pm customer tak berbalas lagi.
√ Aktiviti anak-anak tak prepare lagi.
Panjangnya to do list. Stresssss sangat fikirkan.
Last-last kita baring. Tak dapat buat apa-apa sebab serabut. Langsung tak produktif. Mood ke laut. Marah anak-anak. Marah suami.
Sebab apa? Sebab kita nak semuanya perfect.
Badan Kita Satu, Tangan Kita Cuma Ada 2 Saja
Rumah tersusun rapi. Mainan kemas tersimpan. Sinki bersih. Baju berlipat. Bakul kain kosong. Anak-anak dah siap wangi awal pagi. Lauk masak yang sedap-sedap. Aktiviti anak-anak dah well-prepared.
Kesian lah kat diri sendiri. Badan kita ada satu je. Tangan kita ada dua je.
Berbaloi ke rumah kemas tapi diri sendiri tak happy? Penat. Emo. Overthinking.
Kita fikir, kita terlebih fikir. Kita jadi letih. Kita jadi tertekan. Kita rasa kita gagal sebab tak boleh selesaikan semua. Rasa diri tak berguna.
Berbaloi ke? Tak berbaloi kan?
Tak Apalah Mak-mak.. Kalau Semua Tak Siap
Jadi sayangi diri sendiri. Buat sikit-sikit. Let go perasaan nak perfect. It’s okay kalau semuanya tak siap, tak apa. Buat yang penting sahaja dulu. Kalau ada masa buat la.
Ambil masa. Take a breath.
Pujuk hati. Raikan kejayaan yang kecil. InsyaAllah kita tenang.
Bila dah berkahwin, suami jangan letakkan isteri sebagai pembantu, semua perkara dalam rumah nak kena buat. Tak salah pun, suami kenalah tolong ringankan tugas isteri.
Bukan bermakna suami kenalah tolong sebab takut. Tapi sebagai ihsan dan kasih sayang. Kata kahwin itu berkongsi. Kenalah sama-sama susah dan senang.
Satu perkara yang mungkin kita nampak kecil tapi besar nilainya terutama bab-bab basuh pinggan. Sesetengah suami langsung tak reti nak tolong basuh pinggan. Letak saja dalam sinki nanti adalah orang basuhkan.
Tapi, syukur dan bahagianya bagi sesetengah isteri, bila suami dapat basuh pinggan pun dah cukup. Jangan ambil mudah dan cakap cuci pinggan ini tugas isteri ye. Ikutilah perkongsian Dr Taufiq Razif ini.
Isteri bukan cuci pinggan kerana itu tugas mereka tapi kerana ihsan mereka pada pasangannya.
Dia kesian pada pasangannya yang dah berpenat lelah mencari rezeki untuk keluarga jadi sebagai tanda ihsan dan kasih sayang maka isteri lakukan juga.
Tapi itu bukan bermakna si suami menganggap ianya adalah kewajiban dan tugas hakiki seorang isteri.
Kepenatan seorang isteri adalah real dan bukan main main!
Tanda tanda isteri dalam kepenatan :
Jadi susah nak senyum Mudah marah marah Mudah melenting Susah nak bergurau dah Nafsu untuk bersama semakin menurun Selalu rasa diri gagal
Sebab itulah kata kunci perkahwinan adalah Buat SamaSama
Sama sama cuci pinggan mangkuk Sama sama jaga anak Sama sama jaga rumah Sama sama kemas katil Sama sama buang sampah Sama sama mop lantai Sama sama susah Sama sama senang
Ingat, berkahwin bukannya untuk mencari pembantu. Berkahwin adalah untuk menenangkan dan mententeramkan jiwa dua individu!
Mingguan Wanita : Bersyukurlah dapat suami yang sangat memahami.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...