Isteri pertama serbu majlis nikah suami, viral videonya kekal tenang & siap beri ucapan buat pengantin. Tidak semua hati isteri itu kuat untuk menerima berita suami berkahwin lain. Lebih lagi jika ia diadakan secara diam-diam dan cuba menyorokkan perkahwinan tersebut.
Tapi ketabahan dan kekuatan seorang isteri yang videonya viral di media sosial cukup mengagumkan. Jika sebahagian isteri mengamuk bila dapat tahu suami nikah lain tetapi isteri ini kekal tenang dan terus merakam wajah suaminya yang cuba menepis rakaman videonya. Mungkin tidak menyangka isterinya dapat menjejaki majlis nikahnya.
Dalam kejadian di Jalan Titi Papan, Kularahan Sei Sikambing Kecamatan Petisah, Medan Indonesia ini memperlihatkan isteri ini datang ke majlis akad nikah suaminya yang berlangsung Jumaat lepas, 27 Oktober 2023.
Selepas memberi salam, dirinya bertanyakan adakah ini rumah pengantin baru itu sebelum diiyakan oleh tuan rumah. Malah dirinya sempat merakam suasana termasuk pelamin yang tertera nama pengantin n lelaki iaitu Arif & Oviee.
Dirinya sempat berborak seketika dengan tuan rumah yang bertanyakan datang dari mana sebelum dijawabnya, Tangerang, Banten Jawa.
Dilihat dia kemudian menaiki tingkat atas rumah dan terus membuat rakaman demi sebuah bukti.
Saat terpandang suaminya yang memakai kot dan pengantin perempuan yang sedang duduk di sofa, kedengaran dirinya mengucapkan kata-kata berbaur sinis. Dapat dilihat suaminya seakan tidak menyangka kehadiran isteri pertama dan cuba menepis telefon di tangannya.
“Hebat sekali hebat sekali…,” ujar wanita tersebut dengan gaya tenang.
Dapat dilihat suaminya cuba menarik telefon dan menghentikan rakamannya tetapi isteri ini terus melarang.
“Stop stop stop,” ujarnya. Dengan nada lebih lembut, wanita itu berkata dirinya akan membuat laporan ke polis dan sebelum berlalu pergi, dirinya mengucapkan “selamat ya semoga bahagia,” katanya sebelum berlalu pergi.
Dan aduan telah pun di buat olehnya pada jam 4.55 petang di balai polis Medan hari yang sama.
Ramai warga net yang kagum dengan ketabahan dirinya kerana bagi mereka hal suami menikah lain adalah hal yang menyakitkan hati dan jiwa.
“Luar biasa gak teriak teriak bininya, yuk kita doain bininya dpt suami yg tajir melintir dan gak suka main cewek,” tulis @alanuari23bdn.
“1001 wanita seperti ini..salut,hebat kamu mbakk. Insha Allah dapatkan kebahagiaan yg beribu kali lipat dari kejadian ini,” tullis @vanhoutenbeatrick.
“Gemeter nontonnya..ya Allah sakit bgt itu.. emeng yg kaya gini; harus dipidanakan agar pernikahan tdk disepelekan. Pernikahan krn menyakiti pasangan sah itu suatu saat akan jdi Boomerang pdhl yg disakiti udah moveon dan jauh lebih bahagia,” tulis @lovianakhristianto17.
BACA ARTIKEL MENARIKK DI SINI :- Nekad Batalkan Pernikahan, Gadis Ini Tidak Mahu Bermadu & Jadi Perampas Suami Orang
Suami Isteri Baru 6 Hari Berkahwin Meninggal Ketika Bulan Madu, Terlebih Minum Ubat Kuat
Bekas Ratu Cantik Dedah Gugur Kandungan Kembar Luar Nikah, “Saya Sudah Kehilangan Segala-Galanya”
Budak Perempuan 9 Tahun Kes Termuda Lahir Anak Luar Nikah, Mangsa Seksual Abang Sendiri!
Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Isteri Bakal ‘Bermadu’, Terima Dan Belajar Kenal Diri
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.