“Percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin”.
Sejak beberapa hari yang lalu, spekulasi mengenai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkahwin dua mula bertebaran di media sosial. Namun perkara tersebut telah disahkan oleh beliau yang kini beristeri dua.
Memetik laporan Sinar Harian, tanpa berselindung lagi, Sanusi mengiyakan majlis meminang isteri keduanya dilakukan sendiri oleh isterinya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh beberapa bulan lalu.
Majlis meminang isteri kedua Menteri Besar Kedah itu telah dilakukan sendiri oleh isteri pertamanya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh beberapa bulan yang lalu.
Kahwini Ibu Tunggal Seorang Anggota Polis
Menurutnya, isteri keduanya merupakan seorang ibu tunggal yang memiliki seorang anak dan keluarga isterinya berasal dari Kedah.
“Saya kahwin dengan anggota polis. Proses meminang dibuat oleh isteri saya berbulan dulu. Alhamdulillah, semua proses sempurna dan teratur.
“Pada hari peminangan dan perkahwinan, isteri saya (Jusmalailani) ada, anak saya pun hadir. Semua proses mengikut prosedur dan dipatuhi. Jadi tak ada isu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan geran tanah di Felcra Belimbing, Tualak, dekat sini pada Rabu.
Tambah Menteri Besar Kedah itu lagi, perkahwinan keduanya tidak diumumkan kerana tidak suka menghebahkan hal keluarga.
“Ini hal peribadi, jarang saya cakap, rumah tangga orang pun saya tak kacau tapi saya tak tahu pasal apa orang minat sangat dengan hal saya.
“Saya tak suka hal peribadi keluarga dihebahkan, banyak orang buat spekulasi kata saya kena tangkap khalwat lah, tak patut sungguh. Benda-benda seperti ini tak patut jadi sensasi, masyarakat harus dididik. Sensasi ni mesti ada isi kena ada ilmu,” ujarnya.
Sanusi jelaskan, apabila ramai yang keterlaluan membuat pelbagai spekulasi menyebabkan beliau tampil menjernihkan keadaan dan status perkahwinan kedua.
Ads
“Isteri saya bukan pegawai penyiasat kes unsur nadir bumi (REE), dia penyiasat kes bahan letupan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon. Itulah kali pertama dan kali terakhir jumpa dia atas siasatan kes bom berkenaan.
“Selepas itu, dia jadi kawan isteri saya sebab dia rajin mengaji dan pergi kuliah dan mereka berkawan. Saya dan dia tak ada jumpa, tak berkawan dan tak bercinta. Lepas kahwin kami bercinta,” ujarnya.
Menurutnya lagi, diharap selepas pengumuman ini, tiada lagi spekulasi berkaitan hal peribadi dan rumah tangga beliau dicanang pihak tertentu.
“Percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin”.
Ads
“Tak eloklah diheret merata-rata, hormati privasi saya dan keluarga. Perkahwinan merupakan sunnah utama, ada sampai peringkat wajib ada peringkat sunat, jaja rumah tangga orang atau keruhkan keadaan pun haram juga,” katanya.
Sebelum ini, Sanusi dilaporkan menafikan dakwaan telah berkahwin baharu dengan seorang anggota pasukan penyiasat yang menyiasat kecurian REE di Bukit Enggang, Sik Kedah, seperti diperkatakan menerusi laman sosial.
Untuk rekod, Sanusi mendirikan rumah tangga dengan Tok Puan Jusmalailani Jusoh pada 14 Februari 1999 dan dikurniakan lima cahaya mata.
Bau bukan sekadar aroma, tetapi satu elemen penting yang mampu mencipta kenangan, membangkitkan emosi, dan melengkapkan personaliti seseorang. Menurut pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, setiap individu membawa cerita tersendiri melalui wangian yang mereka pilih, menjadikan bau sebagai ekspresi unik identiti diri.
“Bau memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Ia bukan sahaja mencerminkan siapa kita, tetapi juga mampu mencipta pengalaman yang berharga. Sebab itulah Perfume Paradise direka untuk menghasilkan wangian yang bukan sahaja tahan lama, tetapi juga mampu meninggalkan kesan mendalam pada sesiapa yang menghidu,” ujar Nur Afiqah.
Setiap kunjungan ke kedai kek biasanya meninggalkan memori yang manis—aroma kek yang baru dibakar, gula yang hangat, dan nota vanila yang memikat. Bagi Perfume Paradise, pengalaman ini melangkaui sekadar nostalgia.
Pengasasnya, Nur Afiqah Amran, menjadikan bau harum kedai kek sebagai ilham utama untuk mencipta koleksi wangian unik yang kini menjadi kegemaran ramai.
Mencipta kelainan, kali ini inspirasi wangian Perfume Paradise dengan aroma kek lahir daripada kenangan manis dan momen kebahagiaan yang dirasakan melalui deria bau. Pengasas Perfume Paradise, yang juga pencinta seni kulinari, menjadikan kisah peribadi dirinya sebagai peminat desserts sebagai ilham.
Aroma kek yang baru masak, dengan gabungan vanila, mentega, dan sedikit hint karamel, mengingatkan pada saat-saat keenakan menikmati manisan yang penuh kasih sayang.
“Aroma kek melambangkan kemanisan hidup, kebahagiaan, dan momen-momen indah yang ingin kita abadikan. Wangian ini dihasilkan untuk memberikan pengalaman unik kepada pemakai, seolah-olah mereka sedang berada di tengah suasana yang menggembirakan, dikelilingi bau kek yang memikat.
Dunia Wangian Tampil Berbeza
Perfume Paradise juga ingin menghadirkan sesuatu yang berbeza dalam dunia wangian, menghubungkan pemakai dengan emosi positif dan mencipta kenangan baharu setiap kali semburan dilakukan.
Kombinasi wangian ini bukan sahaja memberi rasa nyaman, tetapi juga menggambarkan sisi feminin yang lembut dan manis, sesuai untuk wanita yang ingin tampil lebih memikat dengan cara yang unik.
Wangian-wangian keluaran Perfume Paradise, termasuklah aroma berinspirasikan kek dan manisan, membangkitkan rasa bahagia dan nostalgia. Falsafah ini menjadi tunjang utama dalam setiap ciptaan Perfume Paradise, di mana setiap semburan bukan sekadar haruman, tetapi satu perjalanan emosi yang dirasai bersama.
“Manisan bukan sahaja memuaskan selera, tetapi aromanya juga mencipta suasana yang penuh keceriaan dan nostalgia. Saya mahu membawa perasaan itu ke dalam setiap semburan Perfume Paradise, supaya setiap pengguna dapat merasai kehangatan dan kebahagiaan yang sama,” kongsinya dengan penuh semangat.
Edisi Terhad
Edisi khas ini menampilkan wangian berinspirasi daripada pelbagai pencuci mulut popular seperti Confetti rainbow, Strawberry cheesecake, Lemon toast dan Blueberry tart. Aromanya lembut, manis, dan mewah – seolah-olah membawa anda ke dalam dunia manisan yang menggoda.
Perfume Paradise Dessert Edition bukan sahaja menyerlahkan keunikan jenama ini, tetapi juga membuktikan bahawa inspirasi boleh datang daripada perkara-perkara kecil yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan.
Melalui Dessert Edition, Perfume Paradise berjaya menzahirkan aroma pelbagai pencuci mulut popular ke dalam bentuk wangian yang tahan lama. Setiap botol dirumus untuk membawa kegembiraan, kehangatan, dan rasa nostalgia, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk mereka yang menghargai keindahan aroma manisan dalam kehidupan seharian.
Perfume Paradise terus memukau dengan koleksi Dessert Edition yang membawa kenangan indah pencuci mulut ke dalam dunia wangian. Pengasasnya, Nur Afiqah Amran, mengakui bahawa kecintaannya terhadap manisan seperti Lemon Toast, Strawberry Cheesecake,Blueberry Tart dan Confetti Rainbow menjadi titik tolak utama untuk menghasilkan aroma istimewa ini.
“Setiap manisan memiliki keunikan tersendiri. Bau Lemon Toast, misalnya, memberikan kesegaran citrus yang menghidupkan mood, sementara Strawberry Cheesecake menawarkan sentuhan manis dan lembut. Blueberry Tart pula membawa aroma buah-buahan yang mendalam, dan Confetti Rainbow menyerlahkan keceriaan melalui bauan yang playful dan berwarna-warni,” katanya penuh semangat.
Gabungan aroma ini bukan sahaja memenuhi kehendak pencinta wangian tetapi juga menyentuh jiwa, mengingatkan mereka kepada detik-detik bahagia bersama keluarga atau meraikan saat-saat istimewa.
Setiap semburan membawa keajaiban manisan ke dalam rutin harian, menjadikan koleksi ini pilihan istimewa untuk mereka yang menghargai aroma yang bukan sekadar wangi, tetapi penuh cerita dan emosi.
Melalui edisi Nely Dessert Edition, Perfume Paradise berkolaborasi dengan pempengaruh media sosial Nelysa Norazlan yang sememangnya menjadi pengguna setia Perfume Paradise sejak beberapa tahun yang lalu. Keanggunan dan personaliti memukau Nelysa menjadikannya pilihan sempurna untuk mewakili semangat dan visi Perfume Paradise dalam dunia wangian.
Menurut Nor Afiqah lagi, “Kolaborasi ini adalah peluang untuk melahirkan satu koleksi yang memberi makna mendalam kepada para peminat manisan dan wangian di mana Nely membawa aura luar biasa yang ditonjolkan dalam setiap botol wangian.”
Perfume Paradise kini menawarkan promosi istimewa yang pastinya memikat hati penggemar wangian! Dapatkan 5 pen 10ml pada harga RM48 sahaja dan 3 botol 30ml pada harga RM100. Pelanggan berpeluang menikmati wangian premium dengan harga yang sangat berbaloi.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mencuba pelbagai haruman menarik dari Perfume Paradise, yang sesuai untuk setiap mood dan gaya hidup anda. Segera dapatkan promosi ini sebelum ia berakhir dan biarkan wangian kegemaran anda menemani hari-hari istimewa!
Kini, Perfume Paradise bukan sekadar jenama wangian, tetapi sebuah pengalaman deria yang membawa pelanggan menyelami keindahan bau kedai kek—di mana sahaja, bila-bila masa.
Untuk info lanjut, sila layari media sosial Perfume Paradise di Facebook : Perfume Paradise – HQ, Instagram : @perfumeparadisehq dan TikTok : @perfumeparadisehq untuk mendapatkan promosi istimewa Perfume Paradise!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudahnya nak menjadi pemilik bisnes dengan adanya saluran yang tepat dan pengetahuan mengenainya. Jadi, wanita kini tidak boleh lagi menjadikan alasan sebagai suri rumah untuk tidak mempunyai pendapatan sendiri.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mewujudkan MyMall sebagai inisiatif digital yang inovatif, membuka peluang luas kepada Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) serta koperasi untuk memasarkan produk mereka secara dalam talian.
Dengan matlamat utama untuk memperkukuhkan ekosistem keusahawanan digital Malaysia, MyMall menyediakan platform percuma yang menghubungkan usahawan tempatan dengan pengguna dan pembeli secara lebih meluas, membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital secara optimum.
MyMall Tawar Akses Percuma
MyMall menawarkan akses kepada pasaran digital secara percuma, membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan mereka tanpa kos yang tinggi. Sehingga kini, lebih daripada 2,600 usahawan telah menyertai MyMall, dan platform ini telah mencatatkan jumlah jualan mencapai RM8.85 juta.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen KUSKOP dalam membantu memperkukuhkan daya saing usahawan tempatan, terutamanya bagi mereka yang berhadapan dengan cabaran untuk memasarkan produk secara fizikal.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 yang dibawakan oleh Mingguan Wanita dan Majalah NONA bakal berlangsung dari 8 hingga 10 November ini telah mendapat sokongan penuh daripada KUSKOP, melalui salah satu inisiatif digital utama mereka, MyMall.
Karnival tersebut menjadi satu platform pembangunan ekosistem keusahawanan digital, MyMall yang merupakan sebuah platform percuma yang membantu Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) serta koperasi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara dalam talian.
MyMall akan membuka reruai bagi memperkenalkan platform ini kepada lebih ramai wanita usahawan. Usaha ini bertujuan untuk menarik minat dan memberi kesedaran kepada golongan wanita tentang manfaat menggunakan MyMall untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran lebih luas.
Selain itu, MyMall akan menawarkan peluang pembiayaan, sesi latihan keusahawanan, dan strategi pemasaran digital, yang semuanya bertujuan untuk memperkasakan wanita usahawan dengan ilmu dan akses kepada kemudahan yang diperlukan dalam era perniagaan digital.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 bakal menjadi platform terbaik untuk para wanita menjelajah potensi besar dalam perniagaan digital dengan MyMall. Jom kunjungi Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 bertempat di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, hujung minggu ini!
Pemergian Tan Sri Ahmad Nawab, hilangnya sebutir bintang. Al-Fatihah dan salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Negara kehilangan seorang lagi lagenda permata industri muzik tanah air iaitu Tan Sri Datuk Seri Dr Ahmad Khan Bin Nawab Khan atau lebih popular dengan nama pentasnya Ahmad Nawab.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3.30 petang di kediaman beliau pada usia 92 tahun akibat komplikasi sakit tua.
Pemergian Tan Sri Ahmad Nawab Hilangnya Sebutir Bintang
Ahmad Nawab dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1932, merupakan seorang komposer muzik yang terkenal di Malaysia dan masih lagi bergiat aktif dalam penggubahan lagu sehingga ke hari ini.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah album yang didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang popular dan berbakat besar antaranya ialah Uji Rashid, Broery Marantika, Hetty Kos Endang, Dato’ Khatijah Ibrahim, Sudirman Hj Arshad, Ramlah Ram dan banyak lagi.
Beliau yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, telah memenangi banyak anugerah dan antaranya Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980.
Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab juga pernah diberikan penganugerahan tertinggi sebagai “Seniman Negara ke-7” pada tahun 2006.
Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Ahmad Nawab telah menghasilkan lebih 2000 buah lagu sejak pembabitannya dalam industri muzik tanah air bermula tahun 1950.
Pengalaman Luas Dalam Industri Muzik Tempatan Dan Antarabangsa
Jenazah kini berada dirumah beliau di Taman Melewar dan akan dibawa ke surau berhampiran rumah beliau esok pagi bagi urusan mandi dan kafan sebelum dijangka dikebumikan sekitar jam 10 pagi esok (25 November 2024) di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah jam 10 pagi. Seluruh negara berdukacita atas pemergian arwah ke negeri abadi.
Seperti mana kiriman mesej yang diterima daripada Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah menyatakan Allahyarham merupakan tokoh yang tidak ada tolok bandingnya.
“Seniman menyifatkan beliau sebagai tokoh lagenda industri muzik yang sangat berpengalaman luas dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa.
“Kehilangan ini pasti akan dirasai oleh seluruh pemain industri muzik dan filem negara.
“Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan disyurga,” kata Hafiz mewakili Seniman.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...