Isteri Penat Guna Emosi, Mental, Sebab Itu Suami Kena Pastikan Isteri Cukup Tidur

Share

Penat seorang isteri tak sama dengan suami yang penat bekerja menggunakan stamina. Ini kerana penat isteri banyak menggunakan emosi dan mental.

Celik saja mata dari pagi hinggalah tengah malam, isteri banyak menggunakan mental dan emosi. Oleh sebab itu isteri penat guna emosi, mental. Sebab itu suami kena pastikan isteri cukup tidur setelah seharian isteri kepenatan.

Ikuti perkongsian Mohd Phais itu dan fahami apa bezanya penat seorang isteri.

Isteri Penat Guna Emosi, Mental

Berat mata melihat, berat lagi bahu memikul.

Penat seorang ibu ni tak boleh di ukur pada titisan air peluh sebab mereka bukan penat bekerja guna stamina, tapi mereka penat guna emosi dan mental.

Baca Juga Di sini:

BERAT BADAN Cepat Naik, Itu Tanda Isteri PENAT Melampau. Suami Kenalah Bantu

Jangan Hanya Fikirkan Anak, Suami! Isteri Perlu “SELF Reward” Selepas Berpenat-Lelah

Tanda Seorang Isteri Penat

Ini 6 tanda tanda ibu yang kepenatan :

Muka yang dulunya ayu dan sentiasa berhias sekarang dah jadi lesu dan kusam.

Ibu yang lembut selembut lembutnya boleh berubah jadi bengkeng sebab penat. Anak nak berkepit pun boleh kena tengking.

Otak wanita patut boleh proses maklumat 10 kali lebih cepat dari lelaki, tapi bila dah terlalu penat mula la jadi cuai dan pelupa.

Bila tenaga dah kering, self control jadi lemah. Mula jadi impulsif dan bertindak ikut kata hati. Sikit trigger dari anak je dia boleh menjerit dan tengking.

Bila tak ada yang memahami, senang la si ibu menangis seorang diri.

Bukan dengan anak je, dengan suami pun tak boleh silap cakap sikit. Boleh jadi punca bergaduh.

Sebab Itu Suami Kena Pastikan Isteri Cukup Tidur

Kita tak akan faham apa yang mereka rasa sebab kita tak berada di tempat mereka.

Kita ni lelaki dalam mata terbuka pun masih boleh lagi berehat. Tapi wanita selagi mata tak tertutup selagi itu dia tak rasa rehat.

Sebab itu waktu tidur seorang ibu ni sangat penting.

Kena pastikan isteri kita ni dapat tidur sekurangnya 8 jam sehari supaya mereka dapat reset balik meter emosi dan mental mereka.

Bila cukup saja tidur isteri kita ni percayalah isteri kita akan jadi orang yang paling lembut dan paling ayu yang kita pernah lihat.

Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
– Jarang kedekut tidur dengan isteri

#PositiveParentingFhais
Jom Jadi Parent Positif
bit.ly/PositifParent

MW: Suami jangan kedekut tidur dengan isteri, barulah emosi dan mental isteri stabil. Seterusnya bila emosi isteri dalam keadaan yang baik, insyallah rumah tangga pun bertambah bahagia.

Sumber: Mohd Phais

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nur Syazwani Mehat