Dalam hidup berumahtangga, orang yang paling penat tentulah isteri sebab dialah yang menjadi tunggak utama dalam menguruskan kerja-kerja rumah untuk memberi keselesaan kepada keluarga.

Isteri penat sebab rasanya, dialah yang melakukan kerja rumah dari A-Z, mengemas rumah, memasak dan segalanya. Mungkin ia boleh menjadi ringan bila suami yang memahami dan turut membantu.

Sebenarnya, isteri penat bukan setakat uruskan rumahtangga tetapi ia akan menjadi lebih teruk bila suami yang tidak faham dan hargai langsung. Ini mungkinlah termasuk bebanan lain yang tidak mampu hanya pulihkan dengan rehat semata-mata.

Apa yang dikatakan isteri penat dalam rumahtangga? Inilah yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin cukup mendalam untuk suami di luar sana fahami.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Rumah Tangga, Tempat Paling PENAT, Tak Perlu Mengeluh, Itulah Amanah Harus Dipikul

Jangan Salahkan Isteri Kalau JARANG MASAK, Suami Kenalah Toleransi Penat Lelahnya

Ads

Info Lebih Menarik DI SINI

Isteri Penat Bukan Hanya Untuk Berehat

Penat dalam rumahtangga…

Biasa kita dengar orang sebut “dia penat” dengan rumahtangga dia, hubungan dia. Mungkin kita anggap, itu ‘penat’ yang perlukan rehat kerana terlebih buat kerja, bebanan dan terlebih fikir.

Sebenarnya, ‘penat’ yang disebut itu adalah penat yang tak boleh dihilangkan dengan rehat

Ads

Kenapa dia penat?

1. Dia sudah buat yang terbaik, tapi tak dihargai sewajarnya. Pasangan seolah-olah tak nampak apa yang dia buat untuk hubungan itu. Susah pasangan nk ucap terima kasih atau zahirkan penghargaan dalam bentuk perbuatan, dia langsung tidak dihargai.
2. Dia tak buat salah, tapi selalu disalahkan. Kadang-kadang salah itu orang lain yang buat tapi bila dia bila cuba untuk memperbetulkan kesalahan itu, dia pula yang dipersalahkan.
3. Dia tak ada tempat untuk meluahkan dan bercerita tentang apa yang dia rasa. Dia terasa hati, terluka dalam diam, kecewa tapi bila dia cuba nak menyampaikan, bercerita dan berkongsi tentang perasaan dia, pasangannya tak nak peduli dan tidak ambil tahu. Malah, dia dicop terlalu mengikut perasaan dan EMO…
4. Dia menanggung sesuatu yang bukan kewajipannya. Sepatutnya orang lain buat, tapi orang itu tak buat. Ini tugas, tanggungjawab, kewajipan orang lain, tapi dia yang kena galas dan buat smua. Kalau dia pun pilih untuk tak nak buat, dia jadi susah nak jalani kehidupan seharian. Nak tak nak, dia kena buat juga, terpaksa buat.
5. Dia dah banyak kali bagi peluang, tapi dia masih ditipu dan di hampakan. Peluang yang diberi tak dimanfaatkan sepenuhnya. Tapi nanti peluang itu akan diminta lagi dan lagi. Seolah-olah tak ada peluang yang mencukupi untuk berubah dan cukup untuk tidak mengulangi perkara yang sama.

Ini penat yang tak dapat dihilangkan dengan rehat. Dapat tidur dan bangun semula pun, penat itu masih ada kalau berkaitan perkara-perkara di atas.

Sebenarnya, maksud ‘penat dalam rumahtangga’ dan ‘penat dengan hubungan’, dia bukan perlukan rehat, dia hanya ingin difahami, dihargai dan disayangi untuk apa yang dia dah pun buat. Itu saja.

MW: Betul sekali. Rasa-rasany, isteri tak kisah pun kalau penat dalam uruskan rumahtangga tapi mungkin ia boleh jadi penat bila memikirkan tentang perkara yang tidak sepatutnya dia fikir.

Ads

Sumber: Firdaus Shakirin

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI