Isteri Ni Cuma Nak Suami Yang Tidur Sebantal Setilam DENGAR Benda-benda Remeh Dalam Hidup Dia.. Tu Je!

Share

Rupanya isteri nak dia didengari, itu kata Kak Ice. Betulkan? Manusia yang bernama perempuan ini unik. Bila dia dah jadi isteri, sikap unik tu boleh bertukar jadi pelik. Sampaikan suami pun kadang tak faham dengan apa yang isteri dia nak.

Tapi yang pelik itulah, yang nampak istimewa di mata suami. Sifat itulah yang mengikat jiwa suami. Walau dia ‘membebel’ nasihat, kasih sayangnya melekat.

Luahan hati Puan Siti Aishah (Kak Bidan Mengurut) yang lebih dikenali dengan nama Kak Ice ini sangat-sangat dekat dengan jiwa seorang perempuan yang dah bergelar isteri.

Mana-mana isteri pun akan rasa perkara yang sama. Sebab itu, MW terasa dekat juga nak berkongsi moga suami-suami di luar sana memahami isi hati seorang isteri. Simple saja permintaan isteri, tak perlu keluar modal pun.

Ambil Tahu Apa Isteri Nak!

Tak susah mana. Tebarkan telinga masa isteri nak berkongsi.

Kadang-kadang benda tu remeh.
Sebab perempuan memang renyah.
Dia takkan merungut pasal ekonomi dunia, enjin kereta atau harga rumah naik.

Dia merungut pasal
Anak dok berak-berak….
Sinki tersumbat….
Jiran bising…..
Kuih beli pagi tadi dah basi……
Kawan baik masam muka….
Benda remeh.

Tetapi….

Benda remeh ni perlu diluahkan.
Orang perempuan kalau tak meluahkan, jadi makan dalam.
Tau-tau je anak terhumban dalam baldi
Suami kena baling selipar.
Mak mentua kena halau.
Paling sadis…
Dia bawak kereta suami….sagat tepi tiang econsave!

So sebelum malapetaka menimpa….
Lapang-lapangkanlah telinga.
Bukan boleh cair pun taik telinga.
Tadah je.
Dengar apa mereka nak cerita.

Sebab perempuan memang renyah.

Kalau kamu rasa rimas kahwin dengan isteri yang renyah….
Lain kali jangan kahwin dengan perempuan.
 Kahwin dengan jantina sendiri.

Lagi Satu

Haaa….ni penting.

Dah reti tadah telinga….
Mulut tu kunci.
Jangan sibuk-sibuk nak bagi ulasan ke, teguran ke, nasihat ke, solusi ke.
Kadang-kadang orang perempuan ni tak nak solusi.
Sebab dia tahu penyelesainnya.
Malah dia tahu dialah punca kepada masalah dalam hidup dia.
Dia nak didengari.
Dia nak suami yang tidur sebantal dengan dia dengar benda-benda remeh dalam hidup dia.

Melainkan dia minta pendapat.
Dia sendiri minta solusi.
Haa…..barulah buat pembentangan cara-cara mengatasi masalah si isteri

Kenapa?
Jangan tanya Kak Ice.
Kak Ice yang perempuan ni pun tak faham peel kawan sejantina Kak ice sendiri.

So bawa-bawalah mendengar.

Kadang-kadang dengan amalan mendengar ni.
Mampu memanjangkan tempoh perkahwinan.

Dia hanya mahu didengari.
Dan bila kamu mampu jadi pendengar setia.

Percayalah…..

Seluruh jiwa raga dia mampu menjadi milik kamu seorang.

Komen hakak : Win kan kata-kata Kak Ice ini. Terasa-rasa nak tag saja dekat suami sendiri. 

Sumber/Foto : Facebook Siti Aishah (Kak Bidan Mengurut)

Published by
Netty Ah Hiyer