Sedihnya bila suami mula tunjuk belang dan buat isteri macam orang gaji. Ketika isteri sedang menyediakan sarapan di dapur, tiba-tiba anak nombor 2 menangis. Rupa-rupanya anak kencing di atas katil.
Lagi sakit, anak nombor 4 minta dibuatkan susu. Alahaaiii…. terkejar-kejar isteri nak buat dua benda! Dari bilik tidur ke dapur, suami ada hanya duduk bersandar sambil menonton televisyen. Langsung tidak diendahkan apatah lagi untuk membantu isteri.
Senang ayat suami selalu guna, ‘isteri kan tak kerja, dialah yang kena uruskan hal-hal kat rumah…’
Dalam situasi ini, bagaimana pula jika isteri bekerja dan terpaksa buat perkara yang sama di rumah. Kalau suami anda seorang yang ringan tulang, tak salah rasanya sama-sama membantu. Isteri kerja pun untuk tolong suami juga.
Suami sudah tentu ada egonya sendiri dan mungkin anggap kerja-kerja rumah ini hanya boleh dilakukan oleh isteri sahaja. Suami hanya cari nafkah.
Tak salah, suami ringankan kerja isteri di rumah, barulah hidup harmoni dan saling tolong-menolong. Kalau nak harapkan isteri seorang yang buat kerja rumah, lama-kelamaan, boleh memberi tekanan pada isteri sehingga menimbulkan leteran dan bebelan.
Dikatakan, suami yang tidak mahu membantu bukan akan hilang hormat dan kasih sayang dari seorang isteri. Isteri akan merasakan dirinya diperlakukan sebagai orang gaji untuk kesenangan suami dan keluarga.
Ads
Jangan sampai jadi kes perang dingin, anda boleh rujuk beberapa tip oleh Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat ini.
Tip Untuk Suami
1. Tak payahlah berkira sangat, cuba bantu buat kerja rumah demi meringankan tugas isteri anda. Contohnya mengemop lantai, sapu sampah atau kerja paling mudah bila tengok sampah penuh dalam tong, buanglah.
2. Berilah kata-kata membina dan memberangsangkan kepada isteri. Jika ada teguran, pastikan bukan teguran yang menyakitkan hati isteri.
Tip Untuk Isteri
1. Kalau suami tak nak tolong, minta dia sediakan orang gaji.
2. Bila nak minta tolong suami, cakap elok-elok. Jangan menengking dan meninggikan suara.
Ads
3. Jangan bagi arahan tapi bagi rayuan.
4. Jangan ungkit dan membebel.
5. Suami pun sebenarnya manja macam anak kita, jadi isteri kena pandai ucapkan terima kasih setiap kali suami tolong. Kalau nak suami happy, peluk suami lepas dia tolong kita.
Ads
Ciri-ciri Suami Idaman
1. Sedap mata memandang
2. Menjaga solat lima waktu
3. Berkemampuan dalam menjaga keluarga
4. Bukan kaki pukul
5. Tidak panas baran
6. Bertanggungjawab
7. Penyabar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pasangan kebiasaannya pada peringkat permulaan akan mencuba sedaya-upaya menerima baik dan buruk pasangan seadanya. Kadang-kadang cuba memberi peluang agar pasangan berubah suatu hari nanti.
Tetapi bila pasangan mula menegur dengan tegas setelah diberi peluang berkali-kali, itu maknanya dia tak mampu lagi tidak bertolak ansur dengan perangai anda. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sedalam-dalamnya :
Bila pasangan tegur, maka itu tandanya dia dah tak boleh bertolak ansur…
Tak selalunya perbuatan kita tu betul atau perangai kita tu baik andai kata pasangan kita diam dan tak cakap apa-apa…
Dia masih boleh bertolak ansur dan bertoleransi lagi tu, maka oleh sbb itulah dia memilih untuk diam, wait and see…
Nak jadi makin teruk ke, makin baik…
Tak Semua Yang Sedar
Ada orang, dia sedar sendiri… Ada satu rasa macam tak patut buat macam ini, maka dia berubah… Pasangan tak bunyi apa-apa lagi, tapi dia sudah berubah atas sebab dia sedar diri…
Tapi ada orang tak sedar diri… Makin dibiarkan, makin menjadi-jadi… Maka, datanglah teguran dari pasangan tandanya tolak ansur dan toleransinya itu sudah hilang…
Bila kena tegur, jang n anggap tidak asa apa-apalah, baru kena tegur sekali… Boleh ulang lagi…
Jangan selalu sangat menguji pasangan kita, sebab kita tak nampak dinding kesabaran dia terhadap perangai dan perbuatan kita itu masih tebal atau sudah makin nipis…
Kalau nipis, bila-bila masa dia boleh HILANG SABAR…
MW: Kesabaran pasangan ini ada batasnya, cukup-cukuplah anda menguji kesabaran pasangan. Sebaliknya hargailah pasangan dan berubahlah sikap demi kebahagiaan bersama. Insyallah. Jika ambil hati pasangan klik di sini.
Baru-baru ini makin banyak kes tular mengenai kematian tragis sampai berdarah disebabkan depression atau kemurungan. Sebenarnya apa yang mendorong golongan ini bertindak sedemikian rupa sampai ada yang jadikan anak kecil mangsa?
Ya, kita tidak mungkin tahu cerita sebenar di sebalik mengapa mangsa membuat keputusan begitu atau apa yang mengganggu fikiran merek, namun ramai yang mengetahui bahawa salah satu penyakit perubatan yang sering dikaitkan dengan kejadian ini adalah penyakit kemurungan ataupun dikenali sebagai “Major depression”.
Biasanya yang lalui masalah ini golongan wanita yang terlalu banyak pendam dan tak mampu meluah. Atau lebih mudah, jemput renungkan perkongsian saudara Amir Syahir ini…
Wanita Yang Alami Depression
Depression ni bahaya. Lukanya tak kelihatan, lebamnya tak nampak tapi kesannya amat mendalam. Penderaan emosi itu lebih bahaya daripada penderaan fizikal.
Dia pendam rasa. Dia pendam semua kesakitan dalam hati dia. Bila dah meletus, semua kena tempias. Malah pada orang yang dia sayang jugak.
Ibarat gunung berapi yang menunggu masa nak meletus. Kau nampak dia bahagia. Kau nampak dia gembira. Tapi dalam senyuman dia terungap satu rahsia.
Balik rumah nak marah-marah. Balik rumah nak tengking isteri. Balik rumah mandi, tukar baju dan keluar balik. Kurang luang masa dengan isteri kau. Hari minggu pun sibuk dengan kawan-kawan.
Sebelum kahwin kau tengok dia lemah lembut je. Nak marah pun susah. Apatah lagi nak tinggikan suara. Tetapi bila jadi sebaliknya lepas kahwin, mesti ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu yang kau perlu ambil tahu, bukannya buat-buat tak tahu.
Beri dia peluang luahkan apa yang dia rasa. Dengar, jangan menyampuk. Dengar dengan wajah yang tenang, bukan dengan wajah seperti singa hendak menerkam mangsa. Kalau rasa seperti ada yang tak terluah, tanya.
Kena Selalu Tanya Khabar
Walau kau tahu rutin hariannya, tidak ada masalah kalau kau masih mesej bertanya. Tanya bagaimana keadaannya hari ni, apa yang dia buat, dah makan ke belum, anak-anak macam mana. Itu dah cukup buat hilangkan separuh bebanannya.
Ini tak, kau sibuk sangat dengan kerja kau yang tak pernah habis. Kau sibuk bergelak ketawa dengan rakan-rakan di tempat kerja. Tetapi kau lupa, di satu sudut sana ada insan yang jiwanya ssdang merana tetapi dia tetap tersenyum menyembunyikan segala duka.
Itu pasal kau kena selalu caring dan ambil peduli tentang pasangan kau. Mungkin kau penyebab dia despress tapi kau pun tak tahu. Perempuan ni selalu muda emosi. Jadi kau kena jaga hati dan perasaan dia elok-elok.
Moga manfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Takkan anak lima, bagi RM100?” Tak mahu akaun dibekukan, suami bayarlah nafkah ikut keperluan isteri dan anak-anak. Janganlah ikut suka hati nak bagi berapa kepada isteri dan anak-anak.
Bab nafkah jangan dibuat main atau bila ada duit baru bagi, sebaliknya tanggungjawab seorang ke atas anak-anaknya tidak akan terputus walaupun telah bercerai dengan isteri.
Soal bekas isteri itu masalah lain, tetapi soal anak perlu diutamakan. Takut lambat laun bila isteri ambil tindakan mahkamah disebabkan ayah-ayah culas membayar nafkah, jangan ternganga pula.
Peguam Syarie Kelantan, Tuan Naim Mokhtar berkongsia berita baik untuk para isteri dan anak-anak!
Suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah berdepan tindakan sekatan akaun bank selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan diwartakan pada 10 Februari 2021.
Suami Bayarlah Nafkah Ikut Keperluan
Membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah adalah pilihan terakhir isteri untuk paksa suami yang culas bagi nafkah. Isteri tidak akan membuat tuntutan nafkah sekiranya suami atau bekas suami selalu membayar nafkah setiap bulan untuk isteri dan anak-anak.
Jadi apa yang patut dilakukan oleh suami daripada dibekukan akaun bank ialah bayar nafkah untuk isteri dan anak-anak mengikut keperluan. Takkan kalau anak lima orang nak bagi nafkah rm100 kan?
Mingguan Wanita : Jangan meremehkan soal nafkah ya suami sekalian. Memiliki keluarga baru tidak bermakna anda perlu melupakan segala tanggungjawab terdahulu. Renung-renungkan….