Isteri Mula Membebel, Naik Suara, Itu Tanda Suami Kena ‘Take Over’ Urus Anak

Share

Jangan terkejut, bila makin ramai anak makin naik suara mak-mak. Ada saja yang tak kena, padahal perkara kecil saja pun.

Mahunya mak-mak tak naik suara, anak kerap gaduh, kerja rumah yang tak pernah habis. Sedihnya kalau semua ini diserahkan 100 peratus pada isteri saja.

Daripada emosi yang elok teruk jadi tak elok. Naik suara, marah-marah anak, membebel sebabnya dia dah terlalu penat dan stress. Macam mana nak elak keadaan ini berlaku. Fahami perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Terlalu Penat Uruskan Keluarga, Isteri Cuma Mahu Suami Peduli Emosi Mereka

Nak Suami Selalu Ingat Isteri, Berkongsilah Makan Dalam Pinggan Yang Sama!

Mak Ayah Hantar Anak Ke Asrama Ajar Hidup Berdikari, RINDU Lalui ‘Perpisahan Sementara’

Info Lebih Menarik DI SINI

Naik Suara Sebab Penat & Serabut

Ramai ibu rasa bersalah lepas marah anak.

Tak ada ibu yang tergamak nak kata kesat & tengking-tengking anak sendiri. Tak ada!
Melainkan dia penat atau tengah serabut.

Bagi saya, bila isteri dah mula membebel dan tinggi suara, itu adalah signal untuk saya take over urus anak-anak.

Saya panggil semua anak-anak, ajak mereka keluar. Selalunya kalau tak ke playground, ke kedai runcit.

Tak kisah ke mana, asalkan isteri dapat time-out.

Wanita ni makhluk emosi. Apa sahaja emosi dalam dirinya, itu la yang dia akan tonjolkan di luar.

Kalau emosi tengah serabut, semua benda depan mata dia rasa serabut.

Kalau emosi tengah tekanan, makin tertekan jadinya melayan anak yang tak makan saman.
Simple!

Emosi tak okey = Diri tak okey

Emosi okey = Diri pasti terlebih okey

Beza Lelaki Dengan Perempuan

Otak wanita & lelaki sangat ketara bezanya.

Lelaki pandang rumah bersepah, pinggan mangkuk penuh sinki atau baju tak lipat setinggi gunung pun masih boleh relaks lagi.

Boleh lagi duduk tonton televisyen dengan rumah bersepah.

Wanita, bukan setakat pandang tapi fikir rumah bersepah, pinggan mangkuk penuh sinki dan baju tak berlipat pun dia dah stress.

Fikir je dia dah stres tau!

Wanita lebih kuat emosi, empati & peka pada persekitaran berbanding lelaki.

Ini kerana Limbic System ( otak ) yang mengawal emosi dan perasaan wanita jauh lebih besar berbanding lelaki.

Tolak ansur dalam mengurus rumahtangga & anak-anak sangat penting.

Itu la rahsia isteri & anak-anak yang bahagia.

Sebagai ketua keluarga, suami kena tahu baca tanda-tanda emosi isteri yang sedang fragile.

Kalau dia tiba-tiba membebel, perengus, marah-marah, tinggi suara atau kata “kau aku”
dengan anak hah, cepat-cepat la take over urus anak sebelum ada hati yang terluka.

Wallahu A’lam.

Mingguan Wanita : Untungnya kalau suami yang sangat memahami.

Sumber: Mohd Fhais Salim

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora