Jangan terkejut, bila makin ramai anak makin naik suara mak-mak. Ada saja yang tak kena, padahal perkara kecil saja pun.
Mahunya mak-mak tak naik suara, anak kerap gaduh, kerja rumah yang tak pernah habis. Sedihnya kalau semua ini diserahkan 100 peratus pada isteri saja.
Daripada emosi yang elok teruk jadi tak elok. Naik suara, marah-marah anak, membebel sebabnya dia dah terlalu penat dan stress. Macam mana nak elak keadaan ini berlaku. Fahami perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini.
Tak ada ibu yang tergamak nak kata kesat & tengking-tengking anak sendiri. Tak ada!
Melainkan dia penat atau tengah serabut.
Bagi saya, bila isteri dah mula membebel dan tinggi suara, itu adalah signal untuk saya take over urus anak-anak.
Ads
Saya panggil semua anak-anak, ajak mereka keluar. Selalunya kalau tak ke playground, ke kedai runcit.
Tak kisah ke mana, asalkan isteri dapat time-out.
Wanita ni makhluk emosi. Apa sahaja emosi dalam dirinya, itu la yang dia akan tonjolkan di luar.
Kalau emosi tengah serabut, semua benda depan mata dia rasa serabut.
Kalau emosi tengah tekanan, makin tertekan jadinya melayan anak yang tak makan saman.
Simple!
Emosi tak okey = Diri tak okey
Emosi okey = Diri pasti terlebih okey
Ads
Beza Lelaki Dengan Perempuan
Otak wanita & lelaki sangat ketara bezanya.
Lelaki pandang rumah bersepah, pinggan mangkuk penuh sinki atau baju tak lipat setinggi gunung pun masih boleh relaks lagi.
Boleh lagi duduk tonton televisyen dengan rumah bersepah.
Wanita, bukan setakat pandang tapi fikir rumah bersepah, pinggan mangkuk penuh sinki dan baju tak berlipat pun dia dah stress.
Fikir je dia dah stres tau!
Wanita lebih kuat emosi, empati & peka pada persekitaran berbanding lelaki.
Ini kerana Limbic System ( otak ) yang mengawal emosi dan perasaan wanita jauh lebih besar berbanding lelaki.
Ads
Tolak ansur dalam mengurus rumahtangga & anak-anak sangat penting.
Itu la rahsia isteri & anak-anak yang bahagia.
Sebagai ketua keluarga, suami kena tahu baca tanda-tanda emosi isteri yang sedang fragile.
Kalau dia tiba-tiba membebel, perengus, marah-marah, tinggi suara atau kata “kau aku”
dengan anak hah, cepat-cepat la take over urus anak sebelum ada hati yang terluka.
Wallahu A’lam.
Mingguan Wanita : Untungnya kalau suami yang sangat memahami.
Mungkin ada yang beranggapan kehidupan menjadi suri rumah adalah lebih simple dan mudah. Benarlah orang kata, kalau kita dapat menjaga anak sendiri ia dapat memberi kepuasan yang luar biasa. Tetapi jangan lupa bab penat lelah lain, mungkin akan terselit bab tanggungan emosi yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.
Sebagai seorang suri rumah, ada banyak cabaran serta pengorbanan yang mesti dihadapi untuk mengekalkan ‘kewarasan’ setiap hari. Malah, ada banyak perkara yang perlu surirumah ‘let go’ selain pekerjaan kita dahulu.
Walau apa yang orang luar nampak, hanya seorang suri rumah yang tahu betapa kadangkala mereka perlu meluahkan sesuatu yang terbuku di hati.
Ini dapat dilihat dari sudut hati seorang mak-mak yang bergelar suri rumah, Puan Norasikin Hussein yang mana dia sendiri melalui hari-hari yang sebagai suri rumah sepenuh masa. Jemput baca dan selami cabarannya setiap hari…
Ini Pengalaman Sendiri
Baru 4 tahun jadi full housewife. Nak gelak pada diri sendiri kejap. Saya sangkakan pekerjaan ni sangat mudah. Maklumlah dok rumah saja.
Dalam kepala bangun pagi siap breakfast, kemas rumah, masak tengahari, jaga anak, okey… lepas tu tunggu suami balik. Macam dalam drama betul.
6 bulan pertama? hah?
Pengurusan masa kelaut.
Ribut taufan saya.
Namun hari-hari kita BELAJAR dengan anak-anak dan rakan-rakan suri rumah lain.
Macam mana nak uruskan rumah tangga dengan cepat dan terurus.
Kena tahu cara nak jimatkan masa supaya ada masa dengan anak-anak dari asyik mengadap membuat kerja rumah sahaja.
Perlu kutip info bab macam mana nak handle emosi yang macam roller coaster ni sebab mengadap anak yang bermacam karenah.. menangis, bergaduh berebut barang, anak tengah aktif meneroka.
Harus gali ilmu macam mana nak handle anak kecil bawah 4 tahun sebelum terjadi, semasa terjadi atau selepas terjadinya tantrum.
Bagaimana nak tangani isu bosan kerana kita lakukan kerja yang sama, berulang ulang kali dan kejadian setiap hari.
Bagaimana cara nak berjimat dan comfortkan diri, tenangkan diri dan sebab tak dapat beli barang seperti dahulu masa bekerja. Ini bukan mudah untuk mereka yang pernah pegang duit sendiri ketika bekerja sebelm ni.
Cara Nak Beribadat Dengan Ada Anak-anak Kecil
Paling utama.
Macam mana nak beribadat awal waktu dengan mengadap anak kecil 3,4 orang… jangan kerana anak kita jauh dengan tuhan. Ini yang paling saya takut.
Cabaran ni setiap hari ada sehinggalah anak itu besar. Kalau tak ditangani betul-betul kita akan stress dan boleh bertukar kepada deppress.
Allah ada bersama kita.
Saya jadikan setiap waktu solat sbg deadline untuk satu-satu urusan.
Kita belajar baiki diri dari hari ke hari. Buat apa yang termampu kerana tiada istilah superwomen bagi saya. Rumah bersepah? Mai kemas bersama-sama anak. Saya dah tak kuasa dah nak kemas sorang. Pembahagian tugas perlu diberi bila mereka dah mampu buat.
Letak baju kotor dalam bakul.
Angkat pinggan lepas makan dalam sinki.
Basuh pinggan sendiri lepas makan.
Lap jika tertumpah air atau kuah
Kemas tempat tidur sendiri
Simpan mainan lepas main.
Susun buku-buku lepas baca di rak.
Dan lain lain bila dah mampu buat bergantung pada kemampuan anak.
Cara Suri Rumah Nak Berdepan Dengan Orang Yang Pandang Rendah
Jangan semua kita buat. Nanti penat sendiri. Sihat dan muda boleh lagilah pegang penyapu, pegang mop.. Dah tua nanti? Bila tak sihat nanti?
Dan antara isu suri rumah juga adalah bagaimana nak mengadap manusia yang memandang rendah dengan pekerjaan ini. Mental kena kuat dan belajarlah menjadi telinga kalis segala kata-kata sinis mereka itu. Kalau tak overcome perkara ni kita akan datang rasa rendah diri dan tak berguna. Rasa useless segala macam datang hinggap dalam kepala ni. Sekarang saya amalkan lantaklah, ignored golongan sebegitu.
Saya mengalu alukan perkongsian pengalaman atau cara ibu-ibu yang sedang membaca ni. Banyak lagi nak kena belajar. Mana tahu ada yang boleh saya ambil dan amalkan.
Terima kasih didahulukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Marhaban Ya Baby Girl, Izinkan Papa Mencium Bau-Bauan Syurga..” itu luahan kegembiraan pelakon Norman Hakim,42 ketika mencium bayi perempuan mereka yang baru sahaja dilahirkan jam 12.52 tengahari semalam. Bayi dengan berat 3.35 kg yang masih belum diberikan nama ini merupakan puteri pertama hasil perkongsian hidup dengan pelakon Memey Suhaiza,30 selepas mendapat 2 orang putera.Sekaligus ia merupakan anak ke-enam Norman Hakim, termasuk anak hasil perkahwinan terdahulu.
Norman mengumumkan kelahiran dan mengucapkan kesyukuran atas kelahiran bayi tersebut didalam statusnya di Instagram.
“ALHAMDULILLAH SYUKUR TERIMA KASIH YA ALLAH…
“Alhamdulillah isteri saya dah selamat lahirkan baby girl seberat 3.35 kg secara normal jam 12.52pm tadi”
“Terima kasih diatas doa kalian yang tak putus-putus..Aamiin Ya Rabb”
Didalam posting yang lain pula, Norman memberitahu bahawa isterinya telah mengalami mild contraction sejak dari pagi. Pelakon ini juga ada meminta para peminat dan pengikutnya mendoakan keselamatan dan proses kelahiran yang dilalui isterinya berjalan lancar.
“Masa ‘macam dah time’..a mild contraction from this morning.Mohon doakan jugak untuk wifey SUHAIZA BINTI SUHAIMI semoga dilancarkan dan dipermudahkan proses kelahiran.Baby tunggu abang @danishhakim_243 balik,tu yang dia tak sabar nak keluar…BISMILLAH”
Sementara itu, terdahulu dalam posting di Instagram Memey Suhaiza pula, ibu kepada Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 ini ada memohon maaf sekiranya dia ada membuat kesalahan sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.Malah Memey turut meminta pengikutnya di laman sosial Instagram mendoakan dirinya dan bayi dalam kandungannya dapat dilahirkan dengan selamat.
“Saya minta maaf ya kalau saya ada salah silap sama ada sedar atau tidak. Doakan saya dan baby selamat.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Semoga Allah membalasnya.
“Okey, sah nak bersalin hari ini. Sampai hospital, Dr Zarina Bibi periksa rupanya (bukaan) dah 5 cm,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Semoga kelahiran bayi ini menambah kebahagiaan dan memberikan rezeki yang melimpah ruah buat keluarga.
Bawalah anak ke pantai. Sesetengah mak ayah, setiap hujung minggu atau sebulan sekali, pasti akan akan ada tempat yang menarik untuk membawa anak-anak berjalan.
Inilah masanya untuk mengembalikan mood anak-anak yang sebelum ini hanya terperap di rumah, menghabiskan seharian di sekolah dan sebagainya. Salah satu tempat yang wajib adalah dengan bawa anak ke pantai.
Mak ayah tak perlu nak pening kepala untuk keluarkan modal yang banyak untuk bawa anak ke taman tema atau tempat permainan berbayar semata-mata nak kembalikan mood anak-anak. Cukup dengan bawalah anak ke pantai.
Tak kira dekat atau jauh, bawalah anak ke pantai. Tak mampu seminggu sekali, sebulan sekali pun jadilah. Menurut Dr Mazliana Mazlan, bila anak bermain dengan alam, banyak khasiat dan manfaat yang anak perolehi.
Mak ayah cuba bawa anak ke pantai sebulan sekali. Tak bayar dan free saja tapi khasiatnya bila bermain dengan alam sangat banyak.
1. Matahari
Pantai tak ada bumbung, confirm anak akan dapat main matahari sama. Penting untuk naikkan imuniti anak. Kalau masa10 pagi – 4 petang, dapat sekali up dos vitamin D.
2. Air laut
Air garam semulajadi tinggi mineral yang penting untuk kulit anak. Deruan ombak boleh tenangkan mood anak jugak tau.
3. Udara
Udara di kawasan pantai tinggi kandungan iodin, magnesium dan potasium. Menarik kan. Sangat bagus untuk sistem pernafasan anak. Ibu ayah yang ada asthma kena rajin bawak ke pantai k.
4. Pasir
Sekali dengan pakej grounding pun anak dapat. Untuk imuniti jugak kan yang ni.
5. Mood anak
Hormon gembira endorfin dan serotonin banyak betul dirembeskan. Sungguh anak-anak happy sangat main pantai. Mood diorang akan bertambah baik.
6. Suka dengan alam
Secara tak langsung, kita tengah latih anak sukakan alam, lihat kebesaran Allah, bila kita kerap bawa anak ke pantai.
7. Tidur
Pantai boleh betulkan cycle tidur anak. Anak akan dapat tidur awal, dan lebih berkualiti.
Mak ayah cubalah buat. Saya dah buat dan memang menjadi. Kalau dapat buat setiap minggu lagi best. Tapi kalau ada kekangan, boleh saja kita buat sebulan atau dua bulan sekali.
Jom kita mulakan dengan ajar anak cintakan alam.
Mingguan Wanita : Bagi yang rumah berdekatan pantai memang beruntung. Buat yang jauh itu, bolehlah sebulan sekali kan. Sambil-sambil bawa anak berjalan, itupun dah buat mereka gembira.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...